Monday, May 21, 2012
Pertama kali berpisah
Monday, March 12, 2012
Our 1st Wedding Anniversary !!!
Alhamdulillah….
Hari ini genap setahun usia perkahwinan kami.
Terima kasih Allah atas segala kurniaan ini !
Bersyukur kepada Mu kerana Engkau mengurniakan seorang suami yang cukup sempurna
Terima kasih kerana hadirnya dia sebagai teman yang melengkapi hidup ini.
Juga dengan bakal bayi yang masih meniti hari untuk di lahirkan, ia merupakan hadiah dan kurniaan serta amanah terindah buat kami.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, terima kasih atas segala kurniaan ini.
Aku bersyukur…
Kami sentiasa memohon agar jodoh ini agar terus berpanjangan dengan limpah rahmat dan keberkatan dari Mu ya Allah…
Untuk ulangtahun kami yang pertama ni, tiada apa yang kami rencanakan sebab kondisi saya yang sedang sarat hamil. Suami isteri berdebar menantikan kehadiran Fizyanz Jr ke dunia. Kalau hari ini, dengan izin Allah, saya melahirkan, ia akan menjadi hadiah perkahwinan kami yang paling besar dan jika esok lusa dan seterusnya, kami tetap bertuah kerana bakal memiliki dia dalam dakapan kami. Besar kurniaan ini buat kami Ya Allah…
Muahhh!!!!!
Wednesday, May 4, 2011
Sakit
Monday, May 3, 2010
Membeli-belah bersebab
Sunday, May 2, 2010
Merisik Khabar
p/s: lepas ni berderet2 la aku kasik entry bertunang berkahwin nnt. Draft byk tp aku kasik ni la dulu. Aku mmg dh ada shopping brg tunang sket2 tapi aku hold sbb nk bg entry ni kuar dulu. Gtu...
Memborong di Jakel Shah Alam
Jakel Shah Alam dh bukak on 24 April n now masih lagi dalam promosi pembukaan n promosi sempena hari buruh. Meh jom g lagi la wei..
Yang ni kesan penangan ke JAKEL on Sunday morning. Around 11 am aku dh gerak pusing2 ke sane. Aku pegi ari Ahad ni bukan la tujuan nk menghabiskan duit tapi sbb nk g tukar duit kain langsir yg ada skit cacat rosak. JAKEL mmg terbaik la sbb leh tukar kain tu apa sume. Tapi malang kain yg sama dah yilek habis. Jadi, aku amik la kain lain. Pusing2 level tu je, tgk org ramai rembat bedsheet. Aik?? murah ka??? Aku pun tnye la SA tu, mmg murah beb. Cooton lak tu. RM30++ je ok. Aku paksa mr Fizwan sbb aku nk rembat 2. Akhirnya, berjaya aku paksa die. HAHAHA Keji tol perangai kan?? Main paksa2 lak.
Aku x lama pun kat ctu ari Ahad tu. around 1 hour je. Kain pasang aku x jeling2 dah. Nnt kalo aku jeling mesti tersangkut lagi. Dah bayar kain langsir n bedsheet, terus je jalan laju-laju menonong keluar. KEJI !
Sunday, January 3, 2010
Geram sama skaf bunga-bunga
Wednesday, December 9, 2009
Naza Group Open House 2009


Sunday, September 20, 2009
Salam Syawal...
Maaf Zahir dan Batin buat semua rakan2 blogger.
Ampun dan maaf yan pohonkan andai selama ini ada slah dan silap yan selama mencoret di tinta ini. Mungkin ada yg berkecil hati, termarah or terasa hati dengan penulisan or gambar2 yg yan persembahkan di sini dan sempena hari baik, bulan baik ni, yan menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengikuti yan disini.
Kepada yang akan meneruskan perjalanan untuk pulang ke kampung atau berkunjung2an, berhati2 di jalanraya. Utamakan keselamatan anda dan keluarga tersayang. Jangan kesihatan. Jangan bernafsu je nk makan sume benda.
Akhir kata, sambutlah salam Aidilfitri yan buat semua rakan2 n sahabat handai di luar sana....
Salam Aidilfitri, penuhi Syawal ini dengan penuh keikhlasan....
Thursday, September 17, 2009
Ole2 dr Mekah
Buka @ Mc Donald ShowCentrepoint, Klang
Kitorang order Mc Chicken, Chicken Mc Deluxe n Bubur ayam jer












