CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Search This Blog

Fizyanz Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

BENCINTA

Daisypath Friendship tickers

Thursday, February 28, 2013

Expired EBM


Ini expired EBM yang terpaksa kami lantingkan. Ada dalam 64oz in total untuk di lantingkan. Dah 6mths dlm DF. Sayang tu memang sayang la tapi takkan nak bagi anak minum expired EBM plak kan... xpe.. Redha. Semoga Allah murahkan rezki kami dan permudahkan perjalanan breastfeeding kami sampai Faeq 2 tahun. Itu azam saya.. 
Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, February 26, 2013

Al-Mathurat

Jom install al-Ma'thurat Ustaz Don, boleh download PERCUMA di sini http://bit.ly/m-mathurat ... @almathurat #almathurat @mmathurat

Kepada semua kawan2 yang ada smartfone canggih manggih, marilah sama2 kita manfaatkannya dengan mendownload apps m-mathurat ni. Dah la siap alunan suara Ustaz Don.

Saya dah download. Dan juga cuba berjinak2 mengamalkan membacanya setiap pagi dan petang. Semoga dapat istiqamah. Jom kawan2....

Monday, February 4, 2013

Stok seminggu dua

Semalam adalah Ahad seperti yang lalu2 juga. Dipenuhi dengan kerja2 rumah yang tak pernah habis. Tapi seronok sebab semalam gigih merestock baby puree. Dan dengan jayanya bonda ini menukar selera lauk pauk anak. Semalam saya sediakan 3 jenis puri untuk stok seminggu dua. Insya Allah cukupla tu. Sebab hujung minggu ni pun nak balik kampung. Makanya memang nanti tak sempatla nak mem'puri' kan. So hasil minggu ni adalah:

1. Salmon + mixed vege
2. Ayam + kentang + baby carrot + kacang buncis
3. Bayam + cauliflower

Setakat ini memang saya belum mencampurkan benda2 lain. Belum menggoreng, menumis dan sebagainya. Sekarang gigi bayi baru nak masuk 4 batang. Kang dah agak2 nak penuh gigi dan boleh makan nasi barula saya menumis, mensup dan yang seumpamanya. Jadi semua bahan2 di atas saya cuma stim,blend dan froze kan. Itu sahaja....

Friday, February 1, 2013

Cara saya menyediakan solid food baby

Lain orang lain caranya sediakan makanan bayi kan. Maklumlah masing2 adalah mak bekerjaya. Jadi masa agak terhad. Tapi masih mahu lakukan & sediakan yang terbaik untuk bayi. Masa memula nak start bagi Faeq solid food, puas jugak saya study camne cara terbaik untuk saya lakukan sebab dari pembacaan ada yang sediakan puree setiap minggu sekali dengan nasi. Jadi setiap hari tinggal panaskan je portion yang dah disediakan. Dan Alhamdulillah.. sebab Faeq, mama yang jaga, dan setelah berbincang dengan mama, maka saya decide untuk buat asing-asing. Beras dan puree.

First in 3weeks time, saya akan amik dalam 3tin beras (kat rumah saya sukat beras pakai tin susu pekat tu). Basuh bersih-bersih dan kemudian jemur. Part jemur dan keringkan beras agak mencabar sebab bergantung pada cuaca la kan. Kadang2 makan hari baru betul2 kering. Or kalo nak cepat, ada orang sangar (goreng tanpa minyak). dah kering saya akan blen ikut kehalusan sesuai untuk beri anak makan. Dah tu, simpan dalam bekas berpenutup dan storage dalam peti sejuk ye.. Setiap kalo nak masak just amik la beberapa sudu beras tu, masuk periuk, masuk air, tanak atas dapur. Bile dah nak kering, masukkan pulak puree yang dah dibuat tu. kacau2 sampai sebati dan siap...... Selalunya saya akan masak untuk Faeq makan tengahari dan malam. Petang nanti panaskan je dan bole makan lagi. nyummmmm nyummmmmm