Hari ni hari kedua hantar Faeq ke taska. Masa hantar pepagi die dah mencebik2 nak nangis. Makanya harusla bonda lari laju2 supaya bonda pun x turut nangis sama kan. Terus g breakfast. Dalam pada tu duk terngiang2 si bayi mencebik2 tadi. Ah.. perasaan mak-mak. Bertabahlah...
Tengahari seperti biasa pergi jenguk si kecik tu kat taska. Ya Allah... masa auntie bawak keluar Faeq, dia tengah menangis. Hati ni rasa di siat2 tengok anak menangis. Mata dia pun dah merah2 bengkak. Mungkin lama sangat menangis. Geramnya... Rasa macam nak marah auntie2 semua kenapa tak jaga Faeq. Kenapa biar Faeq menangis macam tu. Ya Allah.. kuatkan hati ini dan bersabar. Kita menumpang. Lagi pun ni taska, jadi tak boleh demand lebih2. Saya amik Faeq, terus bawak masuk bilik visitor tu dan bagi dia susu. Die mengantuk nak tido. Tapi mungkin takde orang nak prepare dia untuk tido macam mama treat dia di rumah. Sekejap je.. terus Faeq terlena dan masa setengah jam yang ada tu macam pantas benar berlalu. Kena bagi balik ke auntie sebab saya nak masuk kerja dah.
Petang ambik Faeq tepat2 pukul 530. Memang mata die bengkak. Rasanya mcam dah penat die menangis+tak cukup tido. Suami tiba agak awal hari ni. Dalam kereta terus BF dia dan harusla melena terus. Kesian anak bonda. Sabar sayang ye.. Lagi sehari je sayang.. Sampai rumah sama macam semalam, makpak ni bersilat la siapkan sume kerja. Apalagi kan....
Tuesday, December 4, 2012
Hari pertama di Taska Sime Darby
Minggu ni kitorang kene hantar Faeq ke taska SD sebab takde orang nak jaga dia. Mama balik kampung. Maka hari Isnin kami di mulakan dengan ekspedisi pagi. Suami kene hantar kami ke ofis dan baru dia patah balik ke kerjaannya. Taula kan.. Klang-KL-Shah Alam-KL-Klang adalah satu perjalanan yang merumitkan. Tapi nak buat macamana. Kerana tuntutan kerja dan anak kami kene la berkorban.
So ini hari pertama. Berharap Faeq tak nangis dan yang seumpamanya. Pukul 815 hantar Faeq ke taska. Sedihnya... Macam ni perasaan bila tinggalkan anak kat orang lain kan. Perasaan bercampur baur. Semoga Faeq baik2 saja nanti.
Tengahari lepas lunch datang jenguk Faeq kat taska. Auntie2 taska kata Faeq nangis je. Tapi saya berfikiran positif. Owh... Mungkin Faeq tak biasa. Lagipun dia dah start kenal orang. So masa setengah jam yang ada tu kitorang bermain bemesra dan kebetulan mommies geng pam pun ada so seronokla bersembang tentang anak2.
Petang dah kul 530 x sabar nak ambik Faeq. Eksited sangat... Ambik dia dan bawak naik ofis semula sekali petang tu hujan dan jem yang hebat. Dekat pukul 7 baru suami sampai. Padahal suami gerak awal tu dari ofis. Memang jem teruk. Pukul 830 baru kami sampai rumah. Sampai2 terus makpak ni bersilat mandi, masak bubur Faeq, makan dan siapkan barang Faeq untuk esok pulak.Fuh...... 2 more days to go...
:: nota :: makan malam kami papa dah tapaukan siap2. Heeee
Published with Blogger-droid v2.0.10
Thursday, November 29, 2012
Puree kentang, kiwi & avocado
Setiap minggu menjadi wajib buat puree untuk bayi. Gigih tak gigih la mak ni nak buatkan.. Tapi tetapla seronok bila anak nak makan dan makan banyak. Best. Seronok sangatkann
Macam ini lah cara saya packing puree tu semua. Satu peket atau kiub tu untuk sekali masak, 2 kali makan. Tengahari dan malam
Published with Blogger-droid v2.0.9
Friday, November 23, 2012
Pureen Stock Clearance Promotion 24-25 Nov 2012
Hari ni hari Jumaat kan... 23/11/2012 kan... Esok pulak 24/11/2012 kan... dan lusa 25/11/2012 kan... jadi jom ramai2 serbu Pureen Stock Clearance Promotion. Maklumat lanjut seperti dibawah...
::
nota :: saya dah pernah pergi before. Lihat sini .
Monday, November 19, 2012
Puree Mixed Vege
Minggu ni just add on puree Faeq. So takde la bonda bertungkus lumus sangat nk menghabiskan kerja mem-puree. So minggu ni punye stok adalah puree Mixed Vege. Saya beli yang frozen mixed vege je. Saya tak stim pun. Terus blend je sebab nanti kan saya akan memasak semula setiap hari...
Subscribe to:
Posts (Atom)






