Monday, May 14, 2012
The Presents
Sunday, May 13, 2012
Selamat Hari Ibu!!

SELAMAT HARI IBU BONDA!!
Buat bonda saya, terima kasih kerana telah mengandung, melahirkan dan menjaga saya dengan sempurna.
Hari ni daddy takde, saya pun masih bayi jadi saya tak dapat nak beli hadiah or kek utk bonda. Tapi hari ini saya akan cuba berperangai comel mengembirakan hati bonda. Hari ni jugak dah hari ke 44 kita berpantang kan bonda. Alhamdulillah semuanya baik2 aje sepanjang tempoh berpantang.
Anak bujang daddy & bonda,
Faeq Altamis b. mr Fizwan
:: nota kaki :: saya dan daddy sayang bonda banyak2!!
Wednesday, May 9, 2012
Makanan/minuman untuk banyakkan susu ibu
* Tinggi dengan protein – makanan berasaskan kacang soya (tofu, tauhu, tempe, etc.), kacang hijau, alfalfa dan sebagainya
* Tinggi dengan vitamin B terutama asid folik – sayuran hijau seperti kucai, sawi, lobak dan sebagainya.
* Tinggi kalori – longan kering, kurma.
* Tinggi kalsium – susu.
* Tinggi vitamin A dan C - buah-buahan citrus, buah-buahan beri dan sebagainya.
* Yang memanaskan badan – halba (fenugreek), habbatussauda’ dan jenis2 herba serta rempah ratus.
* Yang memperbaiki pengaliran darah – lobak putih.
* Yang mencetuskan hormon gembira – coklat.
* Sebarang makanan kegemaran ibu menyusu, yang mana ibu boleh menikmatinya dengan rasa gembira, kerana kegembiraan mengaktifkan hormon oxytocin yang mengeluarkan susu dari badan.
D.I.Y - Nursing Pillow
Ini nursing pillow yang saya buat sendiri. Masa mengandung lagi saya dah buat tapinye tak isi kekabu je. Biasala, kalo nak tunggu mr Fizwan g beli memang la makan taun baru leh dapat. Finally saya kerah juga die pegi beli sebab tak larat dah nak ampu si kecil ni masa menyusu. Lelebih lagi bila waktu malam. Dah la dengan kita mengantuk pastu nak ampu dia plak. memang terbabas-babas je la jawabnya. Jadi bila dah ada nursing pillow ni ok la sikit. Letak je dia pastu nak BF lelama pun takpe. Selalunya kalo mood dia tak cantik memang kena BF sambil duduk ler. Kalo tak laydown sajerk…
Wednesday, May 2, 2012
Ready to go….
Hai kawan-kawan bonda. Hari ni saya kena pegi klinik. Check up untuk umur 1 bulan. Daddy dan bonda yang akan bawak saya. Kakak Nana pun ikut jugak. Ni hari pertama saya nak kuar rumah. Teruja ! Bonda mesti berdebar2 risau ntah saya bole diam atau menangis..
Saya dah ready !!
Iskhhh mana bonda ni.. Lambat betul bersiap…
Pukul 230 ptg baru daddy bawak kami pegi klinik. Sampai klinik saya kena ukur panjang, lilit kepala dan kene timbang. Malu je sebab masa timbang auntie nurse suruh bonda bukak sume baju saya. Pampers pun tak pakai. Lepas siap, auntie nurse nak cek bonda plak. Daddy yang dukung saya sebab bonda kene cek tekanan darah & timbang berat. Lepas bonda dah siap, kena tunggu turn lagi sebab auntie nurse kata saya nak kene inject. Auntie nurse inject saya kat peha. Masa tu saya dah tido. Tapi saya nangis sikit je… (mesti bonda & daddy lega sebab saya x nangis kuat2.. )
Update sebulan:
Berat : 4.24kg
Panjang : 53cm
Ukur lilit kepala : 37cm