CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Search This Blog

Fizyanz Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

BENCINTA

Daisypath Friendship tickers

Sunday, May 13, 2012

Selamat Hari Ibu!!


SELAMAT HARI IBU BONDA!!

Buat bonda saya, terima kasih kerana telah mengandung, melahirkan dan menjaga saya dengan sempurna.

Hari ni daddy takde, saya pun masih bayi jadi saya tak dapat nak beli hadiah or kek utk bonda. Tapi hari ini saya akan cuba berperangai comel mengembirakan hati bonda. Hari ni jugak dah hari ke 44 kita berpantang kan bonda. Alhamdulillah semuanya baik2 aje sepanjang tempoh berpantang.

Anak bujang daddy & bonda,
Faeq Altamis b. mr Fizwan

:: nota kaki :: saya dan daddy sayang bonda banyak2!!

Wednesday, May 9, 2012

Makanan/minuman untuk banyakkan susu ibu

Antara makanan/minuman untuk banyakkan susu ibu:

* Tinggi dengan protein – makanan berasaskan kacang soya (tofu, tauhu, tempe, etc.), kacang hijau, alfalfa dan sebagainya
* Tinggi dengan vitamin B terutama asid folik – sayuran hijau seperti kucai, sawi, lobak dan sebagainya.
* Tinggi kalori – longan kering, kurma.
* Tinggi kalsium – susu.
* Tinggi vitamin A dan C - buah-buahan citrus, buah-buahan beri dan sebagainya.
* Yang memanaskan badan – halba (fenugreek), habbatussauda’ dan jenis2 herba serta rempah ratus.
* Yang memperbaiki pengaliran darah – lobak putih.
* Yang mencetuskan hormon gembira – coklat.
* Sebarang makanan kegemaran ibu menyusu, yang mana ibu boleh menikmatinya dengan rasa gembira, kerana kegembiraan mengaktifkan hormon oxytocin yang mengeluarkan susu dari badan.

D.I.Y - Nursing Pillow

Ini nursing pillow yang saya buat sendiri. Masa mengandung lagi saya dah buat tapinye tak isi kekabu je. Biasala, kalo nak tunggu mr Fizwan g beli memang la makan taun baru leh dapat. Finally saya kerah juga die pegi beli sebab tak larat dah nak ampu si kecil ni masa menyusu. Lelebih lagi bila waktu malam. Dah la dengan kita mengantuk pastu nak ampu dia plak. memang terbabas-babas je la jawabnya. Jadi bila dah ada nursing pillow ni ok la sikit. Letak je dia pastu nak BF lelama pun takpe. Selalunya kalo mood dia tak cantik memang kena BF sambil duduk ler. Kalo tak laydown sajerk…

DSC00486

 DSC00490

 DSC00491

Wednesday, May 2, 2012

Ready to go….

Hai kawan-kawan bonda. Hari ni saya kena pegi klinik. Check up untuk umur 1 bulan. Daddy dan bonda yang akan bawak saya. Kakak Nana pun ikut jugak. Ni hari pertama saya nak kuar rumah. Teruja ! Bonda mesti berdebar2 risau ntah saya bole diam atau menangis.. Big Grin 

IMG_4716

Saya dah ready !!

IMG_4717

IMG_4718

Iskhhh mana bonda ni.. Lambat betul bersiap…

Pukul 230 ptg baru daddy bawak kami pegi klinik. Sampai klinik saya kena ukur panjang, lilit kepala dan kene timbang. Malu je sebab masa timbang auntie nurse suruh bonda bukak sume baju saya. Pampers pun tak pakai. Blushing Lepas siap, auntie nurse nak cek bonda plak. Daddy yang dukung saya sebab bonda kene cek tekanan darah & timbang berat. Lepas bonda dah siap, kena tunggu turn lagi sebab auntie nurse kata saya nak kene inject. Auntie nurse inject saya kat peha. Masa tu saya dah tido. Tapi saya nangis sikit je… (mesti bonda & daddy lega sebab saya x nangis kuat2.. )

Update sebulan:

Berat : 4.24kg

Panjang : 53cm

Ukur lilit kepala : 37cm

Monday, April 30, 2012

My Name is FAEQ ALTAMIS

Hi kawan2 bonda! Nama saya Faeq Altamis. Saya sudah berusia 1 bulan. Rambut baru saya pun sudah semakin panjang. Kadang-kadang bila di agah, saya pandai senyum. Kadang-kadang saya buat derk aje. Saya suka ngempeng dengan bonda. Tapi saya budak baik sebab malam-malam saya senang je tido. Saya cuma bangun untuk minum susu atau tukar pampers pastu saya terus je tido balik. Jadi bonda pun boleh terus tido balik sama dengan saya.  Jom layan gelagat saya di pagi hari…

Saya kalau tido mesti bonda akan bedungkan. Saya suka tido bedung. Kalau tak bedung saya mesti akan terkejut-kejut pastu nangis. Bonda tak suka jadi bonda mesti akan bedungkan saya. Jadi bila saya dah bangun, bonda or daddy akan buka kan bedung saya dan saya akan mengeliat. Saya selalu dengar bonda dengan daddy gelak2kan saya kalo saya tengah mengeliat2. Apa la bonda dengan daddy tu…

Kalo saya menangis, bonda suka cium saya kuat2 sebab bonda kata bonda geram kat saya. Tapi bonda selalu cakap kat saya.. “budak masam ni…. bau susu pun sedap ni… cium die lagi.. cium die kuat2.. iskhh geram betul la…” Lepas tu saya lagi nangis kuat2. Hahahaha padan muka bonda. Kalau saya nangis sebab haus, bonda bagi susu, saya minum la tapi kalau saya nangis sebab mengantuk pastu bonda bagi saya susu, saya nangis lagi kuat2.. Tapi bonda dah tau kalo saya  tak nak minum susu tu maknanya saya nak tido. Jadi bonda akan tepuk2 bontot dodoikan saya dengan alunan zikir dan seumpamanya… Daddy pulak kalo saya nangis sebab nak tido malam-malam, daddy mesti bacakan saya doa-doa pastu tepuk2 saya sambil bawak saya tengok lampu tido. Hiks!! Comelkan daddy saya punye taktik. Tapi kadang2 saya tido dan kadang2 saya tak tido2 pun. Last2 daddy pass kat bonda. Bila dapat pelukan bonda saya terus je tido.

IMG_4706 

Mengeliat !!

 IMG_4708

Gosok2 muka, telinga…

IMG_4707

Lihat kiri

 IMG_4709

Lihat kanan

 IMG_4711

Huarghhh!!!!Menguap…

 IMG_4712

Ermmmm apa la bonda & daddy buat pepagi ni…

 IMG_4713

Iskhhhh (marah)

IMG_4714

Silau la bonda kene flash..

 IMG_4715

Lusa saya ada appointment dengan klinik sempena umur saya satu bulan. Eh, saya bakal kene injection kot. Tapi bonda cakap kat saya jangan nangis sebab saya kan kuat… Big Grin

::nota kaki:: Lagi 14 hari daddy bole bawak kami jalan2… Yeah!!