CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Search This Blog

Fizyanz Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

BENCINTA

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, May 19, 2015

Kurier dan service yang super bad

haaaaaa harini mmg nak amukan pasal kurier service. lama tak memblog. Ni muncul2 terus nak amukan..

ada 3 kerenah yang memang yan patut tulis untuk kenangan sepanjang hayat.

1) Easy Parcel
27/4 booking barang untuk pick up date 28/4. Tunggu sampai petang takde orang dtg pick up.  Dah chat dgn customer service and dorang dah emailkan ke kurier sepatutnye tapi still until 6pm takde orang pick up. Maka dorang cadangan untuk cancelkan sume booking tu dan tukar ke kurier lain. so booking 28/4 untuk pick up 29/4.

29/4 booking dengan Air pack via Easy Parcel. Pagi tu Airpack dah call kata hari ini akan pck up barang. So tunggu punya tunggu jam 5 masih belum pick up. Aihh ni naya lagi ni. so chat balik dengan Easy Parcel bila Airpak nak pick up. sekali jawapan yang dapat, Air pack tak cover alamat yan. Helloo..... game apa Airpak cuba buat ni. kalo tak cover apsal pagi tadi call tak bagitahu.. 

So dengan hati meluap-luap sebab dah 2 hari delay barang customer tak pos, customer dah tanya-tanya. terpaksa call mr Fizwan mintak dia kuarkan dulu few parcel. 

dah setel mintak tolong mr Fizwan pos kan, dia plak bole bantai p pakai pos laju. ya Allah urut dada mak ni.. 1 parcel kene rm100++ okeh. nak marah suami. tak marah mcm buat tindakan luar akal. yan memang menangis kot. sebab macam tak boleh ke buat tindakan waras,

Esoknya terus email ke Easy Parcel untuk batalkan semua booking dan mintak refund. Tapi jawapan dorang, dorang tak boleh bagi refund. dan sebab dan setengah bulan dorang pun tak nak take action, maka yan up issue ni sekarang. Ada lagi top up amount dgn Easy Parcel Rm100 dalam account tu.




Tu semua booking yang dah di cancel. 

Tu credit amount yang tak berganjak dan tak bole nak direfund.

Dan paling best hari khamis tu pulak, 2 kurier company yang yan book ari isnin, pick up selasa tu call kata nak pick up. sorang kata baru dpt email/ notification dari Easy Parcel. makanya yg Easy Parcel pung pang yan 2 3 hari lepas tu sbnrnye nak tutup salah sendiri ke apa. Yan bagitahu 2 org yang nk datang pick up tu, tak payah datang sebab dah takde barang. sume yan dah pos sendiri. 

Setelah email-email pun tak berhasil. maka terhasil la entry ini khas buat Easy Parcel


2) Nationwide
Masalah juga ni.. barang di post out dr Kelantan 13/5 tapi sampai 19/5 baru nak hegeh2 hantar. Itu pun setelah pagi2 hari tadi yan call dan buat report. mana barang apsal berhari2 tak sampai lagi. Cari dalam website Nationwide nombor telefon Nationwide Klang. Nmbor ada tapi takde dalam perkhidmatan. habis tu tu no main petik letak je ke apa. atau untuk display sahaja?


Nampak tu .. Janji dia A Promise Delivered.. tapi makan hari plus kene report dulu baru nak hantar

** call jam 9pagi, now jam 12 dah depan rumah. bole pun hantar... apsal 14,15 or 18hb taknak hantar Nationwide oiiiiiiii


3) City Link
Yan dah banyak kali order barang dan city link elok je hantar sehari . mcm pos hari ni esok sampai. 
tapi kali ni pos Ahad, Isnin tak sampai ok la takpe lagi. yan bole rilek sabar. 

Tapi pagi Selasa dia buat panas. Ofis person yang kat Saujana tu call, bagitahu barang yan akan resend esok (Rabu). pastu dia tanya yan ada rumah tak. Yan kata yan takde sebab yan keje. tapi rumah memang ada org. Then dia bole kata, dalam report tulis, barang tak dapat hantar sebab call takde orang jawab. PANGGGGGG !!!! macam hantu kak limah rasuk dalam badan. semalam yan memang tunggu mana2 kurier company call untuk tanya jalan ke rumah yan. tapi takde okeh. TAKDE sape yang call. Kurier man yang tak buat kerja, tak call, taknak hantar barang, senang2 tulis report cakap call tak berjawab. korang rasa??? 


Okeh, dah puas ati dapat simpan pengalaman scari ngeri macam ni. sekian......

Wednesday, March 18, 2015

Star Boot Camp by Tupperware Brands (DAY 2)

DAY 2 (14 Mac 2015)

Jam 8pg dah turun makan. Jam 930 aktiviti dah start.
Pagi ni setiap kumpulan kene buat demo Lunch N Learn
Demo Inspire, Lacto Fibre, BerryGen, VegeSafe, dan Income Set






And we are the top 3 achievers. YEAH!


Jam 11 tamat dan balik bilik. kang pukul 130ptg ada aktiviti team building plak. 
Saya kan masih ada bayi. Jadi stp slot yg free saya akan naik bilik dan do my pumping session. Alahai.. rindu anak2.. Ini pertama kali tinggal anak tinggal suami. 







Aktiviti Team Building ada 4 game. 
Piping, Transformers, Peguin & Spider

Usai team building, sume balik bilik dan bersiap sebab jam 7 kene gerak untuk makan nasi kandar di Kapitan. yeeeeeha

Nasi Kandar Kapitan

Balik hampir jam 10 mlm. time free n easy. nak lepak hard rock sebelah je hotel bay view ni..

Esok last day... byk lg task perlu diselesaikan. 

Monday, March 16, 2015

Star Boot Camp by Tupperware Brands

Alhamdulillah.. pencapaian yang sangat sangat besar pertama kalinya buat saya sejak setahun join & biz dengan Tupperware Brands.

Saya, salah seorang dari 68 3rd quarter SBC achiever Tupperware Brands Malaysia & Singapore yang layak dan terpilih ke STAR BOOT CAMP di Hotel Bay View, Penang pada 13-15 Mac 2015

So.. lets the journey begin.... 
13 Mac 2015

Pagi di Tupperware HQ, Subang

Bay View Hotel, Penang
Kami bertolak jam 815pg dr HQ dan terus ke Penang. Reach Penang around 2pm. sampai2 daftar, amik gift dan terus lunch. Lapo weyyyy.

Lepas makan kami di arahkan untuk masuk ke meeting room untuk memulakan sesi & program. program start with sesi briefing, sedikit pengenalan untuk run business, recognition untuk Nano Nature Water Filter achievers. dan pembahagian kumpulan.
Berkumpul di meeting room

Door Gift

Here I am
 Dalam jam 6 dpt kunci dan masuk bilik masing utk refresh dan sebagainya. Kene bersiap2 untuk turun makan dan jam 830mlm harus ada di bilik meeting untuk agihan tugas & perbincangan
Bilik Penginapan

Our room me n Hana

Friends

Our Team... FOUR FOUR FOUR. WE ARE THE BEST AMONG THE REST!!

Discussion time 

stress ke apa ni? hahaha
Kami balik bilik around 11pm. masing2 dah penat ngantuk sbb dr pagi tu travel.. esok. jam 930pg harus sudah berada di padang. See ya!!

Wednesday, February 25, 2015

Bersawang

Assalammualaikum... 

Lamanyaaaaa tak menulis di sini. Rindu nak berblog tapi itulah.. kekangan masa plus jarang2 buka laptop bagai.. 

Anak2 dah semakin membesar..

urusan harian semakin sibuk...

ehh yan skrg jual Tupperware tau. 

Kalo berminat bole jengah FB or PAGE yan

Jemput tengok Tupperware Product
Add Yan : https://www.facebook.com/nor.azian.yatimLIKE Page : https://www.facebook.com/tupperware.byfizyanz