CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Search This Blog

Fizyanz Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

BENCINTA

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, January 31, 2012

Pillow Speaker

The first baby item yang saya ada. Masa saya tau je saya preggy lantas secara laju saya terus membeli pillow ini. saya beli kat lelong.com. Pegi cari sane kalo anda juga mahu. Big Grin Ianya sangat cool bagi saya, Saya pilih strawberry. Ada lagi few choice yang kamu boleh pilih mengikut kegemaran.
DSC00340
Bagusnye speaker pillow ni mengikut pembacaan saya, ianya lebih baik dari kita gunakan headspeaker. Ianya adalah berkenaan dgn gelombang bunyi dan yang seumpamanya (ala.. x ingat sudah, sila google sendiri). Pillow ni ada wayar yang boleh dicucuk terus ke mp3/mp4, PC or handphone. Saya letak pillow ni kat ofis. Jadi sambil bekerja saya letak pillow ni kat perut sambil mengalunkan ayat-ayat Al-quran or kadang2 saya alunkan zikrullah.. Serius, mmg baby akan bagi respon setiap kalo saya mengalunkannya. Syukur… Kamu pun cubalah…
DSC00377

Monday, January 2, 2012

Kenduri Doa Selamat for 28weeks mom-to-be

Alhamdulillah selamat sudah majlis doa selamat sempena usia kandungan mencecah usia 28 weeks. Tanggal 1 Jan 2012, kami merencanakan majlis yang ringkas dan !@#$%^&* memanggil keluarga dan sahabat terdekat sahaja. Not much.. Its only a simple event. Terima kasih pada semua family members yang hadir dan menyumbang tenaga merewang, frens yang hadir dan terutama my PIL yg turun dari Muar untuk kami. BIG thanks to PIL.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat
IMG_4529
IMG_4532

Di ikuti dengan jamuan makan.
IMG_4542
IMG_4551
IMG_4550

Diantara tetamu yang hadir. IMG_4531IMG_4555IMG_4536

Itu mom-to-be bersama nenek nenek bidan.IMG_4548 
Motif ada nenek bidan sebab kalo ikut orang Jawa, kami ada buat sikit majlis LENGGANG PERUT.

EH, apa tu lenggang perut? hurmm takde apa pun, !@#$%^&* ada acara mandi bunga, Yang ni suami isteri kene mandi . Dalam toilet je takde la sampai ke luar rumah bawah pokok ke, tepi sungai ke apa. NO! NO! NO! Tapi kene 7 orang yang berlainan yang kene siramkan. 3 kali siram suami, 3 kali siram saya. Begitu la seterusnya sampai 7 orang. Kemudian sambil berdiri nenek bidan akan lalukan sebijik telur dari atas dan tengok telur tu jatuh pecah atau tak.
Lepas mandi tu kena pulak bersalin-salin kain sebanyak 7 kali. Kiranya sarungkan kain batik dan setiap kali sarungkan yang kemudiannya, yang lapisan dalam tu kene lucutkan. Sampaila 7 helai kain batik. Kain batik tu kena kain batik baru. Dah sudah tu, kita kene baring dan nenek bidan akan lenggang-lenggang perut kita dengan kain batik lepas.
Sudah tu die akan urut atau pegang-pegang perut nak cek kedudukan baby. Alhamdulillah nenek bidan cakap, baby kita OK. Maksudnya takdela baby songsang ke, turun sangat ke or uri kat bawah.

Lepas urut, ada sesi bersikat. Memula nenek bidan akan sikatkan rambut kita sambil selawat, lepas 3 kali, nenek bidan suruh suami pulak yang sikatkan… Owhh comelll.. hiks..
ha tu jela sesi melenggang perut. Pada saya takde apa yang pelik sangat pun. Biasa je… Kalo ikutkan ada sesi memotong kelapa muda nak tengok jantina bayi tapi kami tak buat yang itu. Kalau acara membelah kelapa tu, suami yang kene belah, kalo belah tegak cantik sambil air kelapa terpancut itu namanya lelaki. kalo tak terpancut maka perempuan la tu…

Wednesday, December 14, 2011

Cerita semalam

Pagi semalam di mulakan dengan cerita yang kurang indah. Sudah la terlewat bangun, bersiap laju2 lalu suami hantar ke stesyen bas. Dalam bas korek2 handbag, handphone alat komunikasi takde. OK FINE! Alat itu ada di rumah. Tertinggal la apa lagi..

Dalam perjalanan, bas seperti meragam manja. Dan akhirnya terkandas di Subang. ROSAK LA TU. Apa lagi kan? Jadi kena tunggu ihsan bas2 sejenama lalu. Bas yang datang itu PASTI penuh! Tiada prasangka.

Naik bas, pasti la berdiri sebab di Malaysia kan ramai lelaki durjana yang tak subur yang tak prihatin dengan penumpang yang lebih memerlukan. Tapi rezeki ibu hamil itu pasti Allah datangkan. Last2 Chinese girl yang baru terjaga dari tidur yang bagi saya seat. Lelaki yang duduk sebelah saya adalah lelaki yang sakit lutut saya kira sebab dia nampak saya tapi dia IGNORE saya. Tak apa la. REDHA...

Petang pulak jalan jem sikit. B4 keluar ofis dah bagitahu suami supaya jemput saya jam 730 di depan kedai mamak. Tapi akhirnya saya sampai pukul 8.

Mendengar cerita suami dalam kereta, saya rasa suami sangat cute sebab kalau kucing hilang anak, tapi ini suami hilang isteri:-P. Suami berpusing 1 stesyen bas cari saya. Meninjau semua bas2 yang lalu dan mengharap 4 bas yang datang itu akan memunculkan saya. Tapi rupanya bas ke-5 baru saya muncul. :-D

Kasihan suami mengejar setiap bas yang datang dan menantikan saya, isteri dia yang hamil tanpa handphone. Ada ke suami boleh terfikir yang saya dah balik naik teksi. Apakah? Seumur hidup saya tak pernah naik teksi sendiri balik ke rumah. Perghh...

Sayang suami much-much!


Sent using a sendiri punye Sony Ericsson mobile phone

Bas SERANAS Terbaik!

Terima kasih SERANAS kerana bagi service yang tip top! Saya mendapat akses yg mudah kerana pegang title ibu hamil.. Alhamdulillah, tuah badan walau sekecil zarah.

Pagi ni menanti dengan sabar depan pintu bas sbb lelaki durjana nk berebut tak sabar2 mahu naik bas. Jadi brother penjaga bas mintak driver buka pintu belakang supaya ibu hamil ini dapat naik cepat. Terima kasih brother penjaga bas dan terima kasih Allah atas nikmatnya..

Sesungguhnya hamil itu indah! Walau kena tendangan bayi, itu juga indah. ;-)

Sent using a sendiri punye Sony Ericsson mobile phone

Monday, December 5, 2011

Borong barangan bakal bayi

Semalam memborong barangan bakal bayi di Pureen Warehouse Sales. Sales ni start ari Sabtu tapi baru semalam berpeluang pergi sebab bakal bapa bayi kerja. Jadi semalam pagi2 sesubuh sunyi, dah get ready nak memborong. Siap dengan pegi breakfast apa sume, dalam kul 915 baru gerak. Tu pun sampai lokasi agak awal. Gate buka kul 10. Dah tak pasal jadi pak pacak di sinun. Kami pergi bawak mama sekali. Saya pasti, kalo nak harapkan bakal bapa bayi itu memang tinggal harapan la.. baik tak payah. Kang ada yg bawak balik habuan 50 rgt je... Tapi semalam sebab bawak mama, jumlah habuan menjadi bernilai 450 rgt. Hambek tu..... Pic non ado sbb sgt bz merembat. Dan juga lupa nk mensnap hasil borongan semalam. Tak apalah, lain kali kite cuba update pic di sini. Anyway jom buat check list benda apa yang kami berjaya bawa pulang semalam. 

1. Pakaian bayi - 23 pasang ++
2. Mitten & Booties - 8 pasang
3. Napkin - 1 pek of 10pcs
4. Diaper cover - >15 pcs
5. Handkerchief - 1 dozen
6. Nappy liner - 2 pack of 100pcs
7. Wet Tissue - 2 bottle of 200pcs + 2 pack of 60pcs
8. Nursing Bottle - 4 big bottle + 6 small bottle
9. Bekas makanan bayi - 1 pc
10. Mainan bayi - 2 pcs
11. Puting Extra - 3 packs
12. Changing Mat - 1 pc
13. Maternity pad - 1 pack
14. Washable nursing pad - 2 set
15. Spoon - 2 pcs
16. Disposable panties - 3 pack of 5pcs each
Mungkin ada barang kecik2 yang tertinggal catat. Tapi so far ini la dia barangan yang bernilai RM450 kesan dari memborong di Pureen Warehouse Sales. 

Saya sangat suggest kawan2 pergi memborong di sana kalau ada peluang sebab memang berbaloi2. Masakan tidak, seluar bayi baru RM1, baju RM3. Kalo yang comel-comel memang dah mix n match tu dalam RM8 ke atas. Untuk pakaian bayi yang berpuluh helai termasuk mitten, booties dan diaper cover tu, saya !@#$%^&* bayar RM185. Yang barang2 keperluan bayi yang lain2 tu adalah RM265. 

Pada saya, sudah cukup sume keperluan bakal bayi. Tinggal nanti nak cari set tilam bayi dan barangan mandian. Itu saja.... Alhamdulillah.. rezeki buat bakal bayi ini.