CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Search This Blog

Fizyanz Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

BENCINTA

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, October 10, 2012

Lunch bersama Lisa dan Que

Lunch ari ni mmg dh berjanji nk mkn kat k.ani. our X-ofcmate dan manjees datang. So berkoyan2 la kami ke kedai k.ani.

Lisa mahu air jambu tu. Makanya aku sama Salfa pegi la tengok apa promotion yang ada tapi takde rezki Lisa. Takde yang promo. Lisa punye beria menyuruh saya belikan air jambu tu. Ingatkan die nak beli sepeti dua sekali rupanya dia nak 2 kotak je beb... Nanges acik.... Beria saya korek duit 50rgt. Kalo takat 2 kotak 20 rgt pun cukup. Blurghhhh

Lepas makan2 mereka naik ofis jap. Jumpa la ofismate lain kejap. Kejap2 pun adala sejam mereka di ofis. Kul 2 lebih baru mereka pulang. Dan yang sedihnye, xde pic bersama mereka. Takde ok... Takde....


::nota kaki:: arini saya minum jus kurma pegaga bersama teh tarik...

Tuesday, October 9, 2012

Horlick+jus kurma pegaga

Hari kedua minum jus kurma ni. Hari ni buat horlick n 2 sudu jus kurma pegaga. Rasa dia masih boleh diterima tekak. Saya suka...

Ok, maybe ada yang tertanya kenapa saya beria minum jus ni. Cer kamu orang gugel. Memang jus ni penuh khasiat. Sebenarnya bagus untuk semua golongan. Dan saya punye niat, nak minum jus ni utk kesihatan tubuh badan dan juga sebagai milkbooster. Sebenarnya saya tak berapa risau dengan stok ebm saya tapi sekurang2nya saya boleh share nutrien yang baik dengan bayi saya. Lagi 1, nama je jus kurma pegaga tapi sebenarnya di dalamnya ada 7 jenis kandungan yang baik2 seperti kismis, madu, halia, habatusauda. Jadi mari kita manfaatkan benda baik ni sama.. Selamat mencuba!!

Monday, October 8, 2012

1st trial of jus kurma pegaga

Minggu lepas gigih gugel pasal jus kurma pegaga ni. Sebenarnya dah lama cari tapi tak jumpa. Last2 bila bagitau my fren, terus dia kata nak g beli. Serius.. Jus ni memang ada jual kat farmasi PKNS Bangi je ke?? Or sape ada tau jus ni ada jual kat mana especially kat area klang n shah alam..
Dan tadi 1st trial saya minum jus ni. Masa buka penutup botol memangla bau dia perghhhhh sikit punya bau herba. Then saya gugel2 lagi macamana cara makan dia. Lucky jumpa 1 blog yang kata dia minum ni mix with other minuman like milo, soya, or apa2 minuman kegemaran anda dengan air suam or sejuk. Ummmm nyummy...

Sunday, October 7, 2012

Berdiri atas kaki sendiri

Gud progress pada Faeq.  Bonda kagum pada kamu sayang.. Si usia 6bln 7hari Faeq dah bole berdiri berpaut pada pintu gate. Takde sape tolong pun. Gud job sayang...
Nak jadi cerita masa tu saya duk ralit2 main2 buku nota. Memula memang saya nampak dia tuju ke gate tu. Memang selalu dah di ke tmpt tu dan menengok2 luar. So saya biarkan jela dia ke sana. Sekali tengok dia senyap je dan tak patah balik ke saya pun. Sekali bila tengok, dia dah berdiri tegak di situ.. Tu diaaaa hero bonda.. Dan pabila dia dah berdiri tegak di situ, saya kene la standby dekat dia takut dia jatuh. Betul tekaan saya. Dia tak reti nak turun. Tangan sebelah dia dah lepaskan plak tu. Ewahhhh anak bonda ni.. Dan akhirnya saya yang tolong turunkan dia ke lantai sebab dia dah tak dapat nak control lagi dah. Apa pun, tahniah sayang...

Berdua dengan bayi

Uihhh di hujung minggu tinggal berdua dgn bayi kdg2 agak menjengkelkan jugak. Tapi nk buat macamana. Suami punya tuntutan yang perlu di laksanakan. Redha.....
Jom tgk apa yg bayi buat dikala kami buhsan...




j