CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Search This Blog

Fizyanz Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

BENCINTA

Daisypath Friendship tickers
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

Tuesday, October 9, 2012

Horlick+jus kurma pegaga

Hari kedua minum jus kurma ni. Hari ni buat horlick n 2 sudu jus kurma pegaga. Rasa dia masih boleh diterima tekak. Saya suka...

Ok, maybe ada yang tertanya kenapa saya beria minum jus ni. Cer kamu orang gugel. Memang jus ni penuh khasiat. Sebenarnya bagus untuk semua golongan. Dan saya punye niat, nak minum jus ni utk kesihatan tubuh badan dan juga sebagai milkbooster. Sebenarnya saya tak berapa risau dengan stok ebm saya tapi sekurang2nya saya boleh share nutrien yang baik dengan bayi saya. Lagi 1, nama je jus kurma pegaga tapi sebenarnya di dalamnya ada 7 jenis kandungan yang baik2 seperti kismis, madu, halia, habatusauda. Jadi mari kita manfaatkan benda baik ni sama.. Selamat mencuba!!

Monday, October 8, 2012

1st trial of jus kurma pegaga

Minggu lepas gigih gugel pasal jus kurma pegaga ni. Sebenarnya dah lama cari tapi tak jumpa. Last2 bila bagitau my fren, terus dia kata nak g beli. Serius.. Jus ni memang ada jual kat farmasi PKNS Bangi je ke?? Or sape ada tau jus ni ada jual kat mana especially kat area klang n shah alam..
Dan tadi 1st trial saya minum jus ni. Masa buka penutup botol memangla bau dia perghhhhh sikit punya bau herba. Then saya gugel2 lagi macamana cara makan dia. Lucky jumpa 1 blog yang kata dia minum ni mix with other minuman like milo, soya, or apa2 minuman kegemaran anda dengan air suam or sejuk. Ummmm nyummy...

Sunday, July 15, 2012

Time to sort all d EBM stock!


Pagi tadi dah siap parking DF. Mama kata parking je dlm bilik sembahyang sebab tu je paling strategik and ada power supply. Ok,set! 

Kul 2, ajak papa g umah akak. Nak ambik EBM dan sort cantik2 supaya mudah nak run stock nanti. Sampai2 je campak je sume dalam DF dulu (takut EBM melt)sebab nak susu n tidokan Faeq. Settled! 

Start sort d EBM dgn cek n cari early date. Stok May masih tak berusik. Yang penting sekarang kene label elok2 supaya dapat guna yang 1st in dulu. Ni cara saya sort EBM.
1. Cari earliest stock n pack dalam plastik merah. Saya buat 1 pek ni untuk seminggu punye penggunaan.
2. Tulis dalam Kertas tarikh dan berapa oz
3. Label plastik dengan running number. 

Iskh susah plak nak explain. Ok macam ni, contoh step 2,dalam kertas tu saya dah catat no.1, tarikh (in) 1-5 May, total ada 50 oz. Nanti masa nak ambik EBM, saya akan tulis pack no.1, 16 July, 50oz (out) 

Paham? Kalo tak paham, jangan malu-malu drop ur komen. Nanti saya reply.

Dalam sejam saya bersilat bertungkus lumus sort all d EBM, ada la 10oz yg melting. So terus masuk fridge untuk guna esok. Berpeluh! Tapi puas hati sebab dapat susun stok cantik2.. Eksaited tau!

For record as at 15 July 2012 = 1,349oz

::nota:: ini adalah total stok yg ada on hand sekarang. Yang stok bulan 4 yang dah habis guna tu tak dapat keep track.


Friday, July 13, 2012

Balik tangan kosong

Tadi dah msg kawan tanya DF bila boleh dapat. Esok katanya.. Tapi sebab freezer kat rumah dah santak sangat dan pagi tadi pun tinggalkan 30oz untuk Faeq, sure masih ada balance lg 10oz, jadi saya tinggalkan semua 20oz dari hasil pumping hari ni kat ofis. Malas nak fikir dah. Saya balik bawak botol kosong dan ice pack je.

Esok kalo dapat DF pun sure nak kasi dia warm up dl. Paling tidak by Sunday baru boleh pindah masuk sume EBM. Tambah lagi esok subuh, saya akan buat 1 session. Dari serabut pikir nak sumbat mana the EBM, baik saya tinggal je sume kat ofis.

::nota::freezer kat rumah, nak masuk 10oz pun memang dah mintak nyawa sangat..


Thursday, July 12, 2012

Supplement while BF

Gara-gara eksaited nak ada DF, jadi tadi saya gugel2 la macamana nak susun EBM dlm DF. Ada la 2,3 cara tapi bila takde depan mata, macam tak boleh bayang plak macamana saya nak manage all the EBM. Dalam kepala otak dah terfikir, plan macamana nak manage. Tengokla nanti whether boleh apply ke x.

Eh, tersasar sudah.. Saya nak cakap pasal supplement sebenarnya. Alkisahnya, masa saya gugel2 tu terjumpa 1 page yang sharing her BF journey. Terbaca yang dia ada makan JUS KURMA PEGAGA. Saya terus rasa tertarik n share wif ofismate geng mengepam saya. Jus tu boleh jadi milkbooster. Kalo susu bertambah, Alhamdulillah.. Tapi tujuan utama saya nak makan, I need an extra supplement yang boleh saya share dengan Faeq thru BF. Now saya sedang cuba cari kat mane boleh saya beli jus tu. Ada sesape penah cuba? Whats the feedback? Boleh share?


Tak sabar

Yer... minggu ni minggu penuh debaran sebab saya tak sabar nak tunggu deep freezer sampai. Entah hari ini, entah esok..

Saya tak pernah ceritakan kenapa saya sampai tak sabar tunggu deep freezer (DF) sampai. Saya sekarang punya masalah tiada tempat menyimpan all the Faeqs' EBM stok. jadi saya sangat memerlukan DF. One day after I get my DF, I will show you how sendat mampat I sumbat all my EBM kat freezer umah my sis, freezer in my house n skrg ni dah start simpan kat freezer ofis jugak.Tamak haloba.. habis sume freezer saya nak sapu bersih. 

Selama hari ni asyik la berkira-kira nak beli ke idak DF tu tapi akhirnye its come with express decision which is saya cari-cari, call that fren, dapatkan staff price quotation,and terus roger suh dia orderkan. Insya Allah, DF will arrive in couple of days.


Tuesday, May 22, 2012

Pumping Sesion

Lepas percubaan hari semalam, hari ni saya set time untuk hanya buat 2 pumping session. 1st at 11am n 2nd at 430pm. Alhamdulillah percubaan itu berhasil bila mana saya dapat +- 10oz per session.

Selama lebih kurang 12 jam saya tinggalkan Faeq, dia akan habiskan dlm +-20oz/day. Jadi kiranya yang saya pam di ofis tu untuk gantikan stok apa yg dia minum dan yang saya pam jam 5pg tu adalah extra stok.


::nota:: moga saya dapat kekalkan prestasi ini selagi mana Faeq memerlukannya..

Monday, May 21, 2012

Pertama kali berpisah

Hari pertama mula kerja saya takdela leleh airmata sebab nak berpisah dengan Faeq. Kamuorang tau kenapa takde drama airmata, sebab seminggu lalu tetiap malam masa tidokan Faeq akan ada adengan meruntun jiwa.. Suami pun naik letih agaknya nak bagi ayat2 yang boleh menenangkan saya.

It's a day. Memulakan hari baru dan saya cuma risau bagaimana saya nak manage waktu pump. Cabaran buat saya di hari pertama adalah saya tak tau bile masa waktu saya nak pam. Tapi pagi tadi kul 5pg saya dah pam dan b4 ke kerjaan saya dh BF Faeq. Sampai ofis kul 830 tp kul 9 lbh dah rasa bengkak. Mentang2 hari pertama masuk kerja, rasa macam blur2 je.. Terus saya decide, pam kat cubicle je la.. Jadi hari pertama, saya pam 3 kali. Pukul 9pg, 12thari n 430ptg. Hasil ada la dlm 20oz/day.

Petang rasa tak sabar nak balik. Rindu sangat dengan Faeq. Ntah macamane dia hari ni.. Berdikari la kot. Hahaha macam dah besar sangat. Br 53 hari kot.. Sampai umah around 715pm, terus masuk bilik mandi laju2, solat n baru pegang Faeq. Rindu sangat kat Faeq. Gomol-gomol sampai dia marah. Hahaha

Friday, May 18, 2012

Penyusuan Secara Eksklusif

Eksklusif Breastfeed! Itu yang tertanam dalam diri sejak dari dulu masa tengok ofismate masing2 gigih buat pumping dan sebagainya. Jadi bila saya preggy, benda yg terlintas dalam otak, gadget apa yang saya patut beli dan saya dah settle it with MEDELA Swing Yang lain2 tentang BF saya x berapa nak pikir.

Saya tau Faeq dah pun minum FM masa dia kena duduk kat wad kanak-kanak. Takpe, saya redha sebab masa tu keadaan yang memaksa. Pasrah. Tapi bila Faeq ada di tangan saya, no more FM at all for him. Faeq cuma perlukan susu ibu. Itu sahaja. Tiada yang lain. Perjalanan kami bermula dari kali pertama Faeq dalam dakapan saya. Alhamdulillah, rezeki kami murah. Allah permudahkan.

Dari hari ke-5 dalam pantang saya dah mulakan sesi mengepam. Tak konsisten, tiada schedule, tapi saya akan mengepam setiap kali rasa penuh dan membengkak. Sebulan berpantang saya dapat buat stok yang agak banyak. Sekali pam sure dapat 5oz.

Masuk bulan ke-2, it's in May, saya nampak ada peningkatan dalam hasil pumping. Saya menjadi wajib pam di waktu subuh dan hasil di pagi hari average is 8oz. Tapi di waktu lain, saya masih tidak fix time utk pumping. Masa ni dah start simpan all the EBM stok kat freezer rumah kakak sebab freeze rumah mama dah penuh dan saya kene bagi ruang untuk stok2 baru nanti.

11 oz hasil di subuh hari

:: nota kaki :: Saya kena mula kerja awal sebab saya amik early maternity tapi saya tak risau dah nak tinggalkan Faeq sebab stok EBM ada byk..

Wednesday, May 9, 2012

Makanan/minuman untuk banyakkan susu ibu

Antara makanan/minuman untuk banyakkan susu ibu:

* Tinggi dengan protein – makanan berasaskan kacang soya (tofu, tauhu, tempe, etc.), kacang hijau, alfalfa dan sebagainya
* Tinggi dengan vitamin B terutama asid folik – sayuran hijau seperti kucai, sawi, lobak dan sebagainya.
* Tinggi kalori – longan kering, kurma.
* Tinggi kalsium – susu.
* Tinggi vitamin A dan C - buah-buahan citrus, buah-buahan beri dan sebagainya.
* Yang memanaskan badan – halba (fenugreek), habbatussauda’ dan jenis2 herba serta rempah ratus.
* Yang memperbaiki pengaliran darah – lobak putih.
* Yang mencetuskan hormon gembira – coklat.
* Sebarang makanan kegemaran ibu menyusu, yang mana ibu boleh menikmatinya dengan rasa gembira, kerana kegembiraan mengaktifkan hormon oxytocin yang mengeluarkan susu dari badan.

D.I.Y - Nursing Pillow

Ini nursing pillow yang saya buat sendiri. Masa mengandung lagi saya dah buat tapinye tak isi kekabu je. Biasala, kalo nak tunggu mr Fizwan g beli memang la makan taun baru leh dapat. Finally saya kerah juga die pegi beli sebab tak larat dah nak ampu si kecil ni masa menyusu. Lelebih lagi bila waktu malam. Dah la dengan kita mengantuk pastu nak ampu dia plak. memang terbabas-babas je la jawabnya. Jadi bila dah ada nursing pillow ni ok la sikit. Letak je dia pastu nak BF lelama pun takpe. Selalunya kalo mood dia tak cantik memang kena BF sambil duduk ler. Kalo tak laydown sajerk…

DSC00486

 DSC00490

 DSC00491

Sunday, April 1, 2012

Medela Swing

Masa mengandung memang saya search habis2an mana satu breastpump yang saya nak beli, yang convenience untuk saya, yang di jual pada harga yang saya mampu milik. 1st stage saya pilih untuk memiliki AVENT Isis Uno, lepas tu terpikat pada MEDELA Swing.
 
 AVENT Isis Uno 

or 
 
MEDELA Swing

2nd stage, saya baca review orang-orang tentang kedua-duanya dan akhirnya masa kandungan berusia 7 bulan kami suami isteri decide untuk beli Swing. Yes.. we settled with Swing. saya beli dari Littlewhiz. It's come in pakej which is included Medela Swing Breast pump With Calma Teat + Autumnz Cooler Bag + Autumnz Reusable Ice Pack (3pcs) + Bumble Bee 8pcs Breast milk Storage Bottles Package with price RM759.

MEDELA Swing

Autumnz Cooler Bag

  
Botol Bumblee Bee

Ini Medela Swing kepunyaan saya. Menjadi barang berharga kebanggaan diri tika ini. Gadget yang saya usung setiap hari ke tempat kerja. Gadget yang banyak membantu saya dalam perjalanan penyusuan ibu secara eksklusif. Pengalaman manis untuk saya. Semoga cita-cita utk EBF akan berjaya. Doakan yer... 

Kenapa saya pilih untuk beli Swing? 
  1. Swing ringan jadi mudah saya nak angkut turun naik bas
  2. Boleh guna letrik or battery AA
  3. Ini maklumat yang di bole saya share bersama: 
  • Efficient: pump more milk in less time, thanks to our 2-Phase Expression Technology
  • Unique: ideal for daily electric pumping
  • Comfortable: a range of vacuum levels and settings
  • Easy to use: easy to assemble, use and clean
  • Convenient: quiet and compact design, ideal for discreet pumping