CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Search This Blog

Fizyanz Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

BENCINTA

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, March 6, 2012

Apa yang saya amalkan sepanjang kehamilan??

Sepanjang kehamilan, sejak dari doktor sahkan kehamilan ini, saya mulakan dengan niat dan azam yang tinggi untuk khatam Al-Quran untuk bayi kami. Alhamdulillah saya telah khatam Al-Quran ketika usia kandungan 28 minggu.
Selain itu, saya amalkan setiap hari atau sekerap mungkin gabungan surah Al-Fatihah, Selawat Syifa’ dan ayat Lauanzalna (surah Al-Hasyr ayat 21-24). Setahu saya, tiga gabungan ayat ni orang selalu gunakan untuk buat air selusuhkan?? (Betulkan kalau saya salah) . Saya lampirkan potongan ayat-ayat untuk di kongsi bersama.

Bacaan Selawat Syifa’
“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang (menjadi penyembuh) hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”
.

ayat Lauanzalna
(surah al-Hasyr ayat 21-24)
Disamping itu, usai saya selesai khatam Al-Quran, saya cuma amalkan sekerap mungkin bacaan Surah Yassin dan Ayat Kursi.
image Ayat Kursi
Tak lupa juga setiap kali selepas solat dalam doa, saya turut selalu membaca Doa Nabi Yunus:
image Saya pernah terbaca di thread forum, ada baiknya kalo baca ayat ni 7 kali sambil melurutkannya dari arah pusat ke bahagian ari-ari. Pada saya, selagi tak bertentangan, tak salahkan kalo kita cuba mengamalkannya.. Walahua’lam.
dan doa untuk mendapat zuriat yang sempurna:
image “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.”
( Surah Ali’Imran : Ayat 38)
Moga dengan limpah kurnia dan izin-Nya, saya boleh melalui saat kelahiran ini dengan mudah dan selamat. Juga saya memohon agar rakan2 semua mendoakan agar proses kelahiran akan berjalan dengan baik dan lancar. Mudah-mudahan, Ameen….

Sunday, February 12, 2012

Saya idamkan barangan bayi yang ini…

Hey! mom-to-be ni suke berpoya-poya, bayi tidak kisah tapi dia yang idamkan macam-macam. YER dalam kepala otak dan hati saya sekarang, ia sangat meronta-ronta mahukan barang2 di bawah ini.Dancing
image Inch Worm
image
Back Seat Fun
image
sit me up cosy
Bayi yang sebenar2nye bayi mesti la tidak kisah dengan apa pun. Tapi mom-to-be mesti kena mainkan peranan supaya lebih seronok untuk bermain-main dengan bayi nanti. Cewahhh!! Saya punya sedikit masa lagi untuk mendapatkan barangan ini sebelum deliver supaya saya berasa happy untuk menjalani confinement. OK la, tunggu gaji dan kita akan bertindak pantas untuk mendapatkan barang-barang ini. Ke ada sesape sudi nak hadiahkan. Meh habaq awai supaya saya tak beli. Whistling

Wednesday, February 1, 2012

Kronologi 1st Trimester

16 Jul 2011
Insya Allah, mengikut perkiraan babycentre saya sudah hamil 5 minggu tapi sampai saat ini saya masih belum buat pemeriksaan dan mendapat pengesahan dari doktor. Mungkin minggu ke-6 nanti kami akan buat pemeriksaan dan pengesahan. Insya Allah, andai ada rezeki ini buat kami, kami akan jaga dengan baik. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk kami.
Saya adalah buat test sendiri di rumah tapi nampaknya belum ada jawapan pasti sebab saya cume nampak satu line merah dan satu pink. Maknenya line yang lagi satu tu macam samar2 lagi. Jadi saya masih ada simpan rasa was-was dan tawakal kepada Allah. Semua akan baik2 saja. Mudah-mudahan. Praying
Tapi tanda-tanda atau simptom-simptom kehamilan ada la saya hadapi. Tapi tu la, kadang2 bile perasaan menguasai diri, kita menjadi terlalu yakin. Jadi apa pun keadaannya saya akan tetap dapatkan pemeriksaan dan pengesahan dari yang pakar dahulu sebelum war-warkan kepada ahli keluarga apa semua. Doakan saya..

23 Jul 2011 
Masih mendengar kata babycentre.com, kandungan saya sudah di minggu ke-6. Tapi saya masih belum membuat pemeriksaan dan mendapatkan pengesahan doktor. Tapi my pregnancy test sudah menunjukan garis +ve.
IMG_4082
IMG_4084
Rancangnye seperti malam ini mahu ke klinik membuat pemeriksaan tapi tengok la macamana nanti… 

24 Jul 2011 
Petang tu kami buat keputusan nak ke klinik dan buat pengesahan. Kami pergi Klinik Araa, Setia Alam. Setelah buat test apa sume, ALHAMDULILLAH, doktor mengeSAHkan saya +ve hamil. Gembire bukan kepalang. Saya ok lagi tapi suami punye happy, eksited, tekejut, gementar lagi teruk. Bercampur-baur sampai mengigil. Ada ke die suruh saya cubit die sebab die seperti tak percaya. LORRRRR  Kalo senyum jangan cakapla, memang sentiasa, tanpa henti.. Red heart
“Ya Allah, terima kasih yang terhingga di atas kurniaan mu ini. Semoga kandungan ini akan semtiasa berada di dalam lindungan rahmatmu”
Sebelum pulang, kitorang singgah minum kat Seks.7. Dan dalam perjalanan pulang tu duk la sakan berbincang macamane nak bagitahu family members yang lain. HAHAHA kelakar ok sebab macam2 idea yang keluar. Last2, mr Fizwan buat keputusan die yang nak bagitau kat semua. Baikla… Sampai umah, saya solat Maghrib dan mengaji. Then mr Fizwan kata nak call ayah, so die call la dengan jantung dup dap dup dap, die bagitahu berita ini… Fuhhhh selamat satu debar katanye. Then malam tu, die x tau macamane nk ckp dgn mama. Last2nye sambil2 kami tengok tv dengan mama apa sume, saya yang bagitahu perkhabaran itu. HAPPY!!! Tapi pesan mama, “don’t be too excited”. Ye saya paham, ianya masih baru dah terlalu awal untuk dihebahkan atau apa saja. Jadi buat sementara ini, kami tidak akan mendedahkan kehadiran bayi ini secara berleluasa. Saya pikir, nanti cukup 14 minggu ke or sampai orang dah bole perasan perut saya baru la saya buat official announce. Maka, sapa yang tau, tau la… Insya Allah… semua nya akan baik2 saja…
Bermula dari hari ini saya dah pasang niat dan mulakan untuk mengaji dan khatam Al-Quran untuk bayi kami. Insya Allah, saya cuba habiskan setiap minggu satu juzk. Azam saya, menjelang usia kandungan 7 bulan atau 30 minggu saya mesti dah khatam.

29 Jul 2011
Sampai hari ni cume Lisa, K.Ana, Shida je yang tahu tentang kehamilan saya. Cik P, saya memang taknak bagitahu die sampai saya ada perut sikit baru saya nak bikin suprise kat die (harap2 menjadi. Comel kan.. sbb saya suke tengok reaksi spontan die tu). Kawan2 yang lain mungkin saya akan bagitahu seperti yang saya cadangkan. Pada minggu ke-14 atau bile orang dah bole perasaan kebuncitan saya. Hiks.. Tapi sejak dah tau confirm preggy ni, hilang dah semua simptom2 early pregnancy saya kecuali MUAL + PENAT. Itu je la.. Harap semuanya akan terus berjalan lancar sepanjang kehamilan ini. Hari Isnin dah start puasa, saya harap saya dapat menjalaninye dengan baik. Bukan apa, saya kan kerap lapar. Saya cube puasa minggu ni. And mungkin hujung minggunye nanti saya akan jumpa doktor dan mintak advise. Apa2 hal saya akan cuba dulu…
Petang ni saya nak ajak suami pergi membeli belah. Saya nak beli seluar. Saya dah takde seluar nak pakai. Sume dah tak muat nak zip+kancing. Mungkin perut naik sekali dengan buncit kan. Tu yang melampau tu.. Rolling Eyes

7 Aug 2011
Minggu ni dah 8 weeks.. saya semakin baik dan puasa saya pun berjalan dengan baik. Tapi saya memang memerlukan makanan yang banyak. Buka seperti biasa. Macam dulu jugak. Makan yang light2 saje macam kuih ke, mee, murtabak tapi sekarang ni memang dah wajib usai terawih saya akan duduk kat meja menghadap makanan lagi.. Ye saya lapar.. Setakat ni masih sempat lagi berbuka dirumah kecuali hari Jumaat. Saya terkandas dalam jem. Crying

14 Aug 2011
Its already 9 weeks. Pantas kan.. Puasa Alhamdulillah masih belum bolos. Saya dapat menjalaninya dengan sempurna tapi minggu ni kali pertama saya alami loya yang teruk dan muntah. Tapi xde la teruk sangat muntahnye. Its light saje. Alhamdulillah.. Sepanjang minggu ni ada la 2 kali saya mengalami muntah tu. Itu je la… Mood swing adalah TERHEBAT sekarang. Kasihan suami. Pantang silap sikit je, mula la nak sentap. Saya sedar dan saya sedang cuba mengawal emosi saya. Bab mengidam saya tak berapa sangat la. Cume jangan di sebut2 pasal makanan depan saya. Pasti saya terus menginginkannya. Dan mama dan suami la yang jadi mangsa kena sediakan. Samada mama yang kena masak or suami yang kena belikan. Ye la.. saya mana sempat. Sampai umah pun cukup2 je masa untuk mandi dan siapkan meja makan. Terima kasih suami dan mama. Sayang sumorang sangat2 I Love you

21 Aug 2011 ( 10 weeks)
Beberapa hari lepas saya buat pemeriksaan di Klinik Nuraini, Rantau Panjang, Klang. Siap dengan scan apa sume. Alhamdulillah kandungan normal. Bila tengok dengupan jantung bayi berdetak terus rasa SUBHANALLAH.. Besar sungguh kekuasaan Allah..
Sedikit info mengenai bayi : 
IMG_4572
Panjang baby : 31.7mm   
EDD : 17 Mar 2011
28 Aug 2011 (11 weeks)
Di musim perayaan ni, memang perlu sangat jaga makan. Lagi-lagi minuman berais dan bergas. Sangat2 cuba dielakkan.. Shame on you Saya menjalani kehamilan ini seperti biasa. Tanpa sickness yg teruk. Cume sedikit “lemau”. Nway, NO baju raya at all untuk kami sebab kami decide untuk pakai baju masa majlis perkahwinan je. Ini Aidilfitri yang pertama buat kami dengan our little in my tummy. Syukran Ya Allah.. Insya Allah, ada rezeki, raya tahun depan kite sambut meriah sikit sebab dah ada baby. Lagi pun tahun ni diri sendiri masih lemau2. Jadi mmg xdelah beraya sakan… Kami raya di Muar. Seminggu kat sana. Batting Eyelashes

4 Sept 2011 (12 weeks)
1st check up di government klinik. Saya pergi ke Klinik Desa Batu Belah buka buku merah. Maka bermula hari ini, kena istiqamah la hadir ke klinik untuk buat cek up. Peace Sign
IMG_4574-1
Doktor mula bekalkan ubat seperti Folic Acid, Vitamin C, Obimin dan yang seumpamanya. Makanlah secara berdisplin kerana semua itu baik untuk bayi. Anyway, Folic Acid tu saya dah amik sejak dari 2 bulan lepas berkahwin. I know that 1 is good kalau kita memang plan nak concieve. Alhamdulillah rezeki, lepas 2 bulan saya makan Folic Acid tanpa culas + usaha + doa + tawakal, kini kami sedang menantikan bayi kecil ini lahir ke dunia. Big Hug

Rumusan:
Alhamdulillah kerana saya dapat menjalani 1st trimester saya yang pertama tanpa banyak kesukaran. Biasalah, sickness pasti ada tapi ia masih “boleh di bawak berbincang”. Takdela saya melembik tak tentu hala. Tapi tulah, bahagian dan pengalaman kehamilan itu berbeza setiap orang. Walau dimana dan apa yang kita kena hadapi, bersyukur kerana kita di beri peluang seindah ini…
IMG_4161 Saya ketika kandungan 12 weeks

Tuesday, January 31, 2012

Pillow Speaker

The first baby item yang saya ada. Masa saya tau je saya preggy lantas secara laju saya terus membeli pillow ini. saya beli kat lelong.com. Pegi cari sane kalo anda juga mahu. Big Grin Ianya sangat cool bagi saya, Saya pilih strawberry. Ada lagi few choice yang kamu boleh pilih mengikut kegemaran.
DSC00340
Bagusnye speaker pillow ni mengikut pembacaan saya, ianya lebih baik dari kita gunakan headspeaker. Ianya adalah berkenaan dgn gelombang bunyi dan yang seumpamanya (ala.. x ingat sudah, sila google sendiri). Pillow ni ada wayar yang boleh dicucuk terus ke mp3/mp4, PC or handphone. Saya letak pillow ni kat ofis. Jadi sambil bekerja saya letak pillow ni kat perut sambil mengalunkan ayat-ayat Al-quran or kadang2 saya alunkan zikrullah.. Serius, mmg baby akan bagi respon setiap kalo saya mengalunkannya. Syukur… Kamu pun cubalah…
DSC00377

Monday, January 2, 2012

Kenduri Doa Selamat for 28weeks mom-to-be

Alhamdulillah selamat sudah majlis doa selamat sempena usia kandungan mencecah usia 28 weeks. Tanggal 1 Jan 2012, kami merencanakan majlis yang ringkas dan !@#$%^&* memanggil keluarga dan sahabat terdekat sahaja. Not much.. Its only a simple event. Terima kasih pada semua family members yang hadir dan menyumbang tenaga merewang, frens yang hadir dan terutama my PIL yg turun dari Muar untuk kami. BIG thanks to PIL.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat
IMG_4529
IMG_4532

Di ikuti dengan jamuan makan.
IMG_4542
IMG_4551
IMG_4550

Diantara tetamu yang hadir. IMG_4531IMG_4555IMG_4536

Itu mom-to-be bersama nenek nenek bidan.IMG_4548 
Motif ada nenek bidan sebab kalo ikut orang Jawa, kami ada buat sikit majlis LENGGANG PERUT.

EH, apa tu lenggang perut? hurmm takde apa pun, !@#$%^&* ada acara mandi bunga, Yang ni suami isteri kene mandi . Dalam toilet je takde la sampai ke luar rumah bawah pokok ke, tepi sungai ke apa. NO! NO! NO! Tapi kene 7 orang yang berlainan yang kene siramkan. 3 kali siram suami, 3 kali siram saya. Begitu la seterusnya sampai 7 orang. Kemudian sambil berdiri nenek bidan akan lalukan sebijik telur dari atas dan tengok telur tu jatuh pecah atau tak.
Lepas mandi tu kena pulak bersalin-salin kain sebanyak 7 kali. Kiranya sarungkan kain batik dan setiap kali sarungkan yang kemudiannya, yang lapisan dalam tu kene lucutkan. Sampaila 7 helai kain batik. Kain batik tu kena kain batik baru. Dah sudah tu, kita kene baring dan nenek bidan akan lenggang-lenggang perut kita dengan kain batik lepas.
Sudah tu die akan urut atau pegang-pegang perut nak cek kedudukan baby. Alhamdulillah nenek bidan cakap, baby kita OK. Maksudnya takdela baby songsang ke, turun sangat ke or uri kat bawah.

Lepas urut, ada sesi bersikat. Memula nenek bidan akan sikatkan rambut kita sambil selawat, lepas 3 kali, nenek bidan suruh suami pulak yang sikatkan… Owhh comelll.. hiks..
ha tu jela sesi melenggang perut. Pada saya takde apa yang pelik sangat pun. Biasa je… Kalo ikutkan ada sesi memotong kelapa muda nak tengok jantina bayi tapi kami tak buat yang itu. Kalau acara membelah kelapa tu, suami yang kene belah, kalo belah tegak cantik sambil air kelapa terpancut itu namanya lelaki. kalo tak terpancut maka perempuan la tu…