CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Search This Blog

Fizyanz Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

BENCINTA

Daisypath Friendship tickers

Monday, October 29, 2012

Puree Bayam, Labu dan Brokoli

Minggu ni bonda kerja keras sikit sebab kene buat banyak jenis puree. Semalam pegi Econsave dan membeli bahan-bahan nak membuat puree ni. 

Itu dia puree untuk minggu ini. Bayam, labu dan brokoli

Brokoli yang telah di stim & blend

Saya packing dalam plastik kecik2 macam ni sebab nak jimat ruang. Walaupun ada DF tapi tetapla takde space nak masuk barang lain selain susu. 1 pek kecik tu memang dah sukat siap2 untuk sekali masak.

Labu

Stim Labu

Bayam

Labu & Brokoli in packaging


 
Inilah hasilnya.. bole makan 1-2 minggu ni...

Cara buat puree ni, saya cuma cuci bersih sayur2an tu, potong kecil dan stimkan. Lepas stim blend dan masukkan dalam pinggan untuk sejukkan dulu sebelum saya packing.



Friday, October 26, 2012

From the Top Station, Panorama Langkawi Cable Car

Bergambar dari puncak Cable Car Langkawi...

Tengah queue nak naik cable car

Taraaa dah depan mata ni. tinggal naik ni je. Tak saba Tak saba


Here we are......

1st pit stop

Continue to next pit stop

Inilah puncaknye

Sebenarnya boleh lalu tapi masa ni tengah under renovation

Jom panjat lagi puncak

Yada yadaaaaaa

Peti surat dari puncak
Ini harga tiket
Untung masa kami naik tak terlalu lama nak beratur. Agak cepat jugak. Walaupun waktu tu ramai jugak pelancong dan sekolah-sekolah yang buat rombongan tapi x terlalu menjengkelkan la untuk tunggu. Macamanala yang time-time cuti sekolah dan public holiday tu kan. Masak la beratur.... 

:: nota :: mama tak ikut naik. Takutla tuhhhh So mama kata dia nak pusing2 dibawah je. Ok maaaaaa see you nanti...


Thursday, October 25, 2012

Makam Mahsuri @ Kota Mahsuri

Nak pergi makan Mahsuri ni sesat barat la jugak. Memula dah sampai sini. Tapi kat signboard tulis Kota Mahsuri. Ehh betul ke tak tempat ni. Kami turun la jugak tengok entrance kena bayar fee la. Pastu macam tak jaid masuk sebab was-was betul ke ini tempatnya kubur Mahsuri tu. Dan kami pun jalan ke kedai2 depan tu dan naik kereta balik nak tuju ke tempat lain. 

Lepas kami ke Telaga Air Hangat & Pantai Pasir Hitam baru kami ke sini semula sebab lepas tanya2 dengan akak makcik kat Telaga Air Hangat tu, betul ke Kota Mahsuri tu makam Mahsuri? Sekali iyaaa katanya. Tu yang gigih berpatah jugak sebab kalau tak pegi rugila kan..  So kali kedua baru la kami bayar entrance dan masuk melawat kawasan makam.






:: nota :: Eh tak dimasukkan pulak pic di dalam kawasan.. Ni mesti Mr Fizwan tak habis transfer pic ni.. Aiyooooo sekian wasalam jela...

Meng"GAMAT' di Langkawi

Gamat dan Langkawi memangla tak dapat di pisahkan. Kalo datang Langkawi memang wajib beli gamat. Kalo nak borong gamat wajib datang Langkawi. Tu diaaaaa



Kawah masak gamat

Gamat yang di awetkan

Ini kawah masak gamat di gamat Nusantara.


Tugu gamat

Mama mencuba mencelop jari di kawah gamat. Kan orang kata celup tangan kat kawah gamat ni x melecurkan... So mama nak la try. Hahaha

Kitorang memang agak memborong gamat ni. Tapi beli jenama lain-lain. Beli jenama ni sikit, jenama tu sikit, jenama nun sikit. Adala few jenama jugak. Biasala.. Buah tangan untuk handai taulan. Jadi ler....

Wednesday, October 24, 2012

Idaman Suri @ Langkawi

Idaman Suri pun kami dah sampai on 1st day. Lepas keluar dari HIG tanpa tujuan dan arah jalan yang jelas, suami main tekan pedal minyak je. Terus punya terus, terus terjumpa Idaman Suri. Makanya terus ajak suami singgah. Nak tengok apa yang patut dulu. Faeq, sila ikut daddy sebab bonda bz nak melihat2. Tau la kan.. Sini banyak barang kaca. Kang kalo terleka mau di grabnya confirm nangis mak nanti..

Owhh saya jatuh cinta sama periuk Pyrex ini. Saya mahu ini untuk masak bubur Faeq. Nak nak nak....

Tu diaaaaa berderet pinggan mangkuk yang ada. Sediakan duit saja. Lepas tu bole angkat semua.

Mentang2 1st day rajin la daddy nak snap segala sudut. Kita tengok esok lusa, ada ke tidak die menyenap tu...

Meja untuk cek barang dan packing

Melamine..


Buffet set n cutlery set

Dulang hidang

Sekitar indoor. Tengok semua apa yang patut...




Tuesday, October 23, 2012

Haji Ismail Group @ Langkawi

Hari pertama sampai dah terjah HIG ni. Tujuan utama nak cari periuk kecik tuk masak bubur bayi nnt. Kebetulan homestay yang kami sewa tu atas sikit je dari HIG ni. Pendek kata ni lah salah satu jalan nak balik ke homestay itu.

Dah alang2 masuk tu survey la terus apa yang patut. Pusing2 tengok apa yang boleh di beli dan di bawa pulang. 1st attack is Coklat! Dan beli jugak sikit untuk makan2 di homestay nanti.


Lihat tuala mandi dan hanfkerchief untuk Faeq tapi tak berapa menarik perhatian saya.

Jadi join mama tengok2 kain batik. Kami beli sorang selai sebab kan tak bawak baju banyak. So kenala beli kain batik untuk pakai kat umah nanti. :-)

Owh depan HIG ni adalab Langkawi SAGA. Masuk la jugak kejap tapi tak berapa nak menarik. Hiks...