CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Search This Blog

Fizyanz Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

BENCINTA

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, April 12, 2011

Sebulan bergelar suami isteri

credit to my OP : Ajean

Hari ni genap sebulan kami dinikahkan. Syukur kepada Allah kerana perjalanan hidup kami di permudahkan. Berkat dan rahmat dari Allah sentiasa kami pohonkan dalam menjalani rumahtangga ini.
Perkembangan setakat sebulan ni xde la apa sangat sebab kami masih duduk dengan my parents. So segala bab2 masak memasak ni mmg x sentuh lagi. Tapi tetiap pagi wajib bekalkan mr Fizwan air ke tempat kerja. Kalo suami kene kerja ari Sabtu barulah suami akan buat permintaan yg berat2 sikit seperti mahukan roti bakar utk sarapan dan bekal. Tu je la. Comel kan suami saya...

Dekat sebulan baru kami dapat arrange masa yg tepat untuk ke tempat kerja. Kalo x. kadang2 saya sampai awal, kadang2 lewat sbb hidup mcm tunggang langgang lagi. Saya je la yg akan lambat sbb kerja nun jauh dari rumah. HIKS!! Balik keje pulak kdg2 kalo awal, papa la kene jemput kat stesyen bas, kalo agak2 sampai saing2 mr Fizwan, kite drop SA tgu mr Fizwan. Begitu la kehidupan kami. 

Tapi satu rutin yg kami cube lakukan setiap hari, kami akan solat jemaah sama2. Kalo hari bekerja tu ofkos la Isyak je dpt jemaah tapi Alhamdulillah.. itu la menjadi pengikat kasih sayang. Kalo time cuti2 dapat la byk waktu jemaah or pendek kata boleh cukup 5 waktu la nak jemaah. Dalam seminggu pulak, sekali/sehari kami try utk baca Al-Quran sama2. X kira la baca yasin ke, surah2 ke.. Ni pun kami cube amalkan.. Yela, kami banyak habiskan masa di tempat kerja campur lagi masa perjalanan pergi & balik yg panjang, jadi bile ada ruang utk bersama, kami cube manfaatkan. begitu la... 

Bunyi mcm simple je life kami... Tapi itu la hakikat permulaan perjalanan hidup kami. Kami cube penuhi hari2 kami dengan rasa cinta dan sentiasa mengharungi segala susah senang bersama-sama. Insya Allah.. Doakan kebahgiaan kami dunia dan akhirat...

No comments:

Post a Comment