Jom merempit ke bazar ramadhan…. Ni kalo pertama bawak Faeq naik motor. Ingat ke dia gayat ke nangis ke, sekali dlm perjalanan dia dah bantai tido. Haiiiiilaa anak!
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Saturday, August 4, 2012
Friday, July 20, 2012
Salam Ramadhan 1433H
Sempena menyambut bulan yang mulia ini, ampun dan maaf saya pohonkan dari semua. Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat berterawikh ...
Wednesday, July 18, 2012
Syarat fidyah jika tinggalkan puasa
Ibadah niyabah wajib disempurnakan
Fidyah berkait rapat dengan ibadah puasa di mana ada beberapa sebab dalam puasa wajib yang jika ditinggalkan akan dikenakan fidyah iaitu meninggalkan puasa kerana tua atau lanjut usia, sakit kronik berpanjangan dan tiada harapan untuk sembuh.
Wanita hamil dan yang menyusukan anak terpaksa meninggalkan
puasa serta menangguhkan qada puasa sehingga tiba Ramadan berikutnya.
Firman Allah SWT bermaksud: “…Dan wajib atas orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 184).
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barang siapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan yang belum diqadanya, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari ditinggalkan bagi pihaknya.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Terdapat beberapa keadaan di mana seseorang itu dikenakan fidyah apabila meninggalkan puasa atau sebaliknya:
Seseorang yang meninggalkan puasa kerana bermusafir atau
sakit, maka wajib ke atasnya mengqada’ puasa sebelum datangnya Ramadan
tahun berikutnya dan jika dilaksanakan dalam keadaan sedemikian maka
tiada dikenakan fidyah.
Seseorang yang menangguhkan qada
puasanya sehingga tiba Ramadan berikutnya kerana cuai atau tidak
mengambil berat, maka dia dikira berdosa dan diwajibkan membayar fidyah
berserta qada puasa mengikut bilangan hari ditinggalkan.
Seseorang sakit berterusan hingga masuk Ramadan yang lain, dia wajib mengqada puasanya saja tanpa dikenakan fidyah.
Sekiranya
seseorang itu mati sebelum berkemampuan atau berkesempatan mengqada
puasanya bukan disebabkan cuai atau sebagainya, maka dia tidak berdosa
dan tidak perlu meminta orang lain mengqada bagi pihaknya serta tidak
diwajibkan membayar fidyah bagi puasa ditinggalkannya.
Sesiapa
yang mati selepas mampu mengqada puasanya, maka walinya (bapa, datuk
atau ahli keluarganya) disunatkan mengqada hari-hari ditinggalkan bagi
pihaknya.
Orang lain yang berpuasa bagi pihaknya adalah sah apabila mendapat keizinan salah seorang ahli keluarga terdekatnya. Jika dia berpuasa tanpa mendapat keizinan dan wasiat daripada si mati, maka puasa ganti itu tidak sah.
Jika tiada seorang pun
berpuasa bagi pihak si mati, maka hendaklah dikeluarkan satu cupak
makanan bagi setiap hari ditinggalkannya. Makanan itu wajib dikeluarkan
daripada harta pusaka ditinggalkannya, sama seperti hutang. Sekiranya
dia tidak memiliki harta, maka orang lain boleh mengeluarkan bagi
pihaknya dan terlepaslah dosanya.
Seseorang meninggalkan
puasa kerana tua atau lanjut usia, sekiranya dengan berpuasa akan
membawa kesulitan kepadanya, maka wajib membayar fidyah saja berdasarkan
kesepakatan ulama.
Seseorang yang tidak berkemampuan
untuk berpuasa, sekiranya dia tidak berkemampuan juga untuk membayar
fidyah maka tiada apa-apa dikenakan ke atasnya.
Seseorang
yang mengalami sakit kronik berpanjangan dan tiada harapan untuk
sembuh, maka wajib membayar fidyah dengan kesepakatan ulama, kerana
puasa tidak lagi diwajibkan ke atasnya.
Wanita hamil dan
wanita yang menyusukan anak, jika meninggalkan puasa kerana bimbangkan
keselamatan anaknya, maka wajib membayar fidyah berserta dengan qada
puasa mengikut jumhur ulama.
Sebaliknya, jika dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan keselamatan dirinya sendiri, maka dia boleh berbuka puasa dan diwajibkan qada’ puasa saja tanpa perlu membayar fidyah.
Menurut pandangan paling sahih dalam Mazhab Syafii, bayaran fidyah berganda dengan bergandanya tahun. Manakala menurut Mazhab Maliki dan Hanbali, bayaran fidyah tidak berganda mengikut tahun kerana ia dikira sekali gus saja.
Bayaran fidyah boleh ditunaikan sepanjang hidup. Namun, lebih baik mempercepatkan pembayarannya sekadar termampu dan seboleh-bolehnya ditunaikan dalam Ramadan kerana pahala pada bulan itu lebih banyak berbanding bulan lain.
Penulis Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)
Fidyah berkait rapat dengan ibadah puasa di mana ada beberapa sebab dalam puasa wajib yang jika ditinggalkan akan dikenakan fidyah iaitu meninggalkan puasa kerana tua atau lanjut usia, sakit kronik berpanjangan dan tiada harapan untuk sembuh.
Fidyah adalah satu bentuk ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala kepada pelakunya. Hukum menyempurnakan ibadah yang tidak sempurna adalah wajib, maka justeru itu hukum fidyah adalah wajib seperti ditentukan syarak.Fidyah adalah satu bentuk ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala kepada pelakunya. Hukum menyempurnakan ibadah yang tidak sempurna adalah wajib, maka justeru itu hukum fidyah adalah wajib seperti ditentukan syarak.
Firman Allah SWT bermaksud: “…Dan wajib atas orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 184).
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barang siapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan yang belum diqadanya, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari ditinggalkan bagi pihaknya.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Terdapat beberapa keadaan di mana seseorang itu dikenakan fidyah apabila meninggalkan puasa atau sebaliknya:
Orang lain yang berpuasa bagi pihaknya adalah sah apabila mendapat keizinan salah seorang ahli keluarga terdekatnya. Jika dia berpuasa tanpa mendapat keizinan dan wasiat daripada si mati, maka puasa ganti itu tidak sah.
Sebaliknya, jika dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan keselamatan dirinya sendiri, maka dia boleh berbuka puasa dan diwajibkan qada’ puasa saja tanpa perlu membayar fidyah.
Menurut pandangan paling sahih dalam Mazhab Syafii, bayaran fidyah berganda dengan bergandanya tahun. Manakala menurut Mazhab Maliki dan Hanbali, bayaran fidyah tidak berganda mengikut tahun kerana ia dikira sekali gus saja.
Bayaran fidyah boleh ditunaikan sepanjang hidup. Namun, lebih baik mempercepatkan pembayarannya sekadar termampu dan seboleh-bolehnya ditunaikan dalam Ramadan kerana pahala pada bulan itu lebih banyak berbanding bulan lain.
Penulis Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)
Sumber:BH Online
::nota: buat mommies yang masih keliru tentang puasa, qada dan fidyah while BF, this is a info for us... Semoga sentiasa mendapat berkah dari-Nya.
Monday, August 8, 2011
Salam Ramadhan 1432H
Ihsan dari en gugel
Salam Ramadhan 1432H/2011M
Amboiiiii melampau acik ni tau, dah 8 Ramadhan baru ada entri. Iskh... maklumla, saya ni baru pertama kali sambut Ramadhan bersama suami. Jadi masa yang tunggang terbalik tu memang tak dapat di elak la. Mana nak bangun sahur, pergi kerja, balik pun selalu ngam2 sampai rumah waktu nak berbuka tu. Mama dengan mr Fizwan la selalu yang settlekan bab2 berbuka ni. Jangan la harap kan saya. Alamat tak berbuka la kang nanti. Usai berbuka terus solat Maghrib, mengaji sebentar dan sambung pula berterawih di masjid. Alhamdulillah.. harap2 Ramadhan kali ni saya dapat berterawih sebanyak yang boleh walaupun sebenarnye dah bolos 2 hari sebab balik kg. Jadi waktu mane nak pikir2 taip entri tu? hiks! Alasan!!!
Dah 7 hari berlalu, semua makanan yang saya terasa lalu di tekak sume dah dapat makan. Sampaikan hari ni dah tak tahu nak makan apa dah..
Mari tengok checklist :
1 Ramadhan - mintak mama masak bihun Singapore
2 Ramadhan - merengek2 dah berhari2 dari sebelum Ramadhan nak makan rojak. Tapi hari ni baru dapat + mee goreng yang mama masak
3 Ramadhan - makan balance rojak + mee goreng semalam
4 Ramadhan - hasil dari bazaar Ramadhan cari Murtabak, kuih pelita dan segala kuih muih.
5 Ramadhan - cekodok pisang + nugget
6 Ramadhan - mee sup hasil air tangan mama + roti john + cempedak goreng + popia basah & goreng hasil rembatan dari bazaar
7 Ramadhan - muratabak + kuih bakar + pisang goreng
kamu rasa apa yang enak untuk di makan hari ni...
Sunday, September 5, 2010
Buka Puasa w Luvly Sisters@ Surabaya
Buka Puasa ari Sabtu diadakan kat Resto Surabaya. Makanan mmg sume Indonesian style. Tp mmg sedap x xde la jauh sgt beza ngan tekak Melayu Malaysia la ni kan. Boleh bg berbintang2 la sbb die punye nama2 mknn adalah very Indonesia.
Alkisah boleh p mkn kat cni adalah kesan drpd Restoran Ayam Penyet Ria Aunway Pyramid yg dah full book. A day before ada la call kedai tu tp katanye dorang amik call reservation. Kalo nk, dtg walk-in. N calling2, kautim ngan adik, adik nk p book around 3pm. Nk jadi kisah, adik g n tnye, rupenye dah full book. Aku kat umah lagi, jd mtk tolong adik n yong tuk settle je la mane2 pun janji ada tmpt. And at last, yong la yg pilih tmpt ni.
Pape hal mesti kene posing inteprem dulu. KAHKAHKAH.. Ayong, ude, adik, mmg slalu la jmp. Pantang otak giler sket mula nk buat projek TnG go, lepak minum, or pape je la. But Bai adalah telah tidak berjumpa since abis blaja kuar kolej dulu. N alhamdulillah... die dtg tunjuk muka. Dpt la lepas2 rindu kan Bai kan??
Variety of food adalah seado saje. More to lauk pauk yg mcm jenis. Kalo nk nasi grg, mee grg mmg jauh xde choice je. Betul2 nasi grg ada 1 pilihan n mee pun gtu gak. Tapi bab air mmg power2 name airnye. sedap pun sedap... x rugi la kalo air tu rege 5 rgt segelas. Pueh ati... Aku amik menu nasi putih, ayam madu, sate, sotong grg, n mee grg a.k.a mego grg ( nama menu2 idak le aku ingat...) utk sume tu aku kene bayar RM43.60 include serv tax. Hah gtu.. Ko rasa mahal?? Pada aku, ok sajork. Yg penting pueh ati sbb mknn sdp n tidak mengecewakan tekak n perut. HAHAHAHA... And almost sume kene lebih kurang semahal tu la.. Rege tu utk 2 org mkn la plus air die yg nama pelik2 tu tapi sedappppp.
Smtr tgu waktu berbuka harus la berposing sokmo... x larat nk gerak, jadi duduk je di posisi masing. Mr Fizwan yg jd tukang amik gambo. Aku kan, kdg2 agak pelik, lately makin la kurang pic aku ngan mr Fizwan. Kadang2 bile nk update pic kat FB ke apa, memanjang xde pic bersama yg latest2. Adesss tension tol la...
Ude dtg lmbt waktu ni. Kitorang dh separuh jalan makan, baru die sampai. Tapi nasib baik service superb. Mmg agak cepat dorang serve. mmg lgsg x smpt nk marah. sbb duduk, order, berborak sepatah dua tiga empat lima ayat, dh sampai dah mknnnyer.. Cepat bukannnn??? Walaupun kedai agak penuh org nk berbuka tp tatap cepat laju jerk dorang serve...
Ni couple2... Adik single sbb bf nye dah selamat balik kg sempena cuti raya. Kata cikgu..Harus cuti awal la kan.. Its me w mr Fizwan, Ayong n Amie, Ude n Yen, Bai n (alamak dh lupe nama die sape. Pls update me ya geng).
x lama pun lepak ctu. Makan2 borak2 lebih kurang, terus balik n menuju destinasi masing2... Bye2... sampai jmp lagi Ramadhan akan dtg. Insya Allah...
Friday, August 27, 2010
Majlis Berbuka Puasa 2010 [at] SDCC, Bukit Kiara
Haaaaaaaa amik ko... last2 aku lupe nk update story ni walaupunkejadian ni dah berlaku seminggu lepas. Ni gara2 tenet slow masa aku upload pic then pas sudah2 aku upload je terus je off laptop. Skrg, naya je sbb diri sdri lupa nk publish entry. hambikkkkkkkk....
Rabu lepas-lepas, ada Majlis Berbuka Puasa kat SDCC. Kata brother sister harusla situ gak di tuju nye utk sebarang event co. Alhamdulillah tahun ni dapat la g jengah2 majlis co sbb tahun lepas mmg haram x join manae2 co event. Improve kan aku.....(sambil2 kelip2 mata....)
Ni teman semeja makan. walaupun makanan adalah.. urrghhhhhh harapan ar ko dpt mkn kenyang sambil keluarkan bunyi ERKKKKK sbb sume nye yilek.. Yg tu mls nk komen byk sgt. Jadi kami mkn apa saje yg ada. Telan je la....
Gedik ! gedik ! gedikkkk!!! dan sangat gedik in 2 org.. That my fren mar... slalu je gaduh ngan die sbb die kat ops duk sblh eden yo.. Nama die Sofiiyah. Nama femes ames - P.. KAHKAHKAH
Hah ko tgk... tgk betul2 atas meja tu. Sume pinggan kosong jerk.. Mane ada yg ada makanan. Sume dah licin boliau mar.. bukan setakat licin kat pinggan je.. dalam tray buffet sane pun kosong... adoiyaiii x tahu la mane punce slaah silap sampai kekurangan makanan. Apapun, bersyukur, ada jugak juadah utk kami berbuka. Syukur... Sampai jump alagi di Ramadhan tahun hadapan...
Monday, August 23, 2010
Salam Ramadhan
Salam Ramadhan buat semua... Maaf la sbb agak lambatkan yan nk wish Selamat Ramadhan. Dah malam ke 14 kot baru nk wish n munculkan diri kan... Adoii x tau la nape malas semalas2nye. Teruk tul bersarang malas ni dalam hati. Nak cerita apa erk?? Cerita Ramadhan... Alhamdulillah dapat la jugak aku tunaikan solat terawih dengan mr Fizwan lagi taun ni walaupun banyak je skip2nye sbb keje dll. Tapi tahun depan Insya Allah akan cube memperbaiki kekurangan tahun ni. Ni la Ramadhan dan Syawal terakhir sbg bujang la kononnye sbb tahun depan kene hadapi Ramadhan dan Syawal dengan azam,cita2 dan kehidupan yg baru. Insya Allah... Semoga semuanye akan berjalan seperti yg di cita2kan..
Persiapan raya??? Baju kat akak tailor dh berkurun aku hantar tp x siap2 jadi aku suh siapkan tuk raya je la. Mmg xde kot nk setup yg ni baju raya, yang ni baju keje, mmg x la...Apa adanye je la.. nak bermood raya sgt pun mcm non ada sbb pk NAK KAWIN, NAK KAWIN.. bole ?? Menurut mr Fizwan pas2 raya nnt parents die akan dtg bincnag2 pasal tarikh apa sume bagai. Insya Allah ia akn berjalan spt yg di rancangkan. Doakan yer...Cuti raya pun xde la lama sgt. Aku cuma amik cuti sehari sblm n selepas raya je. Simpan cuti nk wat kawin la yang oiii nnt. Masa bertunang rtu dah ckp nk wat majlis on Mar'11. Tapi tgu la nnt parents mr Fizwan ckp apa. Kite ni merancang je kan...
Kuih raya?? Terbaik tahun ni sbb sume beli sajork.. Tahun depan dah ada family sdr, family mama n family mertua Insya Allah akan cube buat la sket2.. Kata cita2 baru kan.. HAHAHA... Xde la terbaik tapi bole la buat buah tangan x seberapa masa balik Muar nnt. Motif?? xde motif. hanya sekadar hendak menjadi isteri kebanggan suami. bole?? (perghhhh kalo berangan mmg bole bagi kat yan..)
Ok la, x pyh merapu byk sgt. tadi nk wish salam Ramadhan je kan tapi dh melalut cerita taun depan. Sbnrnye dah x sabar mau kawin ni... NAK KAWINNNNNNNNNN!!!!!!!!! (giler gatal...)
Subscribe to:
Posts (Atom)


