CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Search This Blog

Fizyanz Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

BENCINTA

Daisypath Friendship tickers
Showing posts with label Fizyanz Jr. Show all posts
Showing posts with label Fizyanz Jr. Show all posts

Saturday, December 31, 2016

Bye bye 2016

Kita tinggalkan 2016 dengan entri tunggal ni. Terlalu banyak yang kita tak catit di sini

Tapi yang wajib catit dalam nota ini 22.10.2016 khalifah ketiga kami dilahirkan.. lelaki/2.9kg/7.09pm/HTAR dan kami beri nama Faatish Almaeey.

Terima kasih Allah atas segala rezeki dan limpah kurnia buat keluarga kami. Semoga 2017 akan berjalan dengan baik dan berkat dari Mu ya Allah.....

Wednesday, March 19, 2014

Pengalaman bersalin 2nd baby

Assalammualaikum.... Hari yang indah... Berpantang pun dah habis 44 hari. Jadi saya nak share moment indah melahirkan khalifah kecil kami yang kedua.

Alhamdulillah... Allah Maha Besar, syukur pada Allah kerana memberikan saya peluang ini. Peluang kedua melahirkan khalifahMu dengan fitrah yang Engkau jadikan yang amat sempurna.

Sape yang tahu, 1st pregnancy saya dulu diakhiri dengan kelahiran secara ceaserian. Jadi, bila saya preggy lagi, satu2 yang sentiasa pohonkan ialah supaya saya dapat melahirkan secara normal. Insya Allah nanti saya buat satu entry apa usaha yang saya lakukan sepanjang kehamilan dengan tawakal supaya saya dapat bersalin secara normal. Hari ni nak cerita pasal birth story dulu yer...

Khamis, 30/1/2014
Hari ni last kerja. Esok dah start cuti raya CNY. Saya dah ready kemas meja bersih2 sebab dengan harapan takmo datang kerja lagi minggu depan. Nak bersalin dan start berpantang. I'm always feel yang saya akan bersalin on my edd 3/2/2014.


Isnin, 3/2/2014 (40weeks)
Hari ni saya cuti sebab kan saya kerja di KL.Maka ada cuti ganti untuk cuti hari wilayah+2nd day CNY on 1/2/2014 tu. Hari ni dah plan, nak pos barang customer dan nak hantar kunci rumah baru sebab orang nak pasang grill. Dalam kul 1pm saya makan tengahari. Lepas makan tengahari, saya solat zuhur. Masa amik wuduk dah rasa sakit pinggang apa sume. Tapi saya tak jangka la itu surge or cume braxton hicks je. Lepas siap solat, terus siap2 dan pegi pejabat pos. Sekali punya la ramai orang kat pejabat pos. Sementara tunggu giliran tu, surge ada jugak dtg. Memang masa kat pejabat pos tu saya x duduk la.. Berdiri n buat hip moving bila rasa surge. Tapi macam dah tak sanggup nak tunggu giliran saya. Bila tengok banyak sangat no yang di panggil tak bertuan, terus la saya masuk. Setel2 pos, terus ke rumah baru hantar kunci dan balik.


Saya sampai rumah dah 330pm. Faeq tido, saya pun terus masuk bilik, ingat nak tido, tapi macam makin sakit plak kalo baring. Jadi, sambil duduk atas gym ball Faeq, saya lipat kain yang berlonggok atas katil. Saya try timing, surge comes in every 5min. Dalam hati dah kata, eh... Maca  cepat je. Tapi saya masih bole tahan surge tu. Saya ingat nak call suami, tapi takut dia gelabah. Lagipun, kejap lagi je suami nak balik dah. Suami kuar kul 6pm n selalu sampai rumah 645pm. Shud be ok kot saya rasa.

Masuk asar, saya terus solat dan dengar Faeq dah bangun. Saya pun keluar bilik dan bawak berjalan bile rasa surge. Masa ni pun tak cakap lagi dengan mama yang saya dah rasa sakit. Pendek kata, takde sape yang tau saya tengah layan surge. Bile mama dah siap mandikan Faeq apa sume, saya suap dia makan. Lepas tu macam biasa, papa bawak Faeq jalan2 naik motor. Saya keluar di beranda dan jalan mundar-mandir layan surge. Akhirnya.....masa saya duduk tersandar di kerusi, suami pun sampai. Dia nampak saya lain macam, terus dia tanya, dah sakit ke?? Saya angguk. Dia ajak saya ke hospital. Saya kata, nanti la. Boleh tahan lagi. Tengok lepas maghrib nanti macamana. Suami suh saya bawak berjalan. Saya kata, saya nak jalan kat lorong depan rumah. Suami kata ok. Jom dia teman. So dapat la seround saya jalan, pastu terus masuk rumah sebab dah nak maghrib.

Masuk Maghrib, saya terus mandi dan solat. Lepas solat, saya timing macam dah 3min sekali. Saya suruh suami sapukan air zam zam kat perut n saya minum sikit. Saya gagahkan diri duk kemas hospital beg sambil melayan kerenah Faeq. Tarik lagi mana2 barang yang perlu dan end up, saya cakap suami. Lepas Isyak je kita pergi hospital. Kalau ikut suami dia nak bawak saya sekarang tapi saya taknak. Saya nak solat dulu. Saya suruh suami makan malam dulu. Incase kalau dia kene tunggu saya nak bersalin dah, takde la dia laparkan...

Habis je azan, saya terus solat dan bersiap. Saya mintak suami bawak kurma dan air zamzam dan bancuhkan saya horlick sebab saya tak makan malam lagi. Masa ni baru suami cakap ngan mama yang dia nak bawak saya pergi hospital sebab saya dah sakit. Haaaaa habis macam debar2 semua orang dalam rumah. Saya je yang macam bertenang lagi. Saya dah siap, keluar bilik n kiss2 Faeq semua. Tak pandang dia lama sebab rasa sedih plak nak tinggalkan dia dan surge pun kemain dah rasanya.

Suami dah debar2 drive ke hospital. Saya yang keep on remind dia, hati2 mandu. Masa surge xde, saya sempat makan kurma 2 biji. Tapi bile surge datang, just bole try kurangkan rasa sakit dengan teknik pernafasan sambil baca doa nabi yunus. Sampai hospital, saya mintak suami parking dulu then baru sama2 jalan kaki ke emergancy labour tu.

930pm sampai sane, suami setelkan pendaftaran dan saya masuk tukar baju n nurse amik n cek details apa sume. Masa ni, nurse siap tanye, saya ada minum apa2 ke (merujuk kepada air selusuh dan sewaktu dengannye) sebab nurse tgk saya sakit kerap tapi masih boleh berjalan n etc. Setel tang tu, nurse suh baring nk buat VE. Dan mengejutkan sangat sebab VE dah 8cm dilated. Allahuakbar. Dengan tenang saya bersyukur sangat2 sebab Allah makbulkan doa2 saya. Dah nurse terjerit2 panggil doktor confirm apa sume. Doc and nurse dah kelam kabut nak siap2kan saya dan nak tolak ke labour room. Surge kerap tapi saya takde rasa nak meneran lagi... Fuhhh. 950pm saya ditolak ke LR. Nurse berlari2 tolak saya. Siap jerit panggil suami lari sama. Haha

10pm sampai LR n doktor menjalankan misi2 dia.. Pasang ctg kejap je ok pastu bacaan drop. Kenapakah?? Doktor terus pecahkan air ketuban and notice baby dah berak sebab air ketuban dah hijau. Terus doktor panggil specialist, pungpangpungpang report, specialist inform saya laju2 yang mereka akan vacum baby. Masa tu memang tak fikir apa dah... Proceed je doktor... Dan...1020pm, selamatlah saya melahirkan seorang lagi khalifah kecil.. Tunggu nurse datang tunjuk baby pun dah debar2 sebab saya kan tak tau apa gender baby. Saya x dpt skin to skin directly time tu sbb baby kena hantar ke nicu coz of heartbeat baby abnormal. And, officially nurse buka pembalut dia and its shown bebird... Alhamdulillah... Alhamdulillah.... Alhamdulillan ya Allah kerana Engkau telah permudahkan urusan ini... So setel2 sesi jahit menjahit yang banyak tu, dalam pukul 1145 la baru saya di transfer ke wad..

*baby duk di wad kanak-kanak sebab doc nak buat further cek up. kan ke dah yak yak dlm perut td.. x sabar tau adik nih!*

Wednesday, February 5, 2014

My 2nd khalifah

Teaser!!
Will announce name later...
Will post birth story later...


Its a BOY !!
Berat: 2.95kg
Tarikh lahir : 3 Feb 2014
Masa : 1020 malam
Tempat lahir : HTAR, Klang
MOD : VBAC + Vacum




Saturday, October 12, 2013

Budak Tepung Gomak

Ini la rupa budak yang suka lari kan diri bila nak bersiap untuk tido. Kitorang memang stail akan siram badan anak, tukar baju pampers apa sume setipa kali nak masuk tidur. Yela.. kan last dia mandi petangkan dalam kul 530 ke camtu. Jadi nye membawak ke malam hari nak tido kul 9 - 10 malam tu, saya rasa anak dah melekit belengas la sume. So memang wajib la kami wash up anak bagi dia rasa feeling great nak tido. Hahaha Tapi tu la, kadang-kadang memang bersilat la bersiapkan dia. Kita nak siap kan dia, yang dia sibuk nak lari main, maka inilah hasilnye... BUDAK TEPUNG GOMAK....




Wednesday, April 24, 2013

Around the event

Takyah tulis banyak sangat kot. Just nak tepek pictures ja... saje collage kan pic kalo x mau berderet pic nak masuk. malasla.. cukupla nih...






Tuesday, April 23, 2013

D presents

Terima kasih semua atas segala hadiah dan angpow yang kalian berikan untuk Faeq...

Presents of d day

taraaaaaa sudah di buka. Siap kakak Nana tolong bukakan lagi.

Ini hadiah terkemudian dari Bonda ofismate.

Present from abang Izz

Ni yang terlatest.. baru dapat 23/4/2013 Thank you kakak Dahia.....

Birthday Cake

Birthday cake bertemakan sesame street yang cantik dan sedap ini (serius sangat sedap) adalah di tempah khas dari Jasmeen Home Delight, Shah Alam. Dalam kul 11 pagi tu gigihla mak pak ni lari jap ke SA g mengambik cake ni. Bile dapat tu, terus mak berbunga hati sebab it's exactly seperti apa yang saya impikan. BIG THANKS to JHD.






:: nota :: appear in their blog too. Tentang harga atau apa saje, jangan PM saya. Sila PM kepada tuan JHD...

Thursday, April 11, 2013

Twinkle Totz Set Tupperware bayi


Twinkle Tup
Bila tengok iklan ni dalam katalog Tupperware terus jatuh chenta. Dan makanya saya telah menjebakkan diri dalam membelinya.

 Taraaaaaaaaaaaaaaa.... dis is for you my little baby. 

:: nota :: selalu kalah kalau dalam membeli barangan bayi. Ni pun tengah menunggu 2 parcel lagi barangan bayi. Will show show later.....

Monday, April 8, 2013

Candy Buffet

Yes, sekarang kang memang trend membuat candy buffet kan. Jadi mak ini pun beria2 la nak buat jugak. Takde la over sangat sampai nk hire ke apa. Just buat yang simple je. Guna pakai apa yang ada di rumah tu hah. Balang2 kaca pinjam kakak punya, pastu kerah si abang DIY kan balang2 tu, susun2 atas meja, siap!

Abang sedang menDIY balang. Saya cuma suruh abang balutkan crepe paper kaler2 tu, pastu tampal dengan sesame street kartun yang saya dan adik dah potong.

Yeah... seperti itulah balang yang saya mahukan. Simple je kan.

And this is a candy buffet. Ada snack & sweets, marsmallow, fruits and tak lupa saya sediakan chocolate dip..

Thursday, April 4, 2013

Birthday goodies

Untuk bahagian goodies, saya decide nak bagi mangkuk Ikea bersama sedikit makanan yang sesuai untuk bayi-bayi. Maka saya decide untuk letak biskut butang dan biskut Alphabet dalam tu. Maka sesi repacking biskut-biskut dah bermula seawal 3 minggu sebelum majlis, Memang tak banyak tapi saya bulan March adalaah bulan yang penuh dengan agenda. So mana yang bole kami siapkan awal, kami proceed. Tapi betul2 siap sampai end process memang the day before event la. Masa tu tinggal pasang sticker, masukkan biskut2 yang dah repacking, masuk plastik and seal.

Mangkuk ikea


In loose
Sesi masukkan biskut, pasang sticker dan seal.
Queue for seal
End product bersama tuan kecik


Wednesday, April 3, 2013

Invitation Kad & Sticker

Untuk invitation kad, mulanya saya nak buat sendiri je. Tapi bila sedar diri yang tangan sememangnya kejung, jadi ada baiknye saya minta kakak ex-ofismate tolong designkan. Memula saya cuma minta kakak ex-ofismate tu tolong designkan. Tapi bila ada urusan2 yang tak dapat di elakkan saya terus mintak kakak ex-ofismate print kan sekali semua. Ada juga drama di sini. Sebab memula saya nak invitation kad tu dlm bentuk poskad. Depan adalah invitation dan belakang map. Kenapa saya nak map? sebab kawan2 ofis saya bukan duduk area Klang. Jadi perlu la jugak untuk mereka sebagai penunjuk arah. Tu yang request nak map tu. Tapi akhirnya kami setel cuma dengan invitation kad atas kertas A3, kami kene potong dan lipat dua. Begitulah....

 

Masuk plak bahagian sticker, saya mintak 4 warna asas tema sesame street. 25pcs untuk setiap warna. Di sini ada sedikit mslh teknikal sebab saya sendiri tak ukur mangkuk goodies tu. So kakak ex-ofismate design standard size la kan. Tup2 masa sesi tampal menampal, sticker tak fix dengan mangkuk. Jadi akhirnya saya terpaksa adjust skit sticker tu untuk bagi dia muat cun-cun dengan mangkuk goodies. 
 


:: nota :: terlalu banyak isu untuk menyiapkan invitation kad & sticker ni. Dan kebanyakan isu nya adalah sebab masa. Tapi end of the day, saya sangat berpuas hati dengan kad & sticker. Mungkin kesalahan & isu yang timbul memang dari salah kami sendiri. Apapun, thanks kakak ex-ofismate for your help..

Tuesday, April 2, 2013

DIY : Birthday banner sesame street theme

Perjalanan untuk persiapan majlis harijadi Faeq sudah bermula. Secara sederhana tapi saya nak ia seperti yang saya bayangkan. Saya dah tetapkan tema Sesame Street untuk majlis tersebut. So memang secara gigihla saya menyiapkan sedikit demi sedikit apa sahaja untuk memenuhi tema tersebut. 

Ini bab birthday banner. Yang tang ni memang akhirnya saya meminta bantuan Adik BFF untuk mensiapkannye. Tapi segala bahan, mengoogle dan mak nenek saya la kene beli dan sebagainya. Beliau cume buat kerja cut n paste aje. Puas ati sangat2 kot.. Adik BFF memang pandai kalau buat2 kerja DIY ni. Ni kalo saya yang buat entah bole siap ke tak. Terima kasih byk2 Adik BFF.




Thursday, February 28, 2013

Expired EBM


Ini expired EBM yang terpaksa kami lantingkan. Ada dalam 64oz in total untuk di lantingkan. Dah 6mths dlm DF. Sayang tu memang sayang la tapi takkan nak bagi anak minum expired EBM plak kan... xpe.. Redha. Semoga Allah murahkan rezki kami dan permudahkan perjalanan breastfeeding kami sampai Faeq 2 tahun. Itu azam saya.. 
Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, February 4, 2013

Stok seminggu dua

Semalam adalah Ahad seperti yang lalu2 juga. Dipenuhi dengan kerja2 rumah yang tak pernah habis. Tapi seronok sebab semalam gigih merestock baby puree. Dan dengan jayanya bonda ini menukar selera lauk pauk anak. Semalam saya sediakan 3 jenis puri untuk stok seminggu dua. Insya Allah cukupla tu. Sebab hujung minggu ni pun nak balik kampung. Makanya memang nanti tak sempatla nak mem'puri' kan. So hasil minggu ni adalah:

1. Salmon + mixed vege
2. Ayam + kentang + baby carrot + kacang buncis
3. Bayam + cauliflower

Setakat ini memang saya belum mencampurkan benda2 lain. Belum menggoreng, menumis dan sebagainya. Sekarang gigi bayi baru nak masuk 4 batang. Kang dah agak2 nak penuh gigi dan boleh makan nasi barula saya menumis, mensup dan yang seumpamanya. Jadi semua bahan2 di atas saya cuma stim,blend dan froze kan. Itu sahaja....

Friday, February 1, 2013

Cara saya menyediakan solid food baby

Lain orang lain caranya sediakan makanan bayi kan. Maklumlah masing2 adalah mak bekerjaya. Jadi masa agak terhad. Tapi masih mahu lakukan & sediakan yang terbaik untuk bayi. Masa memula nak start bagi Faeq solid food, puas jugak saya study camne cara terbaik untuk saya lakukan sebab dari pembacaan ada yang sediakan puree setiap minggu sekali dengan nasi. Jadi setiap hari tinggal panaskan je portion yang dah disediakan. Dan Alhamdulillah.. sebab Faeq, mama yang jaga, dan setelah berbincang dengan mama, maka saya decide untuk buat asing-asing. Beras dan puree.

First in 3weeks time, saya akan amik dalam 3tin beras (kat rumah saya sukat beras pakai tin susu pekat tu). Basuh bersih-bersih dan kemudian jemur. Part jemur dan keringkan beras agak mencabar sebab bergantung pada cuaca la kan. Kadang2 makan hari baru betul2 kering. Or kalo nak cepat, ada orang sangar (goreng tanpa minyak). dah kering saya akan blen ikut kehalusan sesuai untuk beri anak makan. Dah tu, simpan dalam bekas berpenutup dan storage dalam peti sejuk ye.. Setiap kalo nak masak just amik la beberapa sudu beras tu, masuk periuk, masuk air, tanak atas dapur. Bile dah nak kering, masukkan pulak puree yang dah dibuat tu. kacau2 sampai sebati dan siap...... Selalunya saya akan masak untuk Faeq makan tengahari dan malam. Petang nanti panaskan je dan bole makan lagi. nyummmmm nyummmmmm

Wednesday, January 30, 2013

Solid Food Gadget

Disini saya nak share gadget2 yang saya gunakan untuk buat puree bayi. Saya ni mak malas yang mana kalau boleh nak guna gadget je. Tekan-tekan, mak g melepak, siap. So setelah membuat review secara gigih akhirnya saya membuat keputusan untuk beli Little Bean Supertrio Food Processor

 
source from google 

 
Ini milik saya. Saya beli masa IBEX di KLCC Aug'2012. Masa hari tu saya ambik cuti half day dan pergi ke sana sorang dan dengan gigih mengangkut barang ni bawak balik naik bas. Kenapa saya sanggup memikul benda ni dengan gigihnye? Sebab harga... its 50% off from harga asal di kedai.

Apa yang bagusnye LB Food Processor ni sampai saya beria sangat nak beli? 
1. It's 3 in one machine. Stim, blend & warm.
2. Sebab senang nak me-stim. Saya x guna method merebus ke apa. Segala sayur, ikan, ayam, memang saya akan stim disini je.Masukkan air, bahan2, tekan "H" dan ia akan menstim... Manual dia kata, mesin ni akan menstim dalam masa 8 minit. Tapi kalo utk sayur-sayuran hijau saya akan stim sekejap je. So bole tekan "STOP" bila rasa dah cukup masak.
3. Lepas stim saya akan pindahkan ke bekas untuk di blend. Even beras pun saya blend menggunakan mesin ni.
4. Warm dimana ia berfungsi sebagai warmer la... so bole la warm susu ke, makanan bayi ke.. 

See... banyak manfaatnye kan. So kepada ibu-ibu yang kurang rajin macam saya tapi mahu sediakan yang terbaik untuk anak-anak, sila labur untuk beli bendalah ni. Tak rugi...

Ini pulak ice cube tray yang hok kecik2 sesuai masa baby baru 6-8 bulan sebab portion makan dia pun kecik kan.. Yang ni saya beli di Mr D.I.Y Tesco Setia Alam. Harga x sampai RM10 (pack of 3)

 Ini pun ice cube tray tapi ni saiz besar2 godang dan juga yang saiz sederhana. Yang ni saya beli di Daiso Setia City Mall. RM5 each. 

Tips untuk beli ice cube tray. Saya memang sengaja takmau beli bekas yang mahal2 yang direka khas untuk bayi. Sebab utama dia, sebab saya takde space nak simpan. DF saya muat2 untuk susu je.. Jadi saya beli ice cube ni. Make sure berpenutup supaya senang nak simpan terus dalam DF utk di bekukan. Lepas dah beku (biasanya saya simpan semalaman) saya akan pindahkan semua puree ni kedalam storage/frozen seal bag. Benda ni pun saya beli di Daiso RM5 jugak. Jadi takde masalah tentang kebersihan dia. Insya Allah sempurna. Lagipun saya buat stok cume setakat 1-2 minggu. Saya memang buat sikit-sikit. At least every 2 weeks baru saya membuat kerja mempuree ni.  
Ice tray yang type sederhana


Ni plastik storage seal bag.