CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Search This Blog

Fizyanz Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

BENCINTA

Daisypath Friendship tickers

Friday, September 20, 2013

Diam Sepi..

Salam semua...

Lama betul saya tak update blog. Sebenarnye banyak je nak cite n share sume tapi tu lah semuanya plan ke laut. Nanti, saya cuba sedaya upaya transfer picca dulu then up satu-satu entry.Siap backdated punye lagi nanti sbb takmo lost track. hihi..

BYE!

Sunday, September 15, 2013

.: Rumah :. Housing Loan / Pinjaman Perumahan / Pembiayaan Perumahan

Bercerita part yang getir dalam urusan jual beli ni adalah sesi mengushar dan study tentang Housing Loan / Pinjaman Perumahan / Pembiayaan Perumahan. Hari Selasa start kerja saya mengoogle cara-cara membuat pinjaman perumahan. Apa dokumen yang di perlukan apa sume. Dan saya belajar yang rumah saya itu jatuh di bawah kategori rumah sub-sale walaupun rumah tu baru dapat CF tapi bila rumah dah siap 100% ia dikira rumah sub-sale. OK, noted. Dan akhirnya saya belajar banyak benda di web imoney. Saya ushar BLR interest rate semua melalui page imoney tu. Saya print mortgage calculator untuk buat perbandigan interest rate di semua bank di Malaysia.
 

Selain tu saya ada jugak pergi ke bank-bank yang dekat dengan ofis saya ni untuk tanya rate jugak. 1st saya tuju ke Maybank. Sembang-sembang, Maybank bagi rate 6.6%-1.6%=5%. Agak tinggi sebenarnya. Dan dalam masa yang sama, saya suh maybank kirakan untuk saya adakah saya layak untuk submit housing loan ni dengan income yang saya ada sekarang. Lepas sales person tu tekan2 kalkulator maka dia mengisytiharkan saya amat layak. Alhamdulillah... lega sikit hati ni sebab sebelum ni macam was-was la jugak. Tertanya-tanya lepas ke saya nak buat housing loan ni. 

Selain Maybank, saya ada jugak pergi Hong Leong bank and rate HL 6.6% -2%=4.6%. Ehh ok jugak ni. Murah la sikit dari Maybank tadi. Lepas lunch saya sembang2 dengan kawan dan kawan bagitahu kat Bank Islam (BIMB) bole dapat corporate rate 4.2% katanya. Wahhh menarik nih. Terus mintak kawan tu contact no orang BIMB. Saya dengan laju terus call dan di sebabkan sume dokumen sudah ada di tangan, makanya saya decide nak jumpa dia lepas kerja nanti. Kebetulan dia d branch KL Sentral. So bole la saya drop by kejap kan. Call-call, sms-sms dia kata akan jemput saya di stesen LRT Kl Sentral sebab ofis dia agak tersorok. Nak direct pun susah. jadinye saya pun tunggu la dan kemudain pergi ofis dia bincang diskas tanya-tanya apa yang patut. Ada 1 doc yang saya pending dan janji akan submit on Friday minggu tu. Saya takde la jumpa dia lagi. Just email je doc tu sume.

Hari Jumaat tu jugak duk FB msg dengan si Awin. Dia kan baru je setel hal rumah sub-sale jugak. Tapi dia beli rumah teres. So, saya pun duk la cite-cite, tanya-tanya pasal housing loan dia. Katanya dia buat dengan BSN. Saya tanya la rate berapa dan katanya rate 6.6%-2.2%=4.4% with Zero Moving Cost. Wahhhhhhhhh menarik bunyinye tuh. Makanya dengan bantuan rakan sekali lagi saya mintak contact no PIC. Terus dengan pantas saya call n make a deal nak jumpa esok (Sabtu) sebab bila saya tanya nak jumpa non-working hours bole ke? Bole katanya. So, esok pagi jam 10 akan bertemu di PKNS Shah Alam.