CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Search This Blog

Fizyanz Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

BENCINTA

Daisypath Friendship tickers

Monday, January 2, 2012

Kenduri Doa Selamat for 28weeks mom-to-be

Alhamdulillah selamat sudah majlis doa selamat sempena usia kandungan mencecah usia 28 weeks. Tanggal 1 Jan 2012, kami merencanakan majlis yang ringkas dan !@#$%^&* memanggil keluarga dan sahabat terdekat sahaja. Not much.. Its only a simple event. Terima kasih pada semua family members yang hadir dan menyumbang tenaga merewang, frens yang hadir dan terutama my PIL yg turun dari Muar untuk kami. BIG thanks to PIL.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat
IMG_4529
IMG_4532

Di ikuti dengan jamuan makan.
IMG_4542
IMG_4551
IMG_4550

Diantara tetamu yang hadir. IMG_4531IMG_4555IMG_4536

Itu mom-to-be bersama nenek nenek bidan.IMG_4548 
Motif ada nenek bidan sebab kalo ikut orang Jawa, kami ada buat sikit majlis LENGGANG PERUT.

EH, apa tu lenggang perut? hurmm takde apa pun, !@#$%^&* ada acara mandi bunga, Yang ni suami isteri kene mandi . Dalam toilet je takde la sampai ke luar rumah bawah pokok ke, tepi sungai ke apa. NO! NO! NO! Tapi kene 7 orang yang berlainan yang kene siramkan. 3 kali siram suami, 3 kali siram saya. Begitu la seterusnya sampai 7 orang. Kemudian sambil berdiri nenek bidan akan lalukan sebijik telur dari atas dan tengok telur tu jatuh pecah atau tak.
Lepas mandi tu kena pulak bersalin-salin kain sebanyak 7 kali. Kiranya sarungkan kain batik dan setiap kali sarungkan yang kemudiannya, yang lapisan dalam tu kene lucutkan. Sampaila 7 helai kain batik. Kain batik tu kena kain batik baru. Dah sudah tu, kita kene baring dan nenek bidan akan lenggang-lenggang perut kita dengan kain batik lepas.
Sudah tu die akan urut atau pegang-pegang perut nak cek kedudukan baby. Alhamdulillah nenek bidan cakap, baby kita OK. Maksudnya takdela baby songsang ke, turun sangat ke or uri kat bawah.

Lepas urut, ada sesi bersikat. Memula nenek bidan akan sikatkan rambut kita sambil selawat, lepas 3 kali, nenek bidan suruh suami pulak yang sikatkan… Owhh comelll.. hiks..
ha tu jela sesi melenggang perut. Pada saya takde apa yang pelik sangat pun. Biasa je… Kalo ikutkan ada sesi memotong kelapa muda nak tengok jantina bayi tapi kami tak buat yang itu. Kalau acara membelah kelapa tu, suami yang kene belah, kalo belah tegak cantik sambil air kelapa terpancut itu namanya lelaki. kalo tak terpancut maka perempuan la tu…

No comments:

Post a Comment