CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Search This Blog

Faeq Altamis

Fayyadh Alzam

Fizyanz Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

BENCINTA

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, June 15, 2011

Day 3 – Island Tour ~~ Phi Phi Island

Yeah!!! Hari yang di tunggu- tunggu telah tiba. Semalam sewaktu kami pusing-pusing Aonang, kami telah ushar2 pakej yang menseronokkan jiwa suami isteri ini untuk berlibur di laut dalam. Jalan punye jalan kami jumpa Island Tour pakej. Kami ambik dengan Aonang Photo Travel untuk pakej Phi Phi Island. Harga untuk pakej ni adalah THB900 per person. Waktu kami pergi ni time low season, tak tahu la pulak kami kalau time Peak season harga jadi menjulang mahal. Itu kami tak pasti.

Jadi seawal pukul 830 pagi kami dah tercongok tunggu orang pick up kami. Mudah sangat sebab dorang akan pick up di hotel. Jadi kamu tunggu je la kat lobi hotel tu secara berhemah pepagi buta.

IMG_3634Kemudian kami di bawa ke Aonang Beach untuk taklimat ringkas sambil tunggu lain2 orang.

IMG_3632 Sesudah itu kami di bawa ke bot untuk memulakan perjalanan seharian ni.

IMG_3635

Ok, suami sudah tak sabar nak ber wet aktiviti.

IMG_3636

Kami dalam bayang-bayang

IMG_3644

Di sini kita akan bermula

IMG_3647

Speed bot sedang menyusur pantai menuju ke pulau-pulau. Untung rezeki kami kami duduk di depan yang open air. Cuaca memang cerah panas tapi kami x takut hitam ke sun burn ke semata-mata mahu scan sume permandangan terhebat ciptaan Allah di lautan ini. Selain kami ada satu kapel Syria yang juga sedang berhoneymoon.

IMG_3650

Saya sudah lupa apa nama pulau ini. Tapi tak berhenti pun. Kite lalu je.. Mungkin Lohsamah Bay

IMG_3659

Menuju ke pulau itu untuk snokerling.

IMG_3666It’s Monkey Bay

IMG_3665

Suami sudah ready mahu terjun tiruk.

IMG_3678

Ok, suami sudah masuk air.. Ready for your snokerl darling…

IMG_3680

Untung ada sahabat sebot yang bawak roti jadi boleh jamu ikan-ikan makan. sangat cantik permandangan itu. Tapi sayang kamera tak berapa hebat nak snap

Dalam bot sambil2 tour guide tu sembang2, sambil la die tunjukkan picture pulau2 yang akan kami lawati. Antaranya :

IMG_3690

IMG_3695Viking Cave. Kat sini cume lalu dan tour guide kasi story je.. Tak mendekat pun. Kat sini tempat orang ambik sarang burung yang kalo jual memangla berharga beribu-ribu tu.

IMG_3691

IMG_3739

Maya Bay – Lokasi yang selalu jadi tumpuan artis2 Hollywood buat penggambaran filem. Pantai yang sangat cantik. Pasir putih jernih…

IMG_3714

Pileh Bay yang punye sangat fantastic lagoon. Ya Allah… sangat cantik…

IMG_3720

Lihat kejernihan airnya..

IMG_3725

Batu pun bole lihat dengan jelas. Cantik nye….

IMG_3689

Phi Phi Island yang di landa tsunami suatu masa dulu. Kat sini jugak kami akan berhenti untuk makan tengahari

IMG_3772

Kami menghampiri Phi Phi Island

IMG_3774

Semakin hampir. Kat sini, kami turun2 bot je ada la photographer yang snap picture. Ingat kan nak buat apa, Nasib kami pose cantik2. Rerupanya sebelum naik bot mereka jual picture kami yang dah siap2 print and frame. Kami beli la satu THB150 kalau tak silap. Buat kenang-kenangan..

IMG_3778

Di sekitar Phi Phi Island. Banyak dah kedai2 sama macam Walking Street kat Aonang.

IMG_3780

Scuba Diving bagi yang berminat.

IMG_3783

Kawasan utara Phi Phi Island sangat meriah orang bermandi manda dan bermain-main seperti main banana boat, kayak dan sebagainya.

IMG_3788

Hin Klarng for snorkerling lagi

IMG_3790

Ini landak laut kan…?? Alex dua kali tangkap benda ni tapi kali kedua baru dapat snap. Benda ni kalo kene kaki bahaya ok. Suami kena sedikit tapi takde apa yang mudarat. Syukran..

IMG_3794

Bamboo Island

IMG_3806

Last stop. Kat sini kami bermain berenang-berenang sambil layan air laut yang sedap cantik.. Mandi sampai penat.

Habis masa di Bamboo Island, kami beransur pulang. Sepanjang perjalanan kami di bekalkan air mineral yang super sejuk dan Coke juga. Dan lepas last stop di Bamboo Island, kami di hidangkan fresh fruit dan cake untuk alas perut. Amik pakej ni kami tak dah perlu risau tentang apa-apa. Pendek kata kamu datang bawak badan je pasal life jacket, mask/snorkel sume dorang sediakan.

Tiba di Aonang beach ada orang jemput kami untuk hantar pulang ke hotel semula. Happy sangat… Hampir pukul 5 jugak la kami tiba di hotel. Tapi sampai2 hotel suami isteri tak naik bilik terus. Kami terus je tuju pool sebab badan berlengas air laut. Jadi mahu bilas2 badan di pool sebentar.. Terjunnnnn!!!

p/s : highlt recomended kalo kamu datang sini pergi cari Aonang Photo Travel di sepanjang Aonang walking street untuk dapaykan pakej yang kamu suka dengan harga terhebat. Tour Guide kami si Alex juga super tip top dalam menjalan kan tugasnya. Kami sangat teruja dan gembira dengan Island Tour ini..

No comments:

Post a Comment