CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Search This Blog

Fizyanz Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

BENCINTA

Daisypath Friendship tickers
Showing posts with label EBM. Show all posts
Showing posts with label EBM. Show all posts

Thursday, February 28, 2013

Expired EBM


Ini expired EBM yang terpaksa kami lantingkan. Ada dalam 64oz in total untuk di lantingkan. Dah 6mths dlm DF. Sayang tu memang sayang la tapi takkan nak bagi anak minum expired EBM plak kan... xpe.. Redha. Semoga Allah murahkan rezki kami dan permudahkan perjalanan breastfeeding kami sampai Faeq 2 tahun. Itu azam saya.. 
Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, October 3, 2012

Tertinggal beg pam

Kisahnya hari selasa semalam, saya balik nonong2 je.. Rasanya dah cukup bawak beg kiri kanan so saya pun balik tnp curiga. Elok saya masuk train, saya duduk dan mahu meriba beg baru saya perasan yang beg EBM saya tertinggal. Uwaaaaa barang penting bayi saya tu...  dan2 tu saya call keliling ofis nak cari sapa yg bole tolong saya paskan beg tu kat stesyen lrt Bandaraya. Lucky my manjees ada lg di ofis. Beliaula yang baik hati bawak untuk saya. Hiks tq manjees



Sunday, July 15, 2012

Time to sort all d EBM stock!


Pagi tadi dah siap parking DF. Mama kata parking je dlm bilik sembahyang sebab tu je paling strategik and ada power supply. Ok,set! 

Kul 2, ajak papa g umah akak. Nak ambik EBM dan sort cantik2 supaya mudah nak run stock nanti. Sampai2 je campak je sume dalam DF dulu (takut EBM melt)sebab nak susu n tidokan Faeq. Settled! 

Start sort d EBM dgn cek n cari early date. Stok May masih tak berusik. Yang penting sekarang kene label elok2 supaya dapat guna yang 1st in dulu. Ni cara saya sort EBM.
1. Cari earliest stock n pack dalam plastik merah. Saya buat 1 pek ni untuk seminggu punye penggunaan.
2. Tulis dalam Kertas tarikh dan berapa oz
3. Label plastik dengan running number. 

Iskh susah plak nak explain. Ok macam ni, contoh step 2,dalam kertas tu saya dah catat no.1, tarikh (in) 1-5 May, total ada 50 oz. Nanti masa nak ambik EBM, saya akan tulis pack no.1, 16 July, 50oz (out) 

Paham? Kalo tak paham, jangan malu-malu drop ur komen. Nanti saya reply.

Dalam sejam saya bersilat bertungkus lumus sort all d EBM, ada la 10oz yg melting. So terus masuk fridge untuk guna esok. Berpeluh! Tapi puas hati sebab dapat susun stok cantik2.. Eksaited tau!

For record as at 15 July 2012 = 1,349oz

::nota:: ini adalah total stok yg ada on hand sekarang. Yang stok bulan 4 yang dah habis guna tu tak dapat keep track.


Friday, July 13, 2012

Balik tangan kosong

Tadi dah msg kawan tanya DF bila boleh dapat. Esok katanya.. Tapi sebab freezer kat rumah dah santak sangat dan pagi tadi pun tinggalkan 30oz untuk Faeq, sure masih ada balance lg 10oz, jadi saya tinggalkan semua 20oz dari hasil pumping hari ni kat ofis. Malas nak fikir dah. Saya balik bawak botol kosong dan ice pack je.

Esok kalo dapat DF pun sure nak kasi dia warm up dl. Paling tidak by Sunday baru boleh pindah masuk sume EBM. Tambah lagi esok subuh, saya akan buat 1 session. Dari serabut pikir nak sumbat mana the EBM, baik saya tinggal je sume kat ofis.

::nota::freezer kat rumah, nak masuk 10oz pun memang dah mintak nyawa sangat..


Thursday, July 12, 2012

Tak sabar

Yer... minggu ni minggu penuh debaran sebab saya tak sabar nak tunggu deep freezer sampai. Entah hari ini, entah esok..

Saya tak pernah ceritakan kenapa saya sampai tak sabar tunggu deep freezer (DF) sampai. Saya sekarang punya masalah tiada tempat menyimpan all the Faeqs' EBM stok. jadi saya sangat memerlukan DF. One day after I get my DF, I will show you how sendat mampat I sumbat all my EBM kat freezer umah my sis, freezer in my house n skrg ni dah start simpan kat freezer ofis jugak.Tamak haloba.. habis sume freezer saya nak sapu bersih. 

Selama hari ni asyik la berkira-kira nak beli ke idak DF tu tapi akhirnye its come with express decision which is saya cari-cari, call that fren, dapatkan staff price quotation,and terus roger suh dia orderkan. Insya Allah, DF will arrive in couple of days.


Tuesday, May 22, 2012

Pumping Sesion

Lepas percubaan hari semalam, hari ni saya set time untuk hanya buat 2 pumping session. 1st at 11am n 2nd at 430pm. Alhamdulillah percubaan itu berhasil bila mana saya dapat +- 10oz per session.

Selama lebih kurang 12 jam saya tinggalkan Faeq, dia akan habiskan dlm +-20oz/day. Jadi kiranya yang saya pam di ofis tu untuk gantikan stok apa yg dia minum dan yang saya pam jam 5pg tu adalah extra stok.


::nota:: moga saya dapat kekalkan prestasi ini selagi mana Faeq memerlukannya..

Friday, May 18, 2012

Penyusuan Secara Eksklusif

Eksklusif Breastfeed! Itu yang tertanam dalam diri sejak dari dulu masa tengok ofismate masing2 gigih buat pumping dan sebagainya. Jadi bila saya preggy, benda yg terlintas dalam otak, gadget apa yang saya patut beli dan saya dah settle it with MEDELA Swing Yang lain2 tentang BF saya x berapa nak pikir.

Saya tau Faeq dah pun minum FM masa dia kena duduk kat wad kanak-kanak. Takpe, saya redha sebab masa tu keadaan yang memaksa. Pasrah. Tapi bila Faeq ada di tangan saya, no more FM at all for him. Faeq cuma perlukan susu ibu. Itu sahaja. Tiada yang lain. Perjalanan kami bermula dari kali pertama Faeq dalam dakapan saya. Alhamdulillah, rezeki kami murah. Allah permudahkan.

Dari hari ke-5 dalam pantang saya dah mulakan sesi mengepam. Tak konsisten, tiada schedule, tapi saya akan mengepam setiap kali rasa penuh dan membengkak. Sebulan berpantang saya dapat buat stok yang agak banyak. Sekali pam sure dapat 5oz.

Masuk bulan ke-2, it's in May, saya nampak ada peningkatan dalam hasil pumping. Saya menjadi wajib pam di waktu subuh dan hasil di pagi hari average is 8oz. Tapi di waktu lain, saya masih tidak fix time utk pumping. Masa ni dah start simpan all the EBM stok kat freezer rumah kakak sebab freeze rumah mama dah penuh dan saya kene bagi ruang untuk stok2 baru nanti.

11 oz hasil di subuh hari

:: nota kaki :: Saya kena mula kerja awal sebab saya amik early maternity tapi saya tak risau dah nak tinggalkan Faeq sebab stok EBM ada byk..