CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Search This Blog

Fizyanz Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

BENCINTA

Daisypath Friendship tickers

Friday, February 1, 2013

Cara saya menyediakan solid food baby

Lain orang lain caranya sediakan makanan bayi kan. Maklumlah masing2 adalah mak bekerjaya. Jadi masa agak terhad. Tapi masih mahu lakukan & sediakan yang terbaik untuk bayi. Masa memula nak start bagi Faeq solid food, puas jugak saya study camne cara terbaik untuk saya lakukan sebab dari pembacaan ada yang sediakan puree setiap minggu sekali dengan nasi. Jadi setiap hari tinggal panaskan je portion yang dah disediakan. Dan Alhamdulillah.. sebab Faeq, mama yang jaga, dan setelah berbincang dengan mama, maka saya decide untuk buat asing-asing. Beras dan puree.

First in 3weeks time, saya akan amik dalam 3tin beras (kat rumah saya sukat beras pakai tin susu pekat tu). Basuh bersih-bersih dan kemudian jemur. Part jemur dan keringkan beras agak mencabar sebab bergantung pada cuaca la kan. Kadang2 makan hari baru betul2 kering. Or kalo nak cepat, ada orang sangar (goreng tanpa minyak). dah kering saya akan blen ikut kehalusan sesuai untuk beri anak makan. Dah tu, simpan dalam bekas berpenutup dan storage dalam peti sejuk ye.. Setiap kalo nak masak just amik la beberapa sudu beras tu, masuk periuk, masuk air, tanak atas dapur. Bile dah nak kering, masukkan pulak puree yang dah dibuat tu. kacau2 sampai sebati dan siap...... Selalunya saya akan masak untuk Faeq makan tengahari dan malam. Petang nanti panaskan je dan bole makan lagi. nyummmmm nyummmmmm

No comments:

Post a Comment