Kita tinggalkan 2016 dengan entri tunggal ni. Terlalu banyak yang kita tak catit di sini
Tapi yang wajib catit dalam nota ini 22.10.2016 khalifah ketiga kami dilahirkan.. lelaki/2.9kg/7.09pm/HTAR dan kami beri nama Faatish Almaeey.
Terima kasih Allah atas segala rezeki dan limpah kurnia buat keluarga kami. Semoga 2017 akan berjalan dengan baik dan berkat dari Mu ya Allah.....
Saturday, December 31, 2016
Tuesday, May 19, 2015
Kurier dan service yang super bad
haaaaaa harini mmg nak amukan pasal kurier service. lama tak memblog. Ni muncul2 terus nak amukan..
ada 3 kerenah yang memang yan patut tulis untuk kenangan sepanjang hayat.
1) Easy Parcel
27/4 booking barang untuk pick up date 28/4. Tunggu sampai petang takde orang dtg pick up. Dah chat dgn customer service and dorang dah emailkan ke kurier sepatutnye tapi still until 6pm takde orang pick up. Maka dorang cadangan untuk cancelkan sume booking tu dan tukar ke kurier lain. so booking 28/4 untuk pick up 29/4.
29/4 booking dengan Air pack via Easy Parcel. Pagi tu Airpack dah call kata hari ini akan pck up barang. So tunggu punya tunggu jam 5 masih belum pick up. Aihh ni naya lagi ni. so chat balik dengan Easy Parcel bila Airpak nak pick up. sekali jawapan yang dapat, Air pack tak cover alamat yan. Helloo..... game apa Airpak cuba buat ni. kalo tak cover apsal pagi tadi call tak bagitahu..
So dengan hati meluap-luap sebab dah 2 hari delay barang customer tak pos, customer dah tanya-tanya. terpaksa call mr Fizwan mintak dia kuarkan dulu few parcel.
dah setel mintak tolong mr Fizwan pos kan, dia plak bole bantai p pakai pos laju. ya Allah urut dada mak ni.. 1 parcel kene rm100++ okeh. nak marah suami. tak marah mcm buat tindakan luar akal. yan memang menangis kot. sebab macam tak boleh ke buat tindakan waras,
Esoknya terus email ke Easy Parcel untuk batalkan semua booking dan mintak refund. Tapi jawapan dorang, dorang tak boleh bagi refund. dan sebab dan setengah bulan dorang pun tak nak take action, maka yan up issue ni sekarang. Ada lagi top up amount dgn Easy Parcel Rm100 dalam account tu.
Tu semua booking yang dah di cancel.
Tu credit amount yang tak berganjak dan tak bole nak direfund.
Dan paling best hari khamis tu pulak, 2 kurier company yang yan book ari isnin, pick up selasa tu call kata nak pick up. sorang kata baru dpt email/ notification dari Easy Parcel. makanya yg Easy Parcel pung pang yan 2 3 hari lepas tu sbnrnye nak tutup salah sendiri ke apa. Yan bagitahu 2 org yang nk datang pick up tu, tak payah datang sebab dah takde barang. sume yan dah pos sendiri.
Setelah email-email pun tak berhasil. maka terhasil la entry ini khas buat Easy Parcel
2) Nationwide
Masalah juga ni.. barang di post out dr Kelantan 13/5 tapi sampai 19/5 baru nak hegeh2 hantar. Itu pun setelah pagi2 hari tadi yan call dan buat report. mana barang apsal berhari2 tak sampai lagi. Cari dalam website Nationwide nombor telefon Nationwide Klang. Nmbor ada tapi takde dalam perkhidmatan. habis tu tu no main petik letak je ke apa. atau untuk display sahaja?
Nampak tu .. Janji dia A Promise Delivered.. tapi makan hari plus kene report dulu baru nak hantar
** call jam 9pagi, now jam 12 dah depan rumah. bole pun hantar... apsal 14,15 or 18hb taknak hantar Nationwide oiiiiiiii
3) City Link
Yan dah banyak kali order barang dan city link elok je hantar sehari . mcm pos hari ni esok sampai.
tapi kali ni pos Ahad, Isnin tak sampai ok la takpe lagi. yan bole rilek sabar.
Tapi pagi Selasa dia buat panas. Ofis person yang kat Saujana tu call, bagitahu barang yan akan resend esok (Rabu). pastu dia tanya yan ada rumah tak. Yan kata yan takde sebab yan keje. tapi rumah memang ada org. Then dia bole kata, dalam report tulis, barang tak dapat hantar sebab call takde orang jawab. PANGGGGGG !!!! macam hantu kak limah rasuk dalam badan. semalam yan memang tunggu mana2 kurier company call untuk tanya jalan ke rumah yan. tapi takde okeh. TAKDE sape yang call. Kurier man yang tak buat kerja, tak call, taknak hantar barang, senang2 tulis report cakap call tak berjawab. korang rasa???
Okeh, dah puas ati dapat simpan pengalaman scari ngeri macam ni. sekian......
Wednesday, March 18, 2015
Star Boot Camp by Tupperware Brands (DAY 2)
DAY 2 (14 Mac 2015)
Jam 8pg dah turun makan. Jam 930 aktiviti dah start.
Pagi ni setiap kumpulan kene buat demo Lunch N Learn
Demo Inspire, Lacto Fibre, BerryGen, VegeSafe, dan Income Set
And we are the top 3 achievers. YEAH!
Jam 11 tamat dan balik bilik. kang pukul 130ptg ada aktiviti team building plak.
Saya kan masih ada bayi. Jadi stp slot yg free saya akan naik bilik dan do my pumping session. Alahai.. rindu anak2.. Ini pertama kali tinggal anak tinggal suami.
Aktiviti Team Building ada 4 game.
Piping, Transformers, Peguin & Spider
Usai team building, sume balik bilik dan bersiap sebab jam 7 kene gerak untuk makan nasi kandar di Kapitan. yeeeeeha
![]() |
| Nasi Kandar Kapitan Balik hampir jam 10 mlm. time free n easy. nak lepak hard rock sebelah je hotel bay view ni.. Esok last day... byk lg task perlu diselesaikan. |
Monday, March 16, 2015
Star Boot Camp by Tupperware Brands
Alhamdulillah.. pencapaian yang sangat sangat besar pertama kalinya buat saya sejak setahun join & biz dengan Tupperware Brands.
Saya, salah seorang dari 68 3rd quarter SBC achiever Tupperware Brands Malaysia & Singapore yang layak dan terpilih ke STAR BOOT CAMP di Hotel Bay View, Penang pada 13-15 Mac 2015
So.. lets the journey begin....
13 Mac 2015
![]() |
| Pagi di Tupperware HQ, Subang |
![]() |
| Bay View Hotel, Penang |
Kami bertolak jam 815pg dr HQ dan terus ke Penang. Reach Penang around 2pm. sampai2 daftar, amik gift dan terus lunch. Lapo weyyyy.
Lepas makan kami di arahkan untuk masuk ke meeting room untuk memulakan sesi & program. program start with sesi briefing, sedikit pengenalan untuk run business, recognition untuk Nano Nature Water Filter achievers. dan pembahagian kumpulan.
![]() |
| Berkumpul di meeting room |
![]() |
| Door Gift |
![]() |
| Here I am |
Dalam jam 6 dpt kunci dan masuk bilik masing utk refresh dan sebagainya. Kene bersiap2 untuk turun makan dan jam 830mlm harus ada di bilik meeting untuk agihan tugas & perbincangan
![]() |
| Bilik Penginapan |
![]() |
| Our room me n Hana |
![]() |
| Friends |
![]() |
| Our Team... FOUR FOUR FOUR. WE ARE THE BEST AMONG THE REST!! |
![]() |
| Discussion time |
![]() |
| stress ke apa ni? hahaha |
Kami balik bilik around 11pm. masing2 dah penat ngantuk sbb dr pagi tu travel.. esok. jam 930pg harus sudah berada di padang. See ya!!
Wednesday, February 25, 2015
Bersawang
Assalammualaikum...
Lamanyaaaaa tak menulis di sini. Rindu nak berblog tapi itulah.. kekangan masa plus jarang2 buka laptop bagai..
Anak2 dah semakin membesar..
urusan harian semakin sibuk...
ehh yan skrg jual Tupperware tau.
Kalo berminat bole jengah FB or PAGE yan
Jemput tengok Tupperware Product
Add Yan : https://www.facebook.com/nor. azian.yatimLIKE Page : https://www.facebook.com/ tupperware.byfizyanz
Lamanyaaaaa tak menulis di sini. Rindu nak berblog tapi itulah.. kekangan masa plus jarang2 buka laptop bagai..
Anak2 dah semakin membesar..
urusan harian semakin sibuk...
ehh yan skrg jual Tupperware tau.
Kalo berminat bole jengah FB or PAGE yan
Jemput tengok Tupperware Product
Add Yan : https://www.facebook.com/nor.
Wednesday, March 19, 2014
Pengalaman bersalin 2nd baby
Assalammualaikum.... Hari yang indah... Berpantang pun dah habis 44 hari. Jadi saya nak share moment indah melahirkan khalifah kecil kami yang kedua.
Alhamdulillah... Allah Maha Besar, syukur pada Allah kerana memberikan saya peluang ini. Peluang kedua melahirkan khalifahMu dengan fitrah yang Engkau jadikan yang amat sempurna.
Sape yang tahu, 1st pregnancy saya dulu diakhiri dengan kelahiran secara ceaserian. Jadi, bila saya preggy lagi, satu2 yang sentiasa pohonkan ialah supaya saya dapat melahirkan secara normal. Insya Allah nanti saya buat satu entry apa usaha yang saya lakukan sepanjang kehamilan dengan tawakal supaya saya dapat bersalin secara normal. Hari ni nak cerita pasal birth story dulu yer...
Khamis, 30/1/2014
Hari ni last kerja. Esok dah start cuti raya CNY. Saya dah ready kemas meja bersih2 sebab dengan harapan takmo datang kerja lagi minggu depan. Nak bersalin dan start berpantang. I'm always feel yang saya akan bersalin on my edd 3/2/2014.
Isnin, 3/2/2014 (40weeks)
Hari ni saya cuti sebab kan saya kerja di KL.Maka ada cuti ganti untuk cuti hari wilayah+2nd day CNY on 1/2/2014 tu. Hari ni dah plan, nak pos barang customer dan nak hantar kunci rumah baru sebab orang nak pasang grill. Dalam kul 1pm saya makan tengahari. Lepas makan tengahari, saya solat zuhur. Masa amik wuduk dah rasa sakit pinggang apa sume. Tapi saya tak jangka la itu surge or cume braxton hicks je. Lepas siap solat, terus siap2 dan pegi pejabat pos. Sekali punya la ramai orang kat pejabat pos. Sementara tunggu giliran tu, surge ada jugak dtg. Memang masa kat pejabat pos tu saya x duduk la.. Berdiri n buat hip moving bila rasa surge. Tapi macam dah tak sanggup nak tunggu giliran saya. Bila tengok banyak sangat no yang di panggil tak bertuan, terus la saya masuk. Setel2 pos, terus ke rumah baru hantar kunci dan balik.
Saya sampai rumah dah 330pm. Faeq tido, saya pun terus masuk bilik, ingat nak tido, tapi macam makin sakit plak kalo baring. Jadi, sambil duduk atas gym ball Faeq, saya lipat kain yang berlonggok atas katil. Saya try timing, surge comes in every 5min. Dalam hati dah kata, eh... Maca cepat je. Tapi saya masih bole tahan surge tu. Saya ingat nak call suami, tapi takut dia gelabah. Lagipun, kejap lagi je suami nak balik dah. Suami kuar kul 6pm n selalu sampai rumah 645pm. Shud be ok kot saya rasa.
Masuk asar, saya terus solat dan dengar Faeq dah bangun. Saya pun keluar bilik dan bawak berjalan bile rasa surge. Masa ni pun tak cakap lagi dengan mama yang saya dah rasa sakit. Pendek kata, takde sape yang tau saya tengah layan surge. Bile mama dah siap mandikan Faeq apa sume, saya suap dia makan. Lepas tu macam biasa, papa bawak Faeq jalan2 naik motor. Saya keluar di beranda dan jalan mundar-mandir layan surge. Akhirnya.....masa saya duduk tersandar di kerusi, suami pun sampai. Dia nampak saya lain macam, terus dia tanya, dah sakit ke?? Saya angguk. Dia ajak saya ke hospital. Saya kata, nanti la. Boleh tahan lagi. Tengok lepas maghrib nanti macamana. Suami suh saya bawak berjalan. Saya kata, saya nak jalan kat lorong depan rumah. Suami kata ok. Jom dia teman. So dapat la seround saya jalan, pastu terus masuk rumah sebab dah nak maghrib.
Masuk Maghrib, saya terus mandi dan solat. Lepas solat, saya timing macam dah 3min sekali. Saya suruh suami sapukan air zam zam kat perut n saya minum sikit. Saya gagahkan diri duk kemas hospital beg sambil melayan kerenah Faeq. Tarik lagi mana2 barang yang perlu dan end up, saya cakap suami. Lepas Isyak je kita pergi hospital. Kalau ikut suami dia nak bawak saya sekarang tapi saya taknak. Saya nak solat dulu. Saya suruh suami makan malam dulu. Incase kalau dia kene tunggu saya nak bersalin dah, takde la dia laparkan...
Habis je azan, saya terus solat dan bersiap. Saya mintak suami bawak kurma dan air zamzam dan bancuhkan saya horlick sebab saya tak makan malam lagi. Masa ni baru suami cakap ngan mama yang dia nak bawak saya pergi hospital sebab saya dah sakit. Haaaaa habis macam debar2 semua orang dalam rumah. Saya je yang macam bertenang lagi. Saya dah siap, keluar bilik n kiss2 Faeq semua. Tak pandang dia lama sebab rasa sedih plak nak tinggalkan dia dan surge pun kemain dah rasanya.
Suami dah debar2 drive ke hospital. Saya yang keep on remind dia, hati2 mandu. Masa surge xde, saya sempat makan kurma 2 biji. Tapi bile surge datang, just bole try kurangkan rasa sakit dengan teknik pernafasan sambil baca doa nabi yunus. Sampai hospital, saya mintak suami parking dulu then baru sama2 jalan kaki ke emergancy labour tu.
930pm sampai sane, suami setelkan pendaftaran dan saya masuk tukar baju n nurse amik n cek details apa sume. Masa ni, nurse siap tanye, saya ada minum apa2 ke (merujuk kepada air selusuh dan sewaktu dengannye) sebab nurse tgk saya sakit kerap tapi masih boleh berjalan n etc. Setel tang tu, nurse suh baring nk buat VE. Dan mengejutkan sangat sebab VE dah 8cm dilated. Allahuakbar. Dengan tenang saya bersyukur sangat2 sebab Allah makbulkan doa2 saya. Dah nurse terjerit2 panggil doktor confirm apa sume. Doc and nurse dah kelam kabut nak siap2kan saya dan nak tolak ke labour room. Surge kerap tapi saya takde rasa nak meneran lagi... Fuhhh. 950pm saya ditolak ke LR. Nurse berlari2 tolak saya. Siap jerit panggil suami lari sama. Haha
10pm sampai LR n doktor menjalankan misi2 dia.. Pasang ctg kejap je ok pastu bacaan drop. Kenapakah?? Doktor terus pecahkan air ketuban and notice baby dah berak sebab air ketuban dah hijau. Terus doktor panggil specialist, pungpangpungpang report, specialist inform saya laju2 yang mereka akan vacum baby. Masa tu memang tak fikir apa dah... Proceed je doktor... Dan...1020pm, selamatlah saya melahirkan seorang lagi khalifah kecil.. Tunggu nurse datang tunjuk baby pun dah debar2 sebab saya kan tak tau apa gender baby. Saya x dpt skin to skin directly time tu sbb baby kena hantar ke nicu coz of heartbeat baby abnormal. And, officially nurse buka pembalut dia and its shown bebird... Alhamdulillah... Alhamdulillah.... Alhamdulillan ya Allah kerana Engkau telah permudahkan urusan ini... So setel2 sesi jahit menjahit yang banyak tu, dalam pukul 1145 la baru saya di transfer ke wad..
*baby duk di wad kanak-kanak sebab doc nak buat further cek up. kan ke dah yak yak dlm perut td.. x sabar tau adik nih!*
Monday, February 10, 2014
Wednesday, February 5, 2014
My 2nd khalifah
Teaser!!
Will announce name later...
Will post birth story later...
Its a BOY !!
Berat: 2.95kg
Tarikh lahir : 3 Feb 2014
Masa : 1020 malam
Tempat lahir : HTAR, Klang
MOD : VBAC + Vacum
Wednesday, January 15, 2014
.: Rumah :. Flow pembelian rumah subsale melalui owner
Ini adalah berdasarkan kes / proses yang kami lalui untuk pembelian rumah subsale melalui owner sendiri.
Jenis rumah : Apartment (basement unit)
Harga : RM 130,000
Usia rumah : CF dated May'2013
Kondisi : Rumah baru dan belum pernah di duduki
Kami deal secara terus dengan owner rumah itu sendiri. Tiada sebarang surat menyurat dan pembayaran dilakukan dan owner cuma minta kami submit loan dahulu. Once loan approved, baru kami settlekan hal-hal SNP dan sebagainya.
Apply for Housing Loan >> Approved dan sign Offer Letter with bank >> Pergi Lawyer Firm (Owner) untuk draft SNP >> Lawyer Firm (Bank) call untuk beritahu bahawa mereka ada menerima instruction dari pihak bank untuk sediakan dokumen >> Sign SNP dengan LFO dan berikan maklumat tentang LFB supaya urusan penyerahan SNP dapat di uruskan >> Tunggu SNP siap di stamping dsb >> Tunggu LFB call untuk urusan tandatangan >>Sign all dokumen dengan LFB>> Apply pengeluaran KWSP>> Bayar 10% deposit once duit EPF dah disburse>> Tunggu sampai bank call/inform yang duit loan dah disburse ke owner dan monthly repayment dah bermula.
Jenis rumah : Apartment (basement unit)
Harga : RM 130,000
Usia rumah : CF dated May'2013
Kondisi : Rumah baru dan belum pernah di duduki
Kami deal secara terus dengan owner rumah itu sendiri. Tiada sebarang surat menyurat dan pembayaran dilakukan dan owner cuma minta kami submit loan dahulu. Once loan approved, baru kami settlekan hal-hal SNP dan sebagainya.
Apply for Housing Loan >> Approved dan sign Offer Letter with bank >> Pergi Lawyer Firm (Owner) untuk draft SNP >> Lawyer Firm (Bank) call untuk beritahu bahawa mereka ada menerima instruction dari pihak bank untuk sediakan dokumen >> Sign SNP dengan LFO dan berikan maklumat tentang LFB supaya urusan penyerahan SNP dapat di uruskan >> Tunggu SNP siap di stamping dsb >> Tunggu LFB call untuk urusan tandatangan >>Sign all dokumen dengan LFB>> Apply pengeluaran KWSP>> Bayar 10% deposit once duit EPF dah disburse>> Tunggu sampai bank call/inform yang duit loan dah disburse ke owner dan monthly repayment dah bermula.
Wednesday, December 18, 2013
.: Rumah :. Lawyer oh lawyer
Yes.. lawyer yang teruk itu tak habis2 menyusahkan saya...
Lepas saya settlekan hal2 SNP dan EPF tu, lawyer bank ada 2 3 kali call bagitahu yang lawyer owner still tak hantar lagi original SNP tu. So dorang stuck nak submit to bank. Dalam masa yang sama, bila lawyer bank call, asik la tak dapat cakap dengan lawyer owner. Jadi masa dah dapat duit EPF, on 7/12/2013 saya pergi ofis dan bayar all the 10% deposit tu kan, saya dah bagitahu dia, lawyer bank keep on call & looking for u untuk clarify something. Terutama pasal sign agreement depan DO pejabat Tanah. Ada isu kat sini di mana lawyer bank kata kami kene sign depan pejabat tanah, tapi lawyer owner kata tak payah. Dan saya tanya kenapa perlu/ tak payah. Lawyer owner kata, tak payah sbb saya punye rumah xde geran. Its in master title geran. OK, paham....
Tapi dari 3/12 tu saya pesan kat lawyer owner tu untuk call/inform/ explain kepada lawyer bank. Tapi non hadonye dia minah tu nak call or inform apa2. Saya ada jugak call lawyer bank, bagitahu, if kami kene sign, inform us awal2 sebab on 12/12 kami boleh pergi sign. Kebetulan minggu tu saya cuti panjang sebab kene jaga Faeq. Mama balik Singapore. Tapi kami dah plan, kalo lawyer bank x call on Selasa, memang Rabu tu kami terus balik je la..
So drag dah minggu tu. Saya masuk keje on 17/12, terus saya call lawyer bank, dan lawyer bank cakap, mmg tak dapat contact lawyer owner tu. Saya dah mengucap panjang. And at last, saya explain la apa yang lawyer owner tu bagitahu sayau hari tu dan finally lawyer bank dapat conclusion. So, betul la kami tak perlu sign depan DO Pejabat Tanah. Lega la sekali sebab dah bole go to the next phase selepas berminggu2 tertangguh.
Tuesday, November 26, 2013
.: Rumah :. Signing SNP
Sambungan dari kisah lepas geram aritu, kami dapat fix date bile nak sign SNP apa sume..
6/11/2013
Suami isteri cuti, pegi LF untuk sign all SNP document. Kami datang lepas lunch sebab pagi tu saya nak p cek up. Alhamdulillah lepas macam2 ragam kerenah, kami dah setel sign SNP dan bayar RM500 legal fees. Masa sign ni, dia bagitahu la sume term2, bila kami kena bayar 10%, bile kena bayar balance harga rumah, dan berapa penalti yang akan di caj atas kelewatan2 tersebut. Tapi masa tu terus saya terfikir, segala kelewatan selama ni, adalah berpunca dari dia jugak. Slow lembab sangat buat kerja.
23/11/2013
2 minggu baru setel tugasan lawyer tu buat stamping dan segala mak nenek. So, kami decide untuk amik SNP pagi. Yela.. kan Sabtu keje setengah hari. Dan yang bestnye, semalam dah call nak datang arini. Dia suh datang around 9-10am. So, ok la... kami p sarap dulu pagi tu then terus shoot ke ofis dia. Masa kami sampai tu kul 9.15ok. Sekali non hado orangnye... Memang jam 10 br terpacul muka dia situ.. ehhh geram plak mak.. kecik beso kecik beso je nengok dia tu. Rasa nak sekeh2 jek. Ngeng sangat. Itu pun, pagi tu la br hegeh2 nak print2, cop2 segala mak nenek bagai. erghh stresss....
25/11/2013
Cuti lagi hari ini. Konon plan nak p lawyer bank anta SNP and sign all the documentation dengan side dorang plak, p EPF submit dokumen. So, pagi hari tu, lepas p cek up, terus shoot ke Shah Alam, ofis lawyer bank. cal2 PIC tanya mana ofis apa sume, saya pun naik lift ke tingkat dua submit dokumen. Konon nk drop SNP tu jela, pastu nak ke EPF terus settlekan hal2 pengeluaran. Odw turun nak ke kereta semula, PIC call, kata SNP tu bukan nama saya. What??? So saya pun naik balik, nak tengok SNP tu. Betul... Front page dia salah. Bukan nama kami. Tapi nama orang lain. Lucky la dokumen yang dalam2, yang stamping sume nama kami. Kalo tak, lagi la haru. Saya pun tros call lawyer owner yang sucks sangat tu. Dan, dia adalah half day. After lunch baru masuk keje. Ya Allah.. hati dah menahan2 marah dah. Tapi Alhamdulillah... Allah pertemukan dengan orang yang baik2.. PIC lawyer bank tu suruh saya tunggu. Sambil dia draft dokumen, saya bole sign sikit. So tak payah saya repeat datang balik. Lagi pun, kan saya plan nak ke EPF, kalau pergi pun tak boleh buat apa sebab SNP problem. SO, ok la... terima kasih atas bantuan yang dipermudahkan... Adala dalam 2 jam jugak duduk kat ofis lawyer bank tu sign segala benda. Tapi sekurang2nya masa kami berbaloi. Lepas setel sign, suami ajak pergi makan dulu. Lepas makan, kami pergi bank untuk buat pengeluaran. Lepas tu terus shoot ke ofis lawyer owner untuk tukar balik SNP tu. Dan masa tu dalam hati berdoa banyak2 semoga kami dapat setelkan EPF hari ni jugak.
Sampai ofis lawyer owner tu baru jam 1.45pm. tekan2 bell xde yang bukak. Kami syak dorang blom balik makan la. Skali ada orang kuar, terus kami masuk n naik atas. Lucky ada minah lembab tu. So terus kasitau dia, dia pun amend2. Tu pun, still dia nak kami buat kerja lebih. Dia ckp kene bawak original SNP sebab EPF selalu tanya. Kami taknak bawak sebab kalo kami bawak original SNP, its means, kami kene hantar semula kepada dia untuk die send to lawyer bank, atau kami yang terus kene hantar ke lawyer bank. Jadi, kami nekad je takmo bawak sebab kami taknak buat dedua. Dah penat nak melayan kerenah dia. Salah dia kot... SO, kami just bawak duplicate SNP original kami, dan terus shoot ke EPF. Jam 3 lebih kami sampai, mintak sangat moga dipermudahkan.. Sampai nombor giliran kami, PIC check2 apa yang patut, Alhamdulillah selesai. Legaaaaaaaaaaaaaaaaaa nye rasa... Hanya Allah yang tahu bertapa leganya kami dapat settlekan semua seperti yang kami rencanakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)


































