CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Search This Blog

Fizyanz Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

BENCINTA

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, December 14, 2011

Cerita semalam

Pagi semalam di mulakan dengan cerita yang kurang indah. Sudah la terlewat bangun, bersiap laju2 lalu suami hantar ke stesyen bas. Dalam bas korek2 handbag, handphone alat komunikasi takde. OK FINE! Alat itu ada di rumah. Tertinggal la apa lagi..

Dalam perjalanan, bas seperti meragam manja. Dan akhirnya terkandas di Subang. ROSAK LA TU. Apa lagi kan? Jadi kena tunggu ihsan bas2 sejenama lalu. Bas yang datang itu PASTI penuh! Tiada prasangka.

Naik bas, pasti la berdiri sebab di Malaysia kan ramai lelaki durjana yang tak subur yang tak prihatin dengan penumpang yang lebih memerlukan. Tapi rezeki ibu hamil itu pasti Allah datangkan. Last2 Chinese girl yang baru terjaga dari tidur yang bagi saya seat. Lelaki yang duduk sebelah saya adalah lelaki yang sakit lutut saya kira sebab dia nampak saya tapi dia IGNORE saya. Tak apa la. REDHA...

Petang pulak jalan jem sikit. B4 keluar ofis dah bagitahu suami supaya jemput saya jam 730 di depan kedai mamak. Tapi akhirnya saya sampai pukul 8.

Mendengar cerita suami dalam kereta, saya rasa suami sangat cute sebab kalau kucing hilang anak, tapi ini suami hilang isteri:-P. Suami berpusing 1 stesyen bas cari saya. Meninjau semua bas2 yang lalu dan mengharap 4 bas yang datang itu akan memunculkan saya. Tapi rupanya bas ke-5 baru saya muncul. :-D

Kasihan suami mengejar setiap bas yang datang dan menantikan saya, isteri dia yang hamil tanpa handphone. Ada ke suami boleh terfikir yang saya dah balik naik teksi. Apakah? Seumur hidup saya tak pernah naik teksi sendiri balik ke rumah. Perghh...

Sayang suami much-much!


Sent using a sendiri punye Sony Ericsson mobile phone

Bas SERANAS Terbaik!

Terima kasih SERANAS kerana bagi service yang tip top! Saya mendapat akses yg mudah kerana pegang title ibu hamil.. Alhamdulillah, tuah badan walau sekecil zarah.

Pagi ni menanti dengan sabar depan pintu bas sbb lelaki durjana nk berebut tak sabar2 mahu naik bas. Jadi brother penjaga bas mintak driver buka pintu belakang supaya ibu hamil ini dapat naik cepat. Terima kasih brother penjaga bas dan terima kasih Allah atas nikmatnya..

Sesungguhnya hamil itu indah! Walau kena tendangan bayi, itu juga indah. ;-)

Sent using a sendiri punye Sony Ericsson mobile phone

Monday, December 5, 2011

Borong barangan bakal bayi

Semalam memborong barangan bakal bayi di Pureen Warehouse Sales. Sales ni start ari Sabtu tapi baru semalam berpeluang pergi sebab bakal bapa bayi kerja. Jadi semalam pagi2 sesubuh sunyi, dah get ready nak memborong. Siap dengan pegi breakfast apa sume, dalam kul 915 baru gerak. Tu pun sampai lokasi agak awal. Gate buka kul 10. Dah tak pasal jadi pak pacak di sinun. Kami pergi bawak mama sekali. Saya pasti, kalo nak harapkan bakal bapa bayi itu memang tinggal harapan la.. baik tak payah. Kang ada yg bawak balik habuan 50 rgt je... Tapi semalam sebab bawak mama, jumlah habuan menjadi bernilai 450 rgt. Hambek tu..... Pic non ado sbb sgt bz merembat. Dan juga lupa nk mensnap hasil borongan semalam. Tak apalah, lain kali kite cuba update pic di sini. Anyway jom buat check list benda apa yang kami berjaya bawa pulang semalam. 

1. Pakaian bayi - 23 pasang ++
2. Mitten & Booties - 8 pasang
3. Napkin - 1 pek of 10pcs
4. Diaper cover - >15 pcs
5. Handkerchief - 1 dozen
6. Nappy liner - 2 pack of 100pcs
7. Wet Tissue - 2 bottle of 200pcs + 2 pack of 60pcs
8. Nursing Bottle - 4 big bottle + 6 small bottle
9. Bekas makanan bayi - 1 pc
10. Mainan bayi - 2 pcs
11. Puting Extra - 3 packs
12. Changing Mat - 1 pc
13. Maternity pad - 1 pack
14. Washable nursing pad - 2 set
15. Spoon - 2 pcs
16. Disposable panties - 3 pack of 5pcs each
Mungkin ada barang kecik2 yang tertinggal catat. Tapi so far ini la dia barangan yang bernilai RM450 kesan dari memborong di Pureen Warehouse Sales. 

Saya sangat suggest kawan2 pergi memborong di sana kalau ada peluang sebab memang berbaloi2. Masakan tidak, seluar bayi baru RM1, baju RM3. Kalo yang comel-comel memang dah mix n match tu dalam RM8 ke atas. Untuk pakaian bayi yang berpuluh helai termasuk mitten, booties dan diaper cover tu, saya !@#$%^&* bayar RM185. Yang barang2 keperluan bayi yang lain2 tu adalah RM265. 

Pada saya, sudah cukup sume keperluan bakal bayi. Tinggal nanti nak cari set tilam bayi dan barangan mandian. Itu saja.... Alhamdulillah.. rezeki buat bakal bayi ini.

Monday, November 28, 2011

Tidak sihat !

Hari Sabtu kan saya kene kerja. Dari lepas zuhur di ofis tu mcm dah kene cirit birit. Tapi takdela rasa teruk sangat. Tapi rupenye membawa ke malam. Last malam tu, kene cirit birit, muntah dan terus menjadi lembik sambil meggigil-gigil. Badan juga sedikit panas. Tapi tak ke klinik pun, cume terus tido dan esok pagi mandi seperti selalu. Lepas mandi, breakfast masih juga melembik je. Take a nap plak.. Sudah bangan dan mandi lagi baru rasa lega dan segar sikit... Tapi sampai saat ini, masih tak boleh nak makan yang pelik2 sebab memanjang je rasa nak muntah. Esok ada cek up, harap2 sume ok. Risau juga ni... Doakan kami ya...

Friday, November 25, 2011

Pagi-pagi marah orang

Di pagi Jumaat yg penuh barakah ni, kenapa la nak buat saya marah. Tak perlu la.. kalau tak tau, cakap je tak tau. Jangan nak berlagak pandai. Saya bukan makan orang pun. Paling kuat dengar la bebelan saya yang penuh hikmat. Tu je. 

Mane yang kamu nak, kene tag dgn saya ke or nak kene tag dengan bos. Kesan ke atas diri sendiri. Itu kamu tanggung. Sudahla, sekarang nak habiskan kerja kamu yg tunggang langgang. Dah la buat salah, pastu menyusahkan saya. Kalo macam ni, kamu takde pun saya tak kisah.. Sebab kamu ada or tak, sama je menyusahkan saya. Duhhhhhh 

Wednesday, November 23, 2011

Banjir d pagi hari

6.30 pg - tengah bersiap nak pakai tudung, mr Fizwan yang dah keluar rumah nak g start enjin kete, jerit bgth kat luar banjir. Terkojut den. Hujan kah malam tadi? Tengok kat luar, nasib baik takdelah tinggi sangat air tu naik. Nasib kete motor sume selamat. Apa pun pagi2 hari dah kene harung air banjir. Duhhh kasihan ibu hamil ni.. :-o

Sent using a sendiri punye Sony Ericsson mobile phone

Saturday, November 19, 2011

Saya kini seorang ibu hamil

IMG_4309

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia dan segala rezeki Nya buat kami suami isteri seisi keluarga. Officially announce that I’m a mom-to-be. Saya sekarang di trimester kedua dengan usia kandungan 23 minggu. Insya Allah, another 4 mths to go dan EDD is 17 Mar 2011. It’s will be our baby anniversary.
Bayi ini akan menjadi hadiah perkahwinan yang terindah buat kami. Jadi tak mengapalah kalau di hari ulangtahun perkahwinan kami yang pertama tapi saya mungkin sedang sarat menunggu hari atau sedang menahan kesakitan untuk melahirkan atau pun juga saya sedang dalam tempoh berpantang. Apa saja kemungkinan ketika itu, saya tahu, saya sedang memberikan hadiah terindah buat kami.
Kami suami isteri sentiasa pohonkan agar kalian mendoakan kesejahteraan kami dan bakal bayi kami. Mudah-mudahan semuanya akan selamat hingga ke akhirnya…

Cameron Highland 2nd honeymoon trip

Picture sepanjang di Cameron Highland. Kalo syok sendiri, its will be a 2nd honeymoon trip. Aicehhhh.. Saje nak berjalan before deliver dan pastinye memang kami takde pelung nak sambut 1st anniversary sebab waktu tu saya sedang menuggu hari untuk melahirkan dan atau mungkin sedang dalam tempoh berpantang. Insya Allah..

Jadi ni sepanjang di Cameron trip . Yukkk jalan-jalan. Kami gerak dari rumah around 9am. Konon la nak gerak awal tapi kalo janji mr Fizwan selalunye memang kelaut. Jadi ikut la timing sendiri. Apadahal.. Kami naik ikut Tapah. Jalan berpinar berpusing-pusing tapi Alhamdulillah ibu hamil ni rilek bergaya hebat sebab langsung tak muntah, pening, mabuk atau apa sahaja. COOL!!

IMG_4259
 Ni masa odw nak naik puncak. Singgah di gerai-gerai orang asli kat tepi-tepi jalan tu. Tujuan nak beli madu untuk bakal baby nanti.. Katanye madu asli bukan campuran. So beli sebotol RM20.
 IMG_4277 IMG_4298
1st stop kami naik ke atas puncak ladang teh BOH. Kami stail singgah mane-mane je yang kami nampak signboard. 

IMG_4325
Lepas turun dari Ladang Teh BOH, kami turun dan singgah pulak di Taman Madu Lebah ni.

IMG_4329
Here is ladang teh Cameron Bharat. Singgah je masuk beli teh untuk bawak pulang sebab kami tak mahu la beli teh BOh. Itu kat darat sane pun banyak. KAHKAHKAH (mr Fizwan yang kata. bukan aiiii)

Usai dari situ kami terus mencari tempat makan dan lepas makan kite Check-in hotel. Lepas check-in room langsung tak keluar-keluar sebab macam penat dah berjalan. Jadi rilek-rilek tido, solat, Malam keluar cari makan malam dan pulang semula ke bilik sebab suami mahu layan bola Terengganu vs N.9. Derrrrrrr

Hari Ahad kami di mulakan dengan sarapan pagi di hotel. Dalam pukul 9, lepas siap berkemas, kami terus check out sbb plan nak naik ke Brinchang dan terus pulang. Memula kami singgah ke pasar pagi. Beli la segala souvenir bagai kat sini sume. Sayur n kaktus pun kami beli kat sini. 

IMG_4346

Kemudian habis sesi di pasar kami ke Kok Lim Strawberry Park. Kene bayar 20 rgt/1/2kg utk self plucking. Tapi dah alang-alang sampai, mesti la nak try jugak kan.. So layanzzzzzz
IMG_4363  IMG_4356

Lepas tu kite singgah ke Cactus Point. Sini bukan ada kaktus je, segala mcm bunga pun ada. Cantikkk IMG_4381 IMG_4368

Dan akhir sekali kami singgah ke Rose Valley. Masuk sini kene bayar 4rgt sorang. Tak boleh petik tapi bole tengok dan ambik gambar.. Penat sampai kejang perut dibuatnye.. Hik3…
IMG_4394IMG_4412 
 Habis pusing Rose Valey, jalan di kedai2 yang ada di situ, beli sikit sayur-sayuran untuk buah tangan. Dalam pukul 12 suku kami dah gerak balik. Alhamdulillah sepanjang di Cameron tak hujan lebat. Gerimis sikit2 tu adalah. Tapi sampai Tapah, hujan selebat2nye sampai tak nampak jalan nak drive. Jadi pemanduan kami sangat slow dan tiba di rumah around 6pm...

Thursday, October 20, 2011

Singgah kejap

Lama sangat saya biarkan blog ni berhabuk ditinggal sepi. Sekarang sedang mencari kekuatan supaya saya dapat update sikit2. Jadilah kan dari diam seribu bahasa. Selalu saya terpikir yang saya mahu update blog tapi apakan daya, bila tak hendak seribu dalih... memang benar kata peribahasa. Eicehhh!  Ok sudah, saya akan mengumpulkan ilham dan akan menconteng secara hebat nanti. One Day!! Insya Allah.....

Saturday, September 24, 2011

Permaisuri Sulung Jazwina & Firdaus


Alya Qaisara Firas

Just want to wish CONGRATES to both of mommy & daddy.

Semoga Alya akan membawa seribu kebahgiaan buat semua dan menjadi muslimah yang tinggi dengan akhlak dan budi pekerti yang mulia. 

Info of princess
  
I love dis photo. LOVE SO MUCH ! 

Monday, August 29, 2011