haaaaaa harini mmg nak amukan pasal kurier service. lama tak memblog. Ni muncul2 terus nak amukan..
ada 3 kerenah yang memang yan patut tulis untuk kenangan sepanjang hayat.
1) Easy Parcel
27/4 booking barang untuk pick up date 28/4. Tunggu sampai petang takde orang dtg pick up. Dah chat dgn customer service and dorang dah emailkan ke kurier sepatutnye tapi still until 6pm takde orang pick up. Maka dorang cadangan untuk cancelkan sume booking tu dan tukar ke kurier lain. so booking 28/4 untuk pick up 29/4.
29/4 booking dengan Air pack via Easy Parcel. Pagi tu Airpack dah call kata hari ini akan pck up barang. So tunggu punya tunggu jam 5 masih belum pick up. Aihh ni naya lagi ni. so chat balik dengan Easy Parcel bila Airpak nak pick up. sekali jawapan yang dapat, Air pack tak cover alamat yan. Helloo..... game apa Airpak cuba buat ni. kalo tak cover apsal pagi tadi call tak bagitahu..
So dengan hati meluap-luap sebab dah 2 hari delay barang customer tak pos, customer dah tanya-tanya. terpaksa call mr Fizwan mintak dia kuarkan dulu few parcel.
dah setel mintak tolong mr Fizwan pos kan, dia plak bole bantai p pakai pos laju. ya Allah urut dada mak ni.. 1 parcel kene rm100++ okeh. nak marah suami. tak marah mcm buat tindakan luar akal. yan memang menangis kot. sebab macam tak boleh ke buat tindakan waras,
Esoknya terus email ke Easy Parcel untuk batalkan semua booking dan mintak refund. Tapi jawapan dorang, dorang tak boleh bagi refund. dan sebab dan setengah bulan dorang pun tak nak take action, maka yan up issue ni sekarang. Ada lagi top up amount dgn Easy Parcel Rm100 dalam account tu.
Tu semua booking yang dah di cancel.
Tu credit amount yang tak berganjak dan tak bole nak direfund.
Dan paling best hari khamis tu pulak, 2 kurier company yang yan book ari isnin, pick up selasa tu call kata nak pick up. sorang kata baru dpt email/ notification dari Easy Parcel. makanya yg Easy Parcel pung pang yan 2 3 hari lepas tu sbnrnye nak tutup salah sendiri ke apa. Yan bagitahu 2 org yang nk datang pick up tu, tak payah datang sebab dah takde barang. sume yan dah pos sendiri.
Setelah email-email pun tak berhasil. maka terhasil la entry ini khas buat Easy Parcel
2) Nationwide
Masalah juga ni.. barang di post out dr Kelantan 13/5 tapi sampai 19/5 baru nak hegeh2 hantar. Itu pun setelah pagi2 hari tadi yan call dan buat report. mana barang apsal berhari2 tak sampai lagi. Cari dalam website
Nationwide nombor telefon Nationwide Klang. Nmbor ada tapi takde dalam perkhidmatan. habis tu tu no main petik letak je ke apa. atau untuk display sahaja?
Nampak tu .. Janji dia A Promise Delivered.. tapi makan hari plus kene report dulu baru nak hantar
** call jam 9pagi, now jam 12 dah depan rumah. bole pun hantar... apsal 14,15 or 18hb taknak hantar Nationwide oiiiiiiii
3) City Link
Yan dah banyak kali order barang dan city link elok je hantar sehari . mcm pos hari ni esok sampai.
tapi kali ni pos Ahad, Isnin tak sampai ok la takpe lagi. yan bole rilek sabar.
Tapi pagi Selasa dia buat panas. Ofis person yang kat Saujana tu call, bagitahu barang yan akan resend esok (Rabu). pastu dia tanya yan ada rumah tak. Yan kata yan takde sebab yan keje. tapi rumah memang ada org. Then dia bole kata, dalam report tulis, barang tak dapat hantar sebab call takde orang jawab. PANGGGGGG !!!! macam hantu kak limah rasuk dalam badan. semalam yan memang tunggu mana2 kurier company call untuk tanya jalan ke rumah yan. tapi takde okeh. TAKDE sape yang call. Kurier man yang tak buat kerja, tak call, taknak hantar barang, senang2 tulis report cakap call tak berjawab. korang rasa???
Okeh, dah puas ati dapat simpan pengalaman scari ngeri macam ni. sekian......