CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Search This Blog

Fizyanz Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

BENCINTA

Daisypath Friendship tickers
Showing posts with label Krabi. Show all posts
Showing posts with label Krabi. Show all posts

Thursday, June 23, 2011

Our honeymoon are fully sponsored by....

YES!! seperti tajuk entry yang panjang tu, sekali lagi saya nak bagitahu yang honeymoon kami adalah fully sponsored. Sape yang baik sangat nak sponsored tu??? Mari sini scroll baca lagi...

My Dear Sisters,

Dari kiri : Adik Zana, Ayong Fida, Alang Iman, Ude Ain dan Angah Ida(tiada dalam gambar kerana tika ini dia di negara Arab sedang bertugas) 

We have a lot of sweet memories sepanjang kita bersama dari kolej sampai tika ini. Sesungguhnya di majlis perkahwinan acu ni, acu tak nak sorang pun antara kita yang mengalirkan airmata sebak sebab walau acu dah bertukar status tapi itu tak bermakna kita akan menjauh. Kita akan sentiasa menjadi seakrab dulu, kini dan selamanya. Acu rindu kalian…

OK, sudah! takmo sedih! RM1000 saya dapat kerana kami berjanji nak buat kutu kahwin. Kami akan kumpul RM200 sorang untuk dijadikan hadiah perkahwinan. Dan, saya yang pertama terima kutu kahwin itu. Jadi saya memang sudah bercita-cita bahawasanya dengan duit itu, saya akan buat belanja honeymoon kami. Syukur kerana ianya telah saya laksanakan.


Dear SD Colleagues,

Juga to all Sime Daby GDMS group yang contribute sebagai hadiah perkahwinan kami. jutaan terima kasih atas sumbangan hadiah korang semua. RM350 dalam bentuk voucher Jusco tapi saya convert dengan duit sendiri supaya duit itu juga saya dapat jadikan kenangan honeymoon kami. Di antara kawan2 SD yang datang di majlis perkahwinan saya…

 
 

Disini saya senaraikan perbelanjaan honeymoon kami:
1) Flight ticket return for 2 person (KUL-Krabi-KUL) = RM436
2) Penginapan di Aonang Buri Resort 4H3M = RM187
3) Hotel & Airport Transfer = RM132
4) Skybus fare for 2 person (KL Sentral – LCCT –KL Sentral) = RM28
5) Island Tour for 2 person = RM180

Total semua RM963.

Balance dari RM1,350 tu kami guna la untuk makan, shopping dan belanja2 kecil. Tak payah la nak kira satu2 kang mau sampai no.55 pun x habis lagi kira. Ni kira yang besar basic2 ler. Alhamdulillah, rezeki kami. Dapat fully sponsored honeymoon, dapat beli tiket dan hotel pada harga yang murah gila-gile (yang ni boleh big thanks to AA & AAGo).

SEKALI LAGI, 
BIG THANKS TO ALL MY LUVLY SISTERS AND ALL SD COLLEAGUES !!

Wednesday, June 22, 2011

Day 4 - Pusing-pusing habiskan waktu

Hari ni pagi2 dah bangun mandi dan siap2 terus sebab kami nak keluar pergi cari makan /bekfes dan pusing2 Aonang sebelum pulangkan motor jam 10 pagi nanti. Sebelum berangkat pulang harusla kenyangkan perut dulu kan. Penjemput kami akan tiba jam 1145 pagi nanti.

Pusing punye pusing, kami nekad nak try makan kat kedai ni pulak.

Pagi-pagi makan nasi sebab kena sumbat makanan berat . Lepas ni tak mau makan2 lagi dah sampai la tiba di Malaysia nanti.

Dengan tamak, mentang-mentang dah hari last, maka kami mahu makan minum secara tamak. Tadi memula dah order air teh ais. Tapi ternampak orang minum teh tarik terus nak te tarik la jugak!!!! Itu extra warm water mesti ada punye.

Hah hambik ko!! wajib ada atas meja makan ni. Minum la ko puas2. jangan lemas dah. HUKHUK

Kedai yang kami singgah makan ni orang-orang nye pandai berbahasa melayu. Memula mr.Fizwan yang bagitahu saya begitu. Sekali masa nk order teh tarik saya test la cakap bahasa melayu. Sekali yerrrrlaaa, die pandai cakap melayu. 
 
Perut sudah kenyang kan? Jadi mari saya bawa kamu jalan2 secara rambang di Aonang. Jom jalan- jalan...

Masjid yang masih dalam proses pembinaan. Kalau nak tahu, dari bilik hotel kami, saya boleh dengar azan berkumandang dengan jelas. Syukran. senang nak tau dah masuk waktu solat.

Cantikkan??? Berguguran..

Adakah ini bot nelayan? Saya kurang pasti. Ke long tail boat yang bawak orang pusing2 Island erk??

Kedai yang kami borong souvenir..

Nah hambek!! Sape yang sibuk sangat nak tatap gambar saya di Krabi?? Eh, shawl tu saya beli kat kedai yang saya tunjuk kat atas tu la.. Saya suka sangat shawl tu. Sebab dia kaler denim yang buat saya rasa senang nak match dengan apa-apa baju pun. Dan material dia juga sangat lembut… Saya beli dgn harga THB180.

Penyambut tetamu di lobi hotel.


Dan, sementara tunggu penjemput tiba, mari la kita berpose2 sakan.



Ok cukup!! kang lelebih terkeluar plak gambar yg super melampau.

Owh, van sudah tiba… Ready to airport!

Honeymooners yang gembira. Percutian kami sudah tamat.  

 
Krabi International Airport. 
Masa untuk check in dan kembali ke tanah air.
BYE-BYE Krabi!!!

Flight kami jam 115 petang. Tapi takde apa nak di explore di airport ini jadi kami cuma duduk2 tunggu plane.

Kami tiba di Malaysia dalam pukul 3 lebih waktu Malaysia. dan terus je ambik skybus ke KL dan seterusnya ke Klang. Memang takde sape yang jemput kami sebab kami yang taknak. Biar kami pegi balik sendiri. tunggu saje di rumah ya kalian.


Thursday, June 16, 2011

Day 3 - Menyusur Walking Street

Sesudah habis aktiviti di laut siang tadi, kami langsung balik ke bilik dan membersihkan diri, solat lalu bersiap2 mahu keluar mencari makan malam. Mula-mula cadang seperti mahu naik TukTuk sahaja tapi mr Fizwan tak mahu. Biasa la dia, mana nak buat kerja leceh-leceh ni. Jadi terus turun ke lobi dan mahu sewa motor. Tapi malangnya motor sume dah full book. Jadi kami terus keluar jalan ke depan sedikit selang beberapa hotel dan masuk kedai sewa motor. Syukur sebab kami dapat sewa motor untuk setengah hari THB150. Pukul 10 pagi esok harus pulangkan motor.

IMG_3824

Boleh contact nombor di atas kalo mahu sewa motor di Krabi

IMG_3826

Ingat tempat hari pertama kami makan dulu. Disini la. ..

IMG_3828

Teh O Suam. Kamu nampak teko kecik tu. Tu mmg standard kat sini, kasi teko kecik. Dalam ada air panas kot nak tambah ke apa. Bagus kan..

IMG_3831

Seperti biasa, itu adalah rencah penambah perasa. Orang sini punya murah hati sampaikan setiap kali pergi makan, memang mereka akan letak penambah perasa seperti ini. Mungkin cara persembahan mereka lain tapi pendek kata mesti ada la tambahan di atas meja. Sama juga dengan air. Setakat air kosong satu jug besar tu memang wajib ada la. Free je. Kalau nak minum satu jug tu pun takde masalah. Kalau order air panas, mesti di hantar sekali seteko kecik air panas lagi. Kalau setakat ulam-ulaman, memang dah wajib je ada.. Baguskan.. Kat tanah air sendiri?? Air kosong pun kadang kedai charged 30 sen. Apakah???

IMG_3833

Saya order mee goreng. Tapi tak tertelan dek tekak. Bukan tak sedap tapi manis ya hamat…

IMG_3834

Mr Fizwan duk ngulang order yang sama masa hari pertama kita sampai dulu. Nasi goreng.Yang ni memang sedap tak di sangkal lagi. Kami tak pergi mana2 restoran or makan tomyam ke hapa macam kebiasaan orang buat. Pada kami makan biasa2 aje cukup la. Sekadar isi perut. Rolling on the floor laughing

 

Sesudah makan, kami pusing pusing menyusur walking street. Mula-mula pusing naik motor je sekali rasa macam tak habis waktu plak kalo gitu. Jadi kami parking dan jalan-jalan sepanjang walking street Aonang tu…

IMG_3838

Walking Street Aonang

IMG_3839

Gagah perkasa di sini. Apantah…

IMG_3841

Sepanjang WS memang banyak kedai jual pakaian. Setakat 2pcs tu memang bersepah2. Rugi la kalo tak beli tapi lagi rugi kalau kamu beli tapi tak pakai. HAHA. Jadi beli apa saja yang kamu perlukan. Sepanjang WS ni harga barangan, pakaian lebih kurang sama je tapi kalau nasib kamu baik, pandai tawar menawar kamu dapatla murah lebih sikit.

IMG_3842

Rantai-rantai berjualan sekitar WS. Tapi kalo nak beli pearl2, bole cari kat Phi Phi Island. Kat sane banyak melambak.

IMG_3844

Tu balai polis trafik. Saya teringat ada satu petang kami pusing-pusing naik motor tak pakai helmet. Elok lalu depan balai, polis tu pun membebel-bebel dalam bahasa Thailand. Kami pun gelak-gelak je dengar die membebel. Rerupanya dia tegur kami sebab tak pakai helmet. Kami tahu pun sebab dia duk teriak “helmet, helmet”. Open-mouthed smile  Dah suami isteri ni atas motor gelak-gelak terburai perut. Sekali kami daaaaa yang kene bebel tu. Comel ok..

IMG_3852

Di kiri jalan

IMG_3854

Di kanan jalan

IMG_3855

Suami meneliti apa saja yang ada di sekeliling sepanjang jalan. Habis semua di scan nya.

IMG_3858

Jalan lagi.. dan lagi.. malam ni kami sungguh2 berjalan saja menghabiskan masa sebab kami dah takde apa nak beli. Sekali jalan punya jalan kami jumpa kedai Muslim Pancake. Ya Allah, memang rezeki saya kot. Sebab sepanjang hari ni saya asyik jumpa orang jual dan makan pancake. Tapi sume macam was-was pada saya. Tapi saya teringinnnnn sangat nak makan. IMG_3862

Sekali bila dah jumpa kedai kakak ni, harus la kami beli secara tamak. Saya order banana coklat, coklat n honey flavour.

IMG_3860

tebar tepung

IMG_3861

Goreng

IMG_3863

Untuk banana choc, pasti la dia akan letak banana. Banana di dalam dan di bungkus.

IMG_3865

Chocolate on top of pancake

IMG_3866

Taraaaaa!!!!!!! Its my banana chocolate pancake

IMG_3868

And this is honey pancake for Honey Nerd smile

 

Pancake tu kami tapau makan di hotel. Sampai bilik, bancuh air milo dan makan pancake panas2. Sorgaaaaaaaa… Lepas makan saya siap packing2 barang sebab esok sudah mahu pulang….

Wednesday, June 15, 2011

Day 3 – Island Tour ~~ Phi Phi Island

Yeah!!! Hari yang di tunggu- tunggu telah tiba. Semalam sewaktu kami pusing-pusing Aonang, kami telah ushar2 pakej yang menseronokkan jiwa suami isteri ini untuk berlibur di laut dalam. Jalan punye jalan kami jumpa Island Tour pakej. Kami ambik dengan Aonang Photo Travel untuk pakej Phi Phi Island. Harga untuk pakej ni adalah THB900 per person. Waktu kami pergi ni time low season, tak tahu la pulak kami kalau time Peak season harga jadi menjulang mahal. Itu kami tak pasti.

Jadi seawal pukul 830 pagi kami dah tercongok tunggu orang pick up kami. Mudah sangat sebab dorang akan pick up di hotel. Jadi kamu tunggu je la kat lobi hotel tu secara berhemah pepagi buta.

IMG_3634Kemudian kami di bawa ke Aonang Beach untuk taklimat ringkas sambil tunggu lain2 orang.

IMG_3632 Sesudah itu kami di bawa ke bot untuk memulakan perjalanan seharian ni.

IMG_3635

Ok, suami sudah tak sabar nak ber wet aktiviti.

IMG_3636

Kami dalam bayang-bayang

IMG_3644

Di sini kita akan bermula

IMG_3647

Speed bot sedang menyusur pantai menuju ke pulau-pulau. Untung rezeki kami kami duduk di depan yang open air. Cuaca memang cerah panas tapi kami x takut hitam ke sun burn ke semata-mata mahu scan sume permandangan terhebat ciptaan Allah di lautan ini. Selain kami ada satu kapel Syria yang juga sedang berhoneymoon.

IMG_3650

Saya sudah lupa apa nama pulau ini. Tapi tak berhenti pun. Kite lalu je.. Mungkin Lohsamah Bay

IMG_3659

Menuju ke pulau itu untuk snokerling.

IMG_3666It’s Monkey Bay

IMG_3665

Suami sudah ready mahu terjun tiruk.

IMG_3678

Ok, suami sudah masuk air.. Ready for your snokerl darling…

IMG_3680

Untung ada sahabat sebot yang bawak roti jadi boleh jamu ikan-ikan makan. sangat cantik permandangan itu. Tapi sayang kamera tak berapa hebat nak snap

Dalam bot sambil2 tour guide tu sembang2, sambil la die tunjukkan picture pulau2 yang akan kami lawati. Antaranya :

IMG_3690

IMG_3695Viking Cave. Kat sini cume lalu dan tour guide kasi story je.. Tak mendekat pun. Kat sini tempat orang ambik sarang burung yang kalo jual memangla berharga beribu-ribu tu.

IMG_3691

IMG_3739

Maya Bay – Lokasi yang selalu jadi tumpuan artis2 Hollywood buat penggambaran filem. Pantai yang sangat cantik. Pasir putih jernih…

IMG_3714

Pileh Bay yang punye sangat fantastic lagoon. Ya Allah… sangat cantik…

IMG_3720

Lihat kejernihan airnya..

IMG_3725

Batu pun bole lihat dengan jelas. Cantik nye….

IMG_3689

Phi Phi Island yang di landa tsunami suatu masa dulu. Kat sini jugak kami akan berhenti untuk makan tengahari

IMG_3772

Kami menghampiri Phi Phi Island

IMG_3774

Semakin hampir. Kat sini, kami turun2 bot je ada la photographer yang snap picture. Ingat kan nak buat apa, Nasib kami pose cantik2. Rerupanya sebelum naik bot mereka jual picture kami yang dah siap2 print and frame. Kami beli la satu THB150 kalau tak silap. Buat kenang-kenangan..

IMG_3778

Di sekitar Phi Phi Island. Banyak dah kedai2 sama macam Walking Street kat Aonang.

IMG_3780

Scuba Diving bagi yang berminat.

IMG_3783

Kawasan utara Phi Phi Island sangat meriah orang bermandi manda dan bermain-main seperti main banana boat, kayak dan sebagainya.

IMG_3788

Hin Klarng for snorkerling lagi

IMG_3790

Ini landak laut kan…?? Alex dua kali tangkap benda ni tapi kali kedua baru dapat snap. Benda ni kalo kene kaki bahaya ok. Suami kena sedikit tapi takde apa yang mudarat. Syukran..

IMG_3794

Bamboo Island

IMG_3806

Last stop. Kat sini kami bermain berenang-berenang sambil layan air laut yang sedap cantik.. Mandi sampai penat.

Habis masa di Bamboo Island, kami beransur pulang. Sepanjang perjalanan kami di bekalkan air mineral yang super sejuk dan Coke juga. Dan lepas last stop di Bamboo Island, kami di hidangkan fresh fruit dan cake untuk alas perut. Amik pakej ni kami tak dah perlu risau tentang apa-apa. Pendek kata kamu datang bawak badan je pasal life jacket, mask/snorkel sume dorang sediakan.

Tiba di Aonang beach ada orang jemput kami untuk hantar pulang ke hotel semula. Happy sangat… Hampir pukul 5 jugak la kami tiba di hotel. Tapi sampai2 hotel suami isteri tak naik bilik terus. Kami terus je tuju pool sebab badan berlengas air laut. Jadi mahu bilas2 badan di pool sebentar.. Terjunnnnn!!!

p/s : highlt recomended kalo kamu datang sini pergi cari Aonang Photo Travel di sepanjang Aonang walking street untuk dapaykan pakej yang kamu suka dengan harga terhebat. Tour Guide kami si Alex juga super tip top dalam menjalan kan tugasnya. Kami sangat teruja dan gembira dengan Island Tour ini..