CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Search This Blog

Fizyanz Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

BENCINTA

Daisypath Friendship tickers
Showing posts with label Parenting. Show all posts
Showing posts with label Parenting. Show all posts

Wednesday, December 5, 2012

Last day @ Taska

Ini anak bonda. Pagi ni bawak Faeq lepak main2 di surau sebab nak bagi die merangkak apa sume. Kalo duduk di workplace bonda kene ddk atas kerusi je.. Sambil2 tu bg dia makan biskut supaya senyap skit. Heeee.. Bukan Faeq je, bonda pun ikut berguling2 sama. Hari ni last day Faeq kene duduk taska. Esok kita akan berdua2an dirumah ye sayang..  

Alhamdulillah.. menangis memang la dia tapi kurang sikit la berbanding semalam. Mebi dia tahu hari ni last so cool je la... Tengahari p jenguk dia pun dia ok.. Main apa sume. Petang daddy pun sampai awal dan tambah jalan plak cun jadinya kami sampai rumah awal.. Bye2 taska.. 


Tuesday, December 4, 2012

2nd day @ Taska

Hari ni hari kedua hantar Faeq ke taska. Masa hantar pepagi die dah mencebik2 nak nangis. Makanya harusla bonda lari laju2 supaya bonda pun x turut nangis sama kan. Terus g breakfast. Dalam pada tu duk terngiang2 si bayi mencebik2 tadi. Ah.. perasaan mak-mak. Bertabahlah...

Tengahari seperti biasa pergi jenguk si kecik tu kat taska. Ya Allah... masa auntie bawak keluar Faeq, dia tengah menangis. Hati ni rasa di siat2 tengok anak menangis. Mata dia pun dah merah2 bengkak. Mungkin lama sangat menangis. Geramnya... Rasa macam nak marah auntie2 semua kenapa tak jaga Faeq. Kenapa biar Faeq menangis macam tu. Ya Allah.. kuatkan hati ini dan bersabar. Kita menumpang. Lagi pun ni taska, jadi tak boleh demand lebih2. Saya amik Faeq, terus bawak masuk bilik visitor tu dan bagi dia susu. Die mengantuk nak tido. Tapi mungkin takde orang nak prepare dia untuk tido macam mama treat dia di rumah. Sekejap je.. terus Faeq terlena dan masa setengah jam yang ada tu macam pantas benar berlalu. Kena bagi balik ke auntie sebab saya nak masuk kerja dah.

Petang ambik Faeq tepat2 pukul 530. Memang mata die bengkak. Rasanya mcam dah penat die menangis+tak cukup tido. Suami tiba agak awal hari ni. Dalam kereta terus BF dia dan harusla melena terus. Kesian anak bonda. Sabar sayang ye.. Lagi sehari je sayang.. Sampai rumah sama macam semalam, makpak ni bersilat la siapkan sume kerja. Apalagi kan....

Hari pertama di Taska Sime Darby

Minggu ni kitorang kene hantar Faeq ke taska SD sebab takde orang nak jaga dia. Mama balik kampung. Maka hari Isnin kami di mulakan dengan ekspedisi pagi. Suami kene hantar kami ke ofis dan baru dia patah balik ke kerjaannya. Taula kan.. Klang-KL-Shah Alam-KL-Klang adalah satu perjalanan yang merumitkan. Tapi nak buat macamana. Kerana tuntutan kerja dan anak kami kene la berkorban. So ini hari pertama. Berharap Faeq tak nangis dan yang seumpamanya. Pukul 815 hantar Faeq ke taska. Sedihnya... Macam ni perasaan bila tinggalkan anak kat orang lain kan. Perasaan bercampur baur. Semoga Faeq baik2 saja nanti.

Tengahari lepas lunch datang jenguk Faeq kat taska. Auntie2 taska kata Faeq nangis je. Tapi saya berfikiran positif. Owh... Mungkin Faeq tak biasa. Lagipun dia dah start kenal orang. So masa setengah jam yang ada tu kitorang bermain bemesra dan kebetulan mommies geng pam pun ada  so seronokla bersembang tentang anak2.

Petang dah kul 530 x sabar nak ambik Faeq.  Eksited sangat... Ambik dia dan bawak naik ofis semula sekali petang tu hujan dan jem yang hebat. Dekat pukul 7 baru suami sampai. Padahal suami gerak awal tu dari ofis. Memang jem teruk. Pukul 830 baru kami sampai rumah. Sampai2 terus makpak ni bersilat mandi, masak bubur Faeq, makan dan siapkan barang Faeq untuk esok pulak.Fuh...... 2 more days to go...

:: nota :: makan malam kami papa dah tapaukan siap2. Heeee
Published with Blogger-droid v2.0.10