CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Search This Blog

Fizyanz Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

BENCINTA

Daisypath Friendship tickers

Thursday, June 16, 2011

Day 3 - Menyusur Walking Street

Sesudah habis aktiviti di laut siang tadi, kami langsung balik ke bilik dan membersihkan diri, solat lalu bersiap2 mahu keluar mencari makan malam. Mula-mula cadang seperti mahu naik TukTuk sahaja tapi mr Fizwan tak mahu. Biasa la dia, mana nak buat kerja leceh-leceh ni. Jadi terus turun ke lobi dan mahu sewa motor. Tapi malangnya motor sume dah full book. Jadi kami terus keluar jalan ke depan sedikit selang beberapa hotel dan masuk kedai sewa motor. Syukur sebab kami dapat sewa motor untuk setengah hari THB150. Pukul 10 pagi esok harus pulangkan motor.

IMG_3824

Boleh contact nombor di atas kalo mahu sewa motor di Krabi

IMG_3826

Ingat tempat hari pertama kami makan dulu. Disini la. ..

IMG_3828

Teh O Suam. Kamu nampak teko kecik tu. Tu mmg standard kat sini, kasi teko kecik. Dalam ada air panas kot nak tambah ke apa. Bagus kan..

IMG_3831

Seperti biasa, itu adalah rencah penambah perasa. Orang sini punya murah hati sampaikan setiap kali pergi makan, memang mereka akan letak penambah perasa seperti ini. Mungkin cara persembahan mereka lain tapi pendek kata mesti ada la tambahan di atas meja. Sama juga dengan air. Setakat air kosong satu jug besar tu memang wajib ada la. Free je. Kalau nak minum satu jug tu pun takde masalah. Kalau order air panas, mesti di hantar sekali seteko kecik air panas lagi. Kalau setakat ulam-ulaman, memang dah wajib je ada.. Baguskan.. Kat tanah air sendiri?? Air kosong pun kadang kedai charged 30 sen. Apakah???

IMG_3833

Saya order mee goreng. Tapi tak tertelan dek tekak. Bukan tak sedap tapi manis ya hamat…

IMG_3834

Mr Fizwan duk ngulang order yang sama masa hari pertama kita sampai dulu. Nasi goreng.Yang ni memang sedap tak di sangkal lagi. Kami tak pergi mana2 restoran or makan tomyam ke hapa macam kebiasaan orang buat. Pada kami makan biasa2 aje cukup la. Sekadar isi perut. Rolling on the floor laughing

 

Sesudah makan, kami pusing pusing menyusur walking street. Mula-mula pusing naik motor je sekali rasa macam tak habis waktu plak kalo gitu. Jadi kami parking dan jalan-jalan sepanjang walking street Aonang tu…

IMG_3838

Walking Street Aonang

IMG_3839

Gagah perkasa di sini. Apantah…

IMG_3841

Sepanjang WS memang banyak kedai jual pakaian. Setakat 2pcs tu memang bersepah2. Rugi la kalo tak beli tapi lagi rugi kalau kamu beli tapi tak pakai. HAHA. Jadi beli apa saja yang kamu perlukan. Sepanjang WS ni harga barangan, pakaian lebih kurang sama je tapi kalau nasib kamu baik, pandai tawar menawar kamu dapatla murah lebih sikit.

IMG_3842

Rantai-rantai berjualan sekitar WS. Tapi kalo nak beli pearl2, bole cari kat Phi Phi Island. Kat sane banyak melambak.

IMG_3844

Tu balai polis trafik. Saya teringat ada satu petang kami pusing-pusing naik motor tak pakai helmet. Elok lalu depan balai, polis tu pun membebel-bebel dalam bahasa Thailand. Kami pun gelak-gelak je dengar die membebel. Rerupanya dia tegur kami sebab tak pakai helmet. Kami tahu pun sebab dia duk teriak “helmet, helmet”. Open-mouthed smile  Dah suami isteri ni atas motor gelak-gelak terburai perut. Sekali kami daaaaa yang kene bebel tu. Comel ok..

IMG_3852

Di kiri jalan

IMG_3854

Di kanan jalan

IMG_3855

Suami meneliti apa saja yang ada di sekeliling sepanjang jalan. Habis semua di scan nya.

IMG_3858

Jalan lagi.. dan lagi.. malam ni kami sungguh2 berjalan saja menghabiskan masa sebab kami dah takde apa nak beli. Sekali jalan punya jalan kami jumpa kedai Muslim Pancake. Ya Allah, memang rezeki saya kot. Sebab sepanjang hari ni saya asyik jumpa orang jual dan makan pancake. Tapi sume macam was-was pada saya. Tapi saya teringinnnnn sangat nak makan. IMG_3862

Sekali bila dah jumpa kedai kakak ni, harus la kami beli secara tamak. Saya order banana coklat, coklat n honey flavour.

IMG_3860

tebar tepung

IMG_3861

Goreng

IMG_3863

Untuk banana choc, pasti la dia akan letak banana. Banana di dalam dan di bungkus.

IMG_3865

Chocolate on top of pancake

IMG_3866

Taraaaaa!!!!!!! Its my banana chocolate pancake

IMG_3868

And this is honey pancake for Honey Nerd smile

 

Pancake tu kami tapau makan di hotel. Sampai bilik, bancuh air milo dan makan pancake panas2. Sorgaaaaaaaa… Lepas makan saya siap packing2 barang sebab esok sudah mahu pulang….

No comments:

Post a Comment