CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Search This Blog

Fizyanz Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

BENCINTA

Daisypath Friendship tickers

Thursday, October 31, 2013

.: Rumah :. Emosi dek kerana kerenah Lawyer

Mula2 saya nk buka kata dengan beristighfar...... Astagfirullahhalazim.......

Geram. Emosi. Menyampah. Kurang sabar.

Kenapa?? 

Sebab melayan kerenah lawyer firm dengan pihak owner yang !@#$%^&*(). Serius saya emosi dengan lawyer firm tu. Sebab??

Kronologi :

1/10/2013 -  Pergi lawyer firm dengan owner untuk draft SNP. Siap dapat bil untuk legal fees aggrement tu. Kami juga sempat bertanya, bile boleh sign SNP. Katanya dalam masa seminggu SNP boleh siap dan kami boleh datang sign. Dan kami request untuk datang sign hari Sabtu. PIC kata akan call kami once ready. OK, setel.

12/10/2013 - Suami kata boleh pergi sign hari ni. Dan nak jadi carita, sebelum pergi, kami call owner tanya dia jadi ke tak. Tup-tup owner kata dia lupa nak inform kami yang SNP not ready yet. DIAM....

14/10/2013 - Lawyer Firm dari pihak bank call bagitahu yang mereka dah dpt instruction letter utk prepare document. Dan saya bagitahu yang kami belum sign SNP lagi. Jadinya, pihak bank cuma mintak kami maklumkan kepada mereka if kami dah settle sign SNP apa bagai. 

17/10/2013 - Saya call terus PIC untuk tanya yang kami ni dah boleh sign SNP ke tak? Jawabnye... TAK BOLEH SEBAB SNP BELUM SIAP. (dah start emosi datang meluap2 sebab hari tu kemain janjinya kata seminggu dah bole siap). Saya tanya kenapa lambat? PIC kata dorang salah draft. So kene re-submit. Aih.... 

29/10/2013 - Saya call PIC d LF untuk pihak owner. Tanya samada dokumen dah siap ke belum. Dan kami terima jawapan yang doc hampir siap dan kami boleh sign by this week. Again, PIC cakap akan call kami once ready.

30/10/2013 - Owner sendiri yang sms suami bagitahu SNP dah siap dan bile kamu boleh nak pergi sign. Bila suami bagitahu saya, saya terus serah kuasa kat suami, suruh dia settlekan untuk set date apa sume. Saya dah malas nak fikir. (bertambah geram sebab PIC LF tu langsung tak pernah call kami untuk update status apa sume. Hoi!! kami bayar kot call charges!)

31/10/2013 - Sebenarnya saya masih keliru dengan proses sign2 aggreement ni. So, saya call LF bank dan tanya samada saya boleh sign agreement dengan mereka pada hari yang sama saya sign SNP ke tak. Dan jawapannya adalah TIDAK. Sebab sekarang ni, LF bank cuma dapat instruction letter dari pihak bank yang dorang kene sediakan doc untuk kami. Tapi mereka perlukan stamping SNP untuk butir2 lanjut mengenai rumah tu. OK, faham disitu.. maknanya kami memang kena settlekan satu2 la. Tak boleh nak cuti sehari dah buat sume sekali harung.


:nota kaki: suami masih belum fix date bile nak pergi sign SNP dgn LF. Sekian.....

Saturday, October 12, 2013

Budak Tepung Gomak

Ini la rupa budak yang suka lari kan diri bila nak bersiap untuk tido. Kitorang memang stail akan siram badan anak, tukar baju pampers apa sume setipa kali nak masuk tidur. Yela.. kan last dia mandi petangkan dalam kul 530 ke camtu. Jadi nye membawak ke malam hari nak tido kul 9 - 10 malam tu, saya rasa anak dah melekit belengas la sume. So memang wajib la kami wash up anak bagi dia rasa feeling great nak tido. Hahaha Tapi tu la, kadang-kadang memang bersilat la bersiapkan dia. Kita nak siap kan dia, yang dia sibuk nak lari main, maka inilah hasilnye... BUDAK TEPUNG GOMAK....




Monday, October 7, 2013

.: Rumah :. Jumpa Lawyer #1

1/10/2013 owner ajak kami ke pejabat lawyer untuk urusan SNP. Janji kul 2 tapinye dekat kul 3 gak la owner sampai. So, dah sampai sume, kami pun naik kat pejabat lawyer di Pel. Klang. Ok, jangan over, sebenarnya belum sign SNP ke apa lagi tapinye baru nak draft SNP. Dah disebabkan semua urusan cuma between owner dengan kami so, ada la sedikit lain prosesnye kalau beli dengan developer ke apa kan. Bile dah jumpa PIC tu, dia pun tanya la berapa harga rumah, nak letak berapa nama dalam SNP, berapa booking fees, macamane method untuk pembayaran 10% harga rumah tu. Dan untuk semua soalan tu, both parties ( kami dan owner) kene bersetuju supaya takde kes saman-menyaman ke, penalti ke apa di kemudian hari. PIC kata, dalam minggu depan SNP bole siap. So, ok la.. kita tunggu je la mereka call untuk hadirkan diri ke pejabat dan selesaikan urusan yang seterusnya. Dan, inilah masa kecairan wang akan berlaku sebab kami dah dapat bil untuk legal & lawyer fees... 


Thursday, October 3, 2013

.: Rumah :. Bank Islam (M) Bhd (BIMB) vs Bank Simpanan Nasional (BSN)

Kali ni saya nak share pasal housing loan dengan BIMB dan BSN. Dua ni je la saya bole cerita sebab hanya dua bank ni yang saya submit untuk housing loan tu. Sebelum tu saya nak bagitahu saya beli rumah sub-sale direct dengan owner. Bukan melalui developer. Jadi yang hendak menjadikan entry saya sebagai guideline, sesuaikan la dengan situasi korang samada korang beli direct ngan owner or agent or developer.

Dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan pinjaman perumahan / housing loan
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Slip gaji (3 bulan)
  • Penyata bank terkini dimana gaji di masukkan
  • Surat pengesahan majikan
  • EA Form
  • Penyata KWSP
  • SNP / SPA Agreement (untuk kes saya, saya mintak dari owner SNP owner tu dgn developer)
Selesai dengan dokumen, untuk pergi bank, korang kena tahu apa yang patut korang tanya kepada bank pasal housing loan ni. Selalunya bank memang akan terangkan sume tapi ye la kan, mungkin ada tertinggal mana-mana yang bank lupa nak bagitahu. So secara amnya, ini yang korang kena tahu/tanya bile nak bincang pasal housing loan ni.
  • Type of loan - korang tanya la samada loan tu Islamic ke Konvesional & berapa tahun pinjaman yang layak untuk korang
  • Interest rate - Tanya rate berapa, BLR berapa dan untuk Islamic pakej, selalunya dorang ada maksimum/capped rate. Macam sekarang Bank Negara announce rate 6.6% dan kalo bank cakap capped rate 10.75%, katala dlm masa 15 tahun Bank Negara umumkan rate 12%, maknenya korang cuma akan bayar 10.75% tu je. Kalo Bank Negara announce 5% maka kurang la nilai monthly korang nanti.
  • Margin of Financing - berapa banyak loan yang korang bole dapat
  • Lock-in-Period - Yang ni adalah di mana korang kene remain teruskan dengan bank tu untuk beberapa tahun. Contoh : Lock in period 5 tahun, makanya lepas 5 tahun baru la korang bole  nak refinance ke apa ke. Kalo kurang dari 5 tahun korang dah buat any changes, bank bole kena kan penalti. Itu termaktub dalam letter yang korang sign tu ye. 
  • Fees & Charges - Tanya apa lagi fees yang bank akan charge ke korang. Lawyer fee ke, Valuation fee ke, duti setem. Tanya la berapa anggaran kos. Selalunya bank letak dalam 5% dari harga rumah. Untuk kes rumah sub-sale, bank kene buat valuation untuk tentukan berapa harga rumah tu mengikut Market Value. 
  • The Bank - Study tentang bank yang korang nak buat loan tu. Maksudnya dia sini, korang kena la amik kira senang ke nk buat bayaran setiap bulan nanti. Kalo bank tu susah nak cari branchnya, ada ke cara lain yang boleh mudahkan urusan korang untuk bayar bulanan tu. Yela... ni kan 20-30 punya deal. Kalo susah nak jumpa bank, kang asik tertangguh bayar dah kene penalti plak kan. Rugi la kalo camtu.
 Ok, tu je la kot nak share. Jadi jom buat perbandingan between BSN dengan BIMB untuk rumah saya jenis apartment dengan harga RM130,000.

BSN (yang menjadi pilihan saya) :
  • Type of loan - 34 years Islamis Pakej capped @ 10.75%
  • Interest rate - 6.6% -2.2% = 4.4% with Zero Moving Cost
  • Margin of Financing - 90% + MRTA
  • Lock-in-Period - 5 tahun
  • Fees & Charges - FREE sebab saya ambik pakej Zero Moving Cost. Maksud ZMC di sini ialah, bank akan tanggung semua lawyer fees, duti setem, valuation fees dengan syarat saya kena guna lawyer panel BSN dan untuk kes rumah saya, BSN tak buat valuation kat rumah yang perolehi CF kurang dari 2 tahun. 
  • The Bank - BSN senang pada saya sebab hari2 pagi/ balik kerja memang akan lalu depan bank BSN. So bole bank in duit thru CDM je.
To share : rezeki saya, saya senang sangat berurusan dengan BSN. Saya submit doc 14/9, by 22/9 saya dah sign offer letter.

BIMB :
  • Type of loan - 35 years Islamic pakej
  • Interest rate - 6.6% -2.4% = 4.2% (ni corporate rate untuk company saya ye. Kalo tak saya pun tak pasti berapa rate dia)
  • Margin of Financing - 90%(house loan) + MRTA + Fees&charges =95% loan
  • Lock-in-Period - NO
  • Fees & Charges - 5% dari harga rumah termasuk valuation fees anggaran <RM1K (untuk kes saya)
  • The Bank - Pun mudah je sebab dekat dengan ofis saya ada CDM.
Ralat untuk share :  BIMB kena buat valuation ke atas rumah. Dan saya diberitahu valuer boleh bagi rumah saya tu RM120k. Owner nak jual RM130K. Kalau saya proceed loan dengan BIMB, maknenya saya kene tambah lagi duit sendiri untuk difference tu. Tak mampu la kan.. Banyak lagi nak setel dengan rumah tu nanti apa sume. So, saya cancel je deal dengan BIMB.

Wednesday, October 2, 2013

External Hardisk by DELL

Taraaaaaaaaaa dengan menggunakan skim EPP (staff price with Dell), makanya saya membeli External Hardisk ini. Harga asal RM319 tapi setelah di tolak staff diskaun sebanyak 22%, makanya ia cuma berharga RM248.++. Murah kan... owh lupa ini untuk size 1TB ye.. 

Masa saya buat order 27/9/2013, katanya expecting to deliver pada 4/10/2013. tapi tup-tup, pagi Isnin kelmarin saya dapat sms yg Dell nk deliver barang on 1/10/2013. Malangnye saya cuti hari tu. Jadi saya call Dell semula dan bagitahu mereka yang saya takde. So, dorang reshedule untuk hantar 2/10/2013. And now, its in my hand... yada yada....