CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Search This Blog

Fizyanz Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

BENCINTA

Daisypath Friendship tickers
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

Monday, March 22, 2010

Result for "Why I Like It Longer"

Waaaaaaaaaaaaa...... result of "Why I Like It Longer" dah kuar... aku dapat lama dah email ni tapi aku x dan nk publish la kan... Eh, korang ingat kan yg aku penah wat entry tu dulu. Hah!! sekarang result pemenang2 tu dah kuar. Dan aku bukan lah antara pemenang. Wawawaaaaaawa... sedihnye... nk la LG Chocolate BL40 tu... Nuff.. I nk la phone tu....

Xpela, rezki masing2 kan, At least aku dh mencuba. Betul x??? Dah aku kalah, aku share la gak kawan2 yg menang yg dpt LG Chocolate BL40  worth RM2,199 tu. Mereka adalah:


Tahniah la kepada korang2 yg menang tu. Len kali bagi aku plak yg menang k. Jgn gatal2 korang nk menang. heheheheh...

Tuesday, January 26, 2010

Why I Like It Longer

Nak baca yg baru ??? Scroll bawah bawah bawah lagi. Aku tepek entri ni 48 jam...

Sape nk LG Chocolate BL40 yang berharga RM 2,199 each?? Kalo tanye aku, mmg aku nk. Sbb?? sbb aku nk la.. hihihi...


Memperkenalkan..... LG Chocolate BL40 bukan la calang2 telefon bimbit yang bakal menjadi kegilaan semua generesi terkini. Dan dengan hati kecil aku yang memberontak untuk beralih ke telefon yang memberi kemudahan kepada aku untuk sentiasa berinternet tanpa batasan, aku bertemu dengan LG Chocolate BL40. Indahnya duniaaa kalo aku dapat memilikinya... Uuuhhh.... sorga...


Tau la, bile kerja yang menuntun masa, tambah plak dengan perjalanan yang memakan masa sejam untuk aku berulang setiap hari dengan menggunakan public transport, tentu aku bahgia kalo dapat memiliki LG Chocolate BL40. Kenapa aku beria2 dengan LG Chocolate BL40 ni??? Nak tau??? Meh aku story morry kat korang sume apa bagusnya LG Chocolate BL40? Apa yg best sangat sampai aku seru2 LG Chocolate BL40 ni??? 


LG Chocolate BL40 adalah telefon terbaru era masa kini yang amat fleksibel untuk korang berinternet di mana sahaja tanpa batasan dan lebih mudah, ia boleh jadi mini lappy korang. Sukee??? Acik sukeeee banget... 

Kenapa aku kata aku leh anggap die mini lappy aku and  Why I Like It Longer sbb, pada aku is I will use this phone for long term infact of aku bebas bersukaria untuk menggunakan LG di mana2 shj tanpa batasan, aku boleh memaksimumkan penggunaan LG phone dlm setiap ruang masa yg aku ada. Jadinye aku x perlu bekejar2 balik keje mengejar lappy or sebagainye sbb aku sentiasa bersama lappy mini ku ditangan and its LG Chocolate BL4. Bahgia bukan??? Tambah2 pulak, LG Chocolate BL40 didatangkan dengan kelebihan dimana ia mempunyai skrin HD LCD sebesar 4 inci dengan 800x345 pixel resolution untuk memaksimumkan  pengalaman visual korang. jadi senang la kalo orang2 yg mcm aku yg sibuk, x larat nak menghadap lappy selalu utk berinternet, terutamanya selepas 8 jam bekerja mengadap komputer dan bile habis keje mula la nk  berblogging, berFB kan, tentula mudah aku nk berinternet dlm perjalanan pulang. At least, ble aku sampai umah, aku leh berehat sbb LG Chocolate BL40 dh permudahkan keje aku.Di tambah pulak dengan skrin yang memuaskan mata memandang dan jugak membuatkan dokumen lebih mudah untuk dibaca dengan adanya Dual Screen UI dimana kite boleh melihat 2 skrin sekaligus dlm 1 masa tanpa bertukar window. Ni konsep ala2 IE or Mozilla la... leh buka banyak2 tab. Selain tu, gambar yang jelas terang juga unik dengan 5MP kamera, video yang lebih kepada kehidupan sebenar, dan ia turut bakal menghasilkan warna yang natural maka mudahla korang untuk terus memuat naik gambar ke FB ke Twitter ke dengan serta merta tanpa perlu nk mengedit ke hapa la kan sbb mmg dh cantik. Jadinye, kawan2 korang sentiasa akan tau perkembangan korang. Bagi penggemar game, LG Chocolate BL40 mg la amat mesra untuk bermain game dan menghilangkan tension, stres serta bengang sbb dah la skrin besar,puas nengok, jadi leh main dengan syok..

Anyway, Spec die mmg lebih kurang mcm LG Cookie yg aku gune sekarang ni tapi, disebalik lebih kurang tu masih ada lagi 1001 kecanggihan yg x dpt aku nafikan. So, far aku mmg selesa dengan produk LG sbb aku mmg slalu update FB,aku tgk blog, aku baca news, aku surf utk dptkan maklumat serta merta sume dengan LG phone aku k. Aku sangat berbangga dengan kecanggihan LG dan pada aku, LG Chocolate BL40 adalah maju selangkah ke hadapan bersama era globalisasi yg semakin memuncak. Good Job to LG. Yeah!! dan selain tu jugak, kecanggihan yang ada pada  LG Chocolate BL40 jugak sama canggih n bisa menandingi hp2 lain dgn kecanggihan Java, game, FM radio, kamera, MP3, Bluetooth, touch screen, video recording n document viewer. Dengan saiz 128 x 51 x 10.9 (L x W x D (mm)) dan berat hanya lah 129g. Wah... terujanye aku....

So, ada sape2 nk?? Kalo nk, beli la... tapi kalo nk free pun boleh. Jom ikut jejak aku.... Sekarang Nuffnang dan LG dh bagi jalan kat kite sume untuk bersaing mendapatkan LG Chocolate BL40 ni dengan free  je. Kalo x caye leh tgk sini .

Friday, September 18, 2009

Raya Gaya Mamee

This is sticky mode entry for 48 hours. Please scroll down for new entry...

Wah!!! kali ni Mamee ada wat ecard tau... Tapi bukan e-card biasa2. Sempena Syawal yg bakal menjelma x lama lagi, Mamee dah siapkan e-card raya yg very the vazz tuk memudahkan kite sume panjang2kan silaturrahim antara satu sama lain. So, send la banyak2 e-card raya istimewa ni kepada yg tersayang, kaum keluarga dan sahabat handai yang jauh mahupun yg dekat. Semoga dengan usaha Mamee ni akan merapatkan lagi ikatan silaturrahim antara semua.

But!!! ada satu yg aku x story lg tau.. Korang anta e-card ni bukan la setakat hantar kosong... 1, mesti la kene ikhlas, 2, korang leh menang hadiah tau kalo korang merupakan sender yg banyak sangat anta e-card ni dalam sehari. Hadiah?? lumayan beb!!!

Korang mungkin berpeluang untuk memenangi sebuah rumah terbuka PERCUMA Mamee Sllrrrp di Hari Raya ini yang akan dihoskan oleh selebriti-selebriti Akademi Fantasia kegemaran korang yg antaranya ialah Mila, Hafiz, Aril dan ada juga pengacara-pengacara radio Era tau! Tambah plak, Era juga akan memberikan hadiah wang tunai harian RM200 untuk dua orang yang menghantarkan e-kad terbanyak daripada laman web Raya Gaya Mamee! Dan yg best nyer, to all bloggers yg ada akaun Nuffnang, and menulis ttg kempen ini di dalam blog korang dan berjaya pulak dipilih sebagai pemenang, korang bakal menerima hadiah wang tambahan RM300 yang akan dikredit masuk ke dalam akaun Nuffnang !!

Wah!!! syok2....sukeee...duitraya, yeah!! yeah!!

Aku dh pun send e-card tu to all my frenz n mudah2an adalah rezki untuk aku kan...Ahaks!! (nk jugak tu...) So, kalo korang nk jugak, cepat la create your e-card and send banyak2 k...

Ni aku tunjuk contoh e-card aku yg aku send kat kawan aku ler...

1. Korang masuk website Raya Gaya Mamee ni n kene daftar dulu tau.
2. Bile dh berjaya mendaftarkan diri, korang pilih la mana satu card yg korang nk create. Ada 4 jenis card. Tradisional, (card bese jer, ko letak ucapan n send ler) n aku pilih yg ni...
3. Hurm... kat sini korang kene la masukkan ucapan yg ko nk tujukan kat penerima korang tu.
4. Haaaa tengokkk... aku dh masukkan ucapan aku. tapi korang jangan la tiru ucapan aku tu k...


5. Ok, dah siap sume, dah review, korang send la kat keluarga,sahabat handai korang. Jangan risau la sbb korang leh gune address dr email korang. Yahoo ke, gmail ke, hotmail ke... Korang juz enter ur id n password tgu die prompt pastu select2 penerima n send... Dah siap!! senangkan???
So, apa lagi?? cepat la join. Mende ni dh start lama tau dr 7 Sept rtu tapi aku sendiri baru perasan n will end on 18 Sept. Arini bape ari bulan??? ye pandai...16 Sept kan? Jadi apa lagi hegeh2 ngadap blog aku ni, tinggal la kejap blog aku ni n g daftar n do the so on. Dah sudah baru dtg mai balik...hehehhe..

Eh, lupa, kan ke tadi aku gtau ada 4 jenis e-card raya kan. Yg contoh aku tu yg tradisional. But yg ni adalah Riang Ria yg mane korang leh luahkan ucapan Hari Raya bersama dengan gambar selebriti kegemaran korang.


Yang ni plak Animasi, ko tempek la muka2 yg tersenyum manis tambah dgn ucapan yg menarik tertarik da boommm


N yang ni Muzikal. Nama pun muzikal, harusla ada lagu kan dengan ucapan raya utk syok2 hepi sambil baca kad korang. X gtu??
Korang pilih la yg mane korang suke n wat apa yg patut n yg paling penting, send la banyak2 nnt leh menang hadiah..Kalo menang jgn lupa la share2 ngan aku ni....hehehhe....

p/s: Untuk maklumat lanjut, sila layari Raya Gaya Mamee or Nuffnang page.

Khidmat pesanan ini dibawakan oleh fizyanz khas untuk Raya Gaya Mamee.


Tuesday, June 30, 2009

Click LovetoSave ..

Hari ni adalah hari terakhir utk click at LovetoSave Digi. Harap2 sume kwn2 yanz dah pun click for donate. N semoga apa dah kite cube kita lakukan merupakan amal jariah yg akan berpanjangan. Amin !!!

N kepada yg blom lg click, please click banner yg dah yanz paparkan kat atas tu untuk donate. Ingat !! 1 klik yg anda buat, Digi akan mendermakan sebanyak RM5 kepada badan2 yg anda telah pilih untuk donate. Yanz pilih untuk mederma kepada MAKNA. Anda??? Pilihla mana yg anda rasa suka.

Kite slalu vote for AF, My Star LG, Mentor n segala bagai hiburan, kali ni, saat2 terakhir yang ada ini, donate la untuk mereka yg memerlukan. Juz buat free klik n Digi yg akan donate untuk anda..



Tuesday, June 23, 2009

Speak Up Malaysia by Digi

This is a sticky mode for 48 hours..Please scroll down for a new entry..

Satu peraduan yg aku dapat dari Nuffnang.. Speak Up Malaysia. Tujuan Digi wat contenst ni adalah untuk beri kite peluang untuk bersuara. Kan ke rakyat Malaysia ada hak untuk bersuara. N dengan suara ramai tu mungkin akan mengubah sesuatu yang bakal mengorak satu langkah baru untuk negara kita Malaysia agar Malaysia sentiasa berada dalam keadaan aman, sentosa serta maju selari dengan arus kemodenan dunia.

Apa pun sebagai rakyat Malaysia, sumbanglah sesuatu untuk negara. Mungkin dengan suara anda itu bakal membawa Malaysia ke satu tahap yg lebih baik di mata dunia.
Pertandingan ni mudah sangat. Anda cuma perlu buat satu langkah simple seperti di bawah:

1. Ambil MMS ttg apa sahaja yg ingin suarakan kepada Malaysia dengan cara yang paling kreatif dan menarik.
2. Hantarkan MMS anda itu ke nombor - 016-6029788
3. Dan sekarang anda mungkin berpeluang mendapat hadiah2 menarik yang telah disediakan.

note : kepada blogger tegar, adalah amat disyorkan kalo anda hendak berbicara ttg Speak Up Malaysia

Ada banyak hadiah menarik yang menanti anda semua seperti LG Cookie mobile touch phones, iPod Shuffles, 100 pairs of movie passes or RM3,000 CASH !

Jadi, suarakan pendapat n pandangan anda sekarang untuk Malaysia...
Jangan tunggu lagi.....

Untuk sebarang makluman lebih lanjut atau melihat suara rakan2 yg lain, klik sini...


Monday, June 8, 2009

Love to Save by DIGI

This is a sticky mode for 48 hours...Please scroll down for a new entry.....


Hari ni yanz cume nk menulis ttg donation yg di jayakan oleh Digi. Dengan tema "love to save" dan dengan rasa tanggungjawab, aku dah pun click kat banner dorang n aku memilih untuk menderma untuk tabung MAKNA (Majlis Kanser Nasional).

Sebab ape aku pilih untuk click for MAKNA sbb, aku pernah dengar talk about MAKNA ni. Ofis aku ade panggil MAKNA untuk bagi talk about kanser n ada plak ofismate aku yg anaknye kene kanser n bile sbuk2 cari bantuan, MAKNA dtg beri bantuan. Nak tau kenapa dengan mudah MAKNA dtg beri bantuan, sbb pernah satu saat ofismate aku ni telah mendaftar n menderma untuk MAKNA. Tapi ofismate aku tu mmg x ingat lgsg yg die pernah menyumbang untuk MAKNA n Alhamdulillah... bile die dalam kesusahan, MAKNA dtg membantu. So, rakan blogger sume, marilah kite sama2 menyumbang samada untuk MAKNA atau mane2 badan yang termasuk dalam siri derma DIGI ni....

SOCIAL




NATURE



HEALTH


Love to support

Money isn’t the only thing we can save.

DiGi is trying to raise RM150,000 in 30 days.. And you have the power to help with a single click. And it does NOT matter which mobile network you are on – just as long you are among those who Lovetosave.

Just click once on the charity you’d like to support, and DiGi will donate RM5 to it.


We all have a cause close to our hearts.
This is our chance – all of us – to contribute.