CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Search This Blog

Fizyanz Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

BENCINTA

Daisypath Friendship tickers

Thursday, January 17, 2013

Mother Baby & Kids Expo - 18-20Jan 2013 @ PWTC

 
Jom ibu-ibu dan bakal ibu beramai-ramai ke expo membeli belah apa yang patut dan tak patut. Heee... 

Wednesday, January 16, 2013

Kaki Tangan

Ini adalah kaki tangan Faeq di usia 9 bulan. Bila di kenang2, dah besar anak bonda ni...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, January 14, 2013

Puri Brokoli dan Sawi+ikan bilis

Ni lah rutin hujung minggu sekarang. Sediakan stok puri untuk Faeq. Minggu ni tema puri adalah green vege. Kahkahkah macam ini punya emak pun ada. Buat puri siap brtema bagai. Yelakan, hari tu dah macam dah terover buat puri bertema carrot siap ngan ayam ikan bagai. So minggu ni kene buat yang light2 sajork. Terimlah seadanya wahai anak.... 

Saje lah nak share resepi jugak... 

Puri Brokoli 
Bahan2 adalah brokoli sahaja. 
Cara membuat adalah dengan bantuan LB food processor. Potong2 brokoli sedang2 seperti yang anda rasa sesuai. Setting mesin dan stim. Sesudah stim, transfer masuk bekas pengisar dan putar... Kalo x smooth, letak air sikit. DAH SIAP! 

Puri sawi + ikan bilis. 
Bahan2 adalah sawi dan ikan bilis. 
Kuantiti agak2 la korang nak buat banyak mana untuk berapa hari. 
Owh.. Sawi tu saya guna sawi pendek sebab orang kata sawi ni kurang pahit. 
Cara buat saya basuh dan potong2 sawi tu. Pastu saya celur2 je saya tu sbb xmo bg dia terlalu masak. Kan nanti nak masak lagi masa membubur. Ikan bilis basuh rendam kejap bagi hilang masin dia. Pastu campak sekali dalam peeiuk mencelur sawi tadi. Agak2 dah layu angkat dan toskan. Sesudah itu dengan bantuan LB sekali lagi blend sampai jadi puri. Lepas dah siap sume saya simpan la... Ikut sukatan sesedap hati untuk sekali masak/makan.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, January 9, 2013

Budak comot

Sesekali lepaskan die mencomotkan diri, mmg habisla..... Nilah hasilnye. Comot dek kerna makan buah naga...

Tuesday, January 8, 2013

Janda Baik & Genting Highland

Sabtu dan Ahad semalam kami ikut rombongan budak2 ofis saya ke Janda Baik. Tujuan dan tema adalah free n easy. So organizer tolong set book untuk makan dan bilik. Lain2 sukahati kamu orang la nak buat apa. Kami gerak agak lewat sebab macam2 benda nak kene settle dulu dirumah. Tambah pulak nak hadir undangan x-ofismate yang buat majlis akikah bayi barunya. Lepas hadir kenduri nak jemput 2 budak di Puncak Alam tu sebab dah janji nak bawak mereka sekali. So dingdong dingdong, pukul 2 jugak la officially baru gerak ke Janda Baik. Sampai sana pun dah nak Asar. 
 

So menjengah kawan2 yang dah sampai then tukar baju bawak budak2 mandi sungai. Dan alkisahnye itu budak bernama Faeq Altamis adalah pentakut. Tak tahu sama ada dia takut sebab tengok air mengalir or air tu sejuk banget. Saya tak pasti. 
 

Kami tido semalam di Janda Baik siap dengan event BBQ apa suma la di sana. Esok bangun pagi terus cari sarapan. Budak dua tu nak mandi sungai lagi so layan jela tapi budak bertuah tu tetap tak mahu masuk air. Puas bonda celup2 kaki dia siap duduk sama-sama tapi dia tetaplah taknak. Meraung2 nangis sampai kuar suara jantannye. Alahai anak omak.... Dahtu acaner nak suh swim menyelam kalau gini?? Puas budak2 dan bapak budak mandi manda. Ajak dorang naik mandi nak cek out apa sume. So mmg ngam2 kul 12 cek out. 
Kuar dari Janda Baik dan lunch di Genting Sempah. Dan tingggg!!! idea bernas pun tiba. Mari kita daki Genting Highlands. Yadaaa yadaaa jenuh jugak la membawa kereta itu sampai ke puncak. Pendek nafas jugak kereta itu. Tapi syukur... Tiba dengan selamat. Kami x buat apa pun.. Just jalan2 pusing2 di indoor dan akhir sekali saya dengan anak2 naik monorail ulat bulu tu. Saje nak bawak Faeq rasa.. Tapi Daddy tak ikut. Daddy tunggu entah ke mana perginya sambil menjaga stroller. Pukul 530 kami gerak turun dari puncak dan selamat tiba di rumah lebih kurang pukul 8mlm. Minggu yang have fun dengan ofismate keluarga dan anak2. Simple but nice..dan PENAT! Heeee 

Published with Blogger-droid v2.0.10