CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Search This Blog

Faeq Altamis

Fayyadh Alzam

Fizyanz Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

BENCINTA

Daisypath Friendship tickers

Monday, June 13, 2011

Malam Pertama di Krabi

Sila masuk.. jangan malu2 sebab xde pun cerita xxxxx ke 18sx ke takde ok. Ini cuma limpahan gambar dari Krabi. 

Malam pertama kami di sini, kami mulakan dengan aktiviti mencari tempat makan. Lapar kot. Last makan tadi masa kat LLCT layan McD. Dalam flight pun kami tak amik makanan apa2. Redha je duduk diam2 sambil layan cuak2 saya dalam flight. Tapi suami sangat pandai mentenangkan saya. saya kan suka takut over-over. HAHAHA

IMG_3473
Ni makanan yang kami order bile kami jumpe kedai yg terpampang perkataan “Muslim Thai”. Terus berhenti nak makan kat situ. Lepas dah sampai tak tahu nk order apa. Last2 sebab dah seharian tak makan berat jadi nasi la jugak di carinya. Tu kami order nasi goreng biasa tapi saya punye campur ayam dan suami pula campur udang. Kite bole pilih ok nk campur apa. Kalo nk seafood pun ada.. Air pun amik yang biasa2 je sebab takut ntah macamane makanan minuman orang2 sini. Jadi kami order teh ais. Sekali haaa hambik ko, bapak pekat n manis air tu. Pergh…..
IMG_3474
Mr Fizwan menjamah makanan nye. Bismillah….

Usai makan, kami dah buat keputusan nak ke Night Market di Krabi Town. Tadi dah tanye receptionist kat hotel katanya around 17km to Krabi Town. Agak jauhla sebab kami ni nak pergi naik motor, sendiri, tak tahu jalan, dan dah lewat petang. Tapi kalau tak pergi mesti rasa rugi sebab Night Market ni hanya ada hari Jumaat – Ahad je. Jadi suami buat keputusan nekad je jom pergi. Isteri pula hanya menurut kata. Mr Fizwan tanya2 la dekat brother kedai tu macamane nk ke Krabi Town. Masing2 dengan bercakap ayam itik campur2 tapi bola paham la juga. Tapi on da way ke sana ada la 2,3 kali tanya orang. Perghhh memang nekad je kot merempit ke Krabi Town yg mengambil masa setengah jam sambil bawak motor ala-ala bercinta dan cube scan landmark sebanyak mungkin pasal takut kalau main terjah je, balik nanti mahu sesat barat. For sure la balik nanti dah malam gelap gelita kan. 

And now, here we are – Night Market @ Krabi Town dengan jarak 17km dari Aonang Krabi serta anggaran masa perjalanan +-30 min menaiki motor siap pakej dengan sesat sikit dan tanya2 orang. Theee..Hot smile
IMG_3476
Ini la night market yang di sebut2 tu. Meriah.. Tempat die takde la besar mane tapi mmg crowded ok. Best!! Sama je macam pasar malam kat sini, ada jual kain baju, makanan, barang basah tapi yang unik dorang siap sediakan tempat makan. So kalo nak lepak sini dan makan2 tarak hal la beb. Gituuu

IMG_3479
T-shirt Krabi THB100. Termurah sepanjang kami ushar adalah di sini tapi kualitinya saya tak berapa gemar. Jadi kami tak beli pun t-shirt ni. Nanti kite cari lagi la mungkin di Aonang ke nanti.

IMG_3480
Mr Fizwan teruja tengok pulut mangga ni. Terus di belinye sebungkus THB35 nak rasa katanya. OK, saya tau benda ni sinonim di bahagian timur utara Malaysia kan? Tapi kami ni org selatan, jadi agak kekaguman bila nampak dan mahu la rasa. Bile lagi ye dok kalo tak rasa sekarang di sini. Kot kat utara ada, tapi tang bile kami nak ke utara…

IMG_3481
Ini pula orang menjual fruit jus. 

IMG_3483
Persembahan tradisional

IMG_3489
Teh tarik kaw punye….

IMG_3491
Secawan panjang gabak dengan rasa yang kaw2 mantop ni harga baru THB15. Murahkannnnn

IMG_3494
Tak yah pelik sangat sebab bukan saya yang snap pic ni. tentu saja mr Fizwan… kucing ni di awet. Tapi story apa saya tak tahu pasal saya dah geli2 tengok kucing ni di awet. Mr Fizwan je yang pergi mendekat.

IMG_3496
And I like this! Ros daripada daun pandan. Mereka di sini sangat kreatif dan juga sanga baik. Setiap kali kami nak snap pic, kami mesti mintak izin. Dorang plak rajin dan baik sangat melayan tourist.. Nice beb!

IMG_3497
Ni la ros pandan tu. Cantik kan.. Untuk apa benda ni di hasilkan saya kurang pasti sebab tak tanya banyak pun.

IMG_3499
Another kreatif thing yang dorang bikin. Its flower+vase yang di hasilkan dari botol minuman/mineral yang kita2 selalu campak buang je…

Ok dah tamat cerita night market. Its fun kerna dapat melihat keunikan mereka. Lepas dah habis pusing night market kami berjalan2 menyusur kawasan sekitarnya. Masuk la mall mereka sambil mencari bekalan makanan sikit.  

IMG_3500
Kream Ball from mcD. Kami x rasa pun, sebab dah malam x koser nk mentelan eskrem. Tapi kat Malaysia takde kan benda ni??

IMG_3505
Taraaaaaaaaaaa ni la motor yang kami sewa dari hotel. sehari THB250. minyak dia bagi setengah kang pulang motor, tinggalkan setengah jugak yer… Jangan plak kamu pulang tinggal satu bar je… 

IMG_3506
This is a famous motor in Aonang. Kami suke sangat motor ni.. tapi x dapat nak sewa motor ni sebab orang dah sewa… Tapi memang bersepah motor camni. Kaler plak meriah2.. Ada pink, biru, oren, kuning, pendek kata kalo setakat pensil kaler LUNA 36 batang tu, kira ada la sume kaler untuk motor ni. Cantik dan comel sangat..

Ok, malam pertama kami dah tamat. Ia kenangan yan terindah bila kami berdua main redah je ke Krabi Town, balik pulak dah malam. Saya takut sebab kami kena lalu jalan kampung yang sunyi,, kereta plak tak banyak. Siap dengan lalu tepi2 hutan. Iskhh seremmmmmmmm…
p/s: jalan raya Thailand memang hebat. Sangat hebat. Bak kata suami, ni kalo mat rempit dapat jalan ni, mmg koyak la tayar motor dorang sebab merempit tak benti. Kualiti jalan yang jauh lebih baik dari sini. Padahal jalan kampung je pun. Die punye bagus, highway 3 line tu pun kalah ok. Kami boleh kata begitu sebab kami ni naik motor tapi takde risau2 kot terjumpa lubang ke hapa ke. Smooth… sangat smooth.. 5 bintang TIPTOP saya bagi..

7 comments:

  1. hahahah saje bikin gempak.. tapi betul la malam pertama di Krabi.. 2nd night will be continue. ahahahha

    elya g cuti mane?

    ReplyDelete
  2. honeymoon yer yan??

    syoknye gi krabi..akak teringin gak nak kesana

    ReplyDelete
  3. k.gee,

    haah, honeymoon kak.. pergi bercinta..

    best kak, memang best giler. kalo akak nak g lama, leh tfr Phuket sekali sebab dekat je.. tapi tgu anak2 besar sket dah pandai nk snokerl ke lg syok kak..

    ReplyDelete
  4. Macam mana ? Seronok tak disana? Kalau kalau ke Krabi tak akan melepaskan peluang makan seafood...best!

    ReplyDelete
  5. Malam pertama ke?...hikhikhik

    yayan...aku bz skang ni, blm ada masa nk main im dgn kamu...nnt aku dh amik botol air kamu, kita dating kat shah alam erk..

    rindu kamoo dan lisa

    ReplyDelete