CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Search This Blog

Fizyanz Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

BENCINTA

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, June 15, 2011

Day 3 – Island Tour ~~ Phi Phi Island

Yeah!!! Hari yang di tunggu- tunggu telah tiba. Semalam sewaktu kami pusing-pusing Aonang, kami telah ushar2 pakej yang menseronokkan jiwa suami isteri ini untuk berlibur di laut dalam. Jalan punye jalan kami jumpa Island Tour pakej. Kami ambik dengan Aonang Photo Travel untuk pakej Phi Phi Island. Harga untuk pakej ni adalah THB900 per person. Waktu kami pergi ni time low season, tak tahu la pulak kami kalau time Peak season harga jadi menjulang mahal. Itu kami tak pasti.

Jadi seawal pukul 830 pagi kami dah tercongok tunggu orang pick up kami. Mudah sangat sebab dorang akan pick up di hotel. Jadi kamu tunggu je la kat lobi hotel tu secara berhemah pepagi buta.

IMG_3634Kemudian kami di bawa ke Aonang Beach untuk taklimat ringkas sambil tunggu lain2 orang.

IMG_3632 Sesudah itu kami di bawa ke bot untuk memulakan perjalanan seharian ni.

IMG_3635

Ok, suami sudah tak sabar nak ber wet aktiviti.

IMG_3636

Kami dalam bayang-bayang

IMG_3644

Di sini kita akan bermula

IMG_3647

Speed bot sedang menyusur pantai menuju ke pulau-pulau. Untung rezeki kami kami duduk di depan yang open air. Cuaca memang cerah panas tapi kami x takut hitam ke sun burn ke semata-mata mahu scan sume permandangan terhebat ciptaan Allah di lautan ini. Selain kami ada satu kapel Syria yang juga sedang berhoneymoon.

IMG_3650

Saya sudah lupa apa nama pulau ini. Tapi tak berhenti pun. Kite lalu je.. Mungkin Lohsamah Bay

IMG_3659

Menuju ke pulau itu untuk snokerling.

IMG_3666It’s Monkey Bay

IMG_3665

Suami sudah ready mahu terjun tiruk.

IMG_3678

Ok, suami sudah masuk air.. Ready for your snokerl darling…

IMG_3680

Untung ada sahabat sebot yang bawak roti jadi boleh jamu ikan-ikan makan. sangat cantik permandangan itu. Tapi sayang kamera tak berapa hebat nak snap

Dalam bot sambil2 tour guide tu sembang2, sambil la die tunjukkan picture pulau2 yang akan kami lawati. Antaranya :

IMG_3690

IMG_3695Viking Cave. Kat sini cume lalu dan tour guide kasi story je.. Tak mendekat pun. Kat sini tempat orang ambik sarang burung yang kalo jual memangla berharga beribu-ribu tu.

IMG_3691

IMG_3739

Maya Bay – Lokasi yang selalu jadi tumpuan artis2 Hollywood buat penggambaran filem. Pantai yang sangat cantik. Pasir putih jernih…

IMG_3714

Pileh Bay yang punye sangat fantastic lagoon. Ya Allah… sangat cantik…

IMG_3720

Lihat kejernihan airnya..

IMG_3725

Batu pun bole lihat dengan jelas. Cantik nye….

IMG_3689

Phi Phi Island yang di landa tsunami suatu masa dulu. Kat sini jugak kami akan berhenti untuk makan tengahari

IMG_3772

Kami menghampiri Phi Phi Island

IMG_3774

Semakin hampir. Kat sini, kami turun2 bot je ada la photographer yang snap picture. Ingat kan nak buat apa, Nasib kami pose cantik2. Rerupanya sebelum naik bot mereka jual picture kami yang dah siap2 print and frame. Kami beli la satu THB150 kalau tak silap. Buat kenang-kenangan..

IMG_3778

Di sekitar Phi Phi Island. Banyak dah kedai2 sama macam Walking Street kat Aonang.

IMG_3780

Scuba Diving bagi yang berminat.

IMG_3783

Kawasan utara Phi Phi Island sangat meriah orang bermandi manda dan bermain-main seperti main banana boat, kayak dan sebagainya.

IMG_3788

Hin Klarng for snorkerling lagi

IMG_3790

Ini landak laut kan…?? Alex dua kali tangkap benda ni tapi kali kedua baru dapat snap. Benda ni kalo kene kaki bahaya ok. Suami kena sedikit tapi takde apa yang mudarat. Syukran..

IMG_3794

Bamboo Island

IMG_3806

Last stop. Kat sini kami bermain berenang-berenang sambil layan air laut yang sedap cantik.. Mandi sampai penat.

Habis masa di Bamboo Island, kami beransur pulang. Sepanjang perjalanan kami di bekalkan air mineral yang super sejuk dan Coke juga. Dan lepas last stop di Bamboo Island, kami di hidangkan fresh fruit dan cake untuk alas perut. Amik pakej ni kami tak dah perlu risau tentang apa-apa. Pendek kata kamu datang bawak badan je pasal life jacket, mask/snorkel sume dorang sediakan.

Tiba di Aonang beach ada orang jemput kami untuk hantar pulang ke hotel semula. Happy sangat… Hampir pukul 5 jugak la kami tiba di hotel. Tapi sampai2 hotel suami isteri tak naik bilik terus. Kami terus je tuju pool sebab badan berlengas air laut. Jadi mahu bilas2 badan di pool sebentar.. Terjunnnnn!!!

p/s : highlt recomended kalo kamu datang sini pergi cari Aonang Photo Travel di sepanjang Aonang walking street untuk dapaykan pakej yang kamu suka dengan harga terhebat. Tour Guide kami si Alex juga super tip top dalam menjalan kan tugasnya. Kami sangat teruja dan gembira dengan Island Tour ini..

Tuesday, June 14, 2011

Day 2 - Free and Easy Activity

Ewahhh tajuk x bole blah ok…macam la saya pakai tourist guide yang siap ada itinerary. Takla… kami cume jalan2 sendiri mengikut jadual sendiri. Jadi ini hari kedua kami di sini. Kami rancang cume mahu berfree & easy sahaja hari ni.  

Bangun pagi2 nak mencari sarapan. Terfikir2 apa ada sarapan kat Krabi ni. Kot2 boleh terjumpa nasi lemak ke, lontong ke, roti canai ke. Last2, nak tau apa yang kami ?? jumpa ni haaaaa.. seperti di bawah ni..Party smile
IMG_3507
Cer teka apa tu?? Sampai2 kedai makan tu, kami terus je tanye apa menda menu dorang ari ni. So bile dengar macam ok je menu ni, kami pun order la.. Sekali sampai2 je hidangan tu ia adalah nasi ayam da…. Tergelak2 suami isteri ni di buatnye. Tapi memang sedap. Masa menaip ni terus terasa2 kat tekak nasi ayam die.. perghhh sambal die terbaik wok!!

IMG_3508
Nasi Ayam

IMG_3511
Milo Panas

IMG_3509
Ni la kedai makan tu.

Sesudah habis makan kami mulakan ekspedisi mencari souvenir buat keluarga dan rakan2 di sekitar walking street Aonang ni. Habis mencari souvenir kami pegi pusing2 Aonang. Mari saya bawa kamu jalan2…
IMG_3512
PANTAI - snap dari atas motor je..

IMG_3513
Area Walking Street yang sunyi di siang hari dan TukTuk berehat

IMG_3514
Huurmm kenapa benda tu kat situ? Ntah  x tahu,,, Depan hotel Aonang resort kalo x silap.

IMG_3518
TukTuk Hijau.

IMG_3522
Di tempat membaiki bot 

IMG_3525
Monkey ke siamang ke hapa ntah x tahu di tempat parking motor di Jeti

IMG_3528
Kawasan Jeti

IMG_3530
Ini mungkin pelancong2 yang baru tiba dari Phuket/PhiPhi Island.

Yer… dari Krabi ni kalo nk terus ke Phuket pun aci yer sebab ada Feri transfer. So kalo yang bercita2 nak duduk Krabi seminggu baik tak payah la. Lagi bagus kamu sekali harung stay kat Krabi 3 hari and Phuket 4 hari ke camtu.

IMG_3532
Bot2 yang bawak tourist to Island trip

IMG_3536
Itu suamiku!

IMG_3539
Selain naik speed boat, bole jugak pilih naik long boat ni…

IMG_3543
Huh Eksen je tu.. Ni kalo tetibe kene kejar dengan kayu. Tau la.. maknenye nek motor orang2 posing2 tak mintak izin.Open-mouthed smile

IMG_3547
Kedai menjual makanan di kaki lima memang bersepah.. Kamu tengok la mana yang kamu rasa yakin halal. Tapi selalunye kedai yang halal dorang akan tulis siap2 Muslim / Halal. Gituuu

IMG_3549
Menikmati angin tengahari.. I like dis shoot. NICE!!

IMG_3553
Pantai di depan hotel kami… 

IMG_3515
Jalan punya jalan, dah tengahari tapi perut kenyang lagi. Jadi kami beli roti dan makanan ringan kat sini kot nanti lepak2 kat bilik terasa lapar plak.. Matahari dah atas kepala dan nak masuk waktu zuhur, kami beransur dulu nak solat zuhur dan berehat2. 

IMG_3558
Tapi sebelum pulang, kami singgah pasar dulu. Ni pasar dorang. Tak tahu la pasar ni sebenarnye meriah pagi ke malam. Sebab waktu kami pergi tengahari tu memang dah lengang sunyi tempat ni.

IMG_3559
Tu dia buah-buahan.. Nak beli buat kunyah2 dekat bilik nanti

IMG_3560
Kami beli durian 

IMG_3562
dan mangga manis

So menjelang zuhur kami lepak2 sambil makan-makan kat bilik dan kemudian pegi berenang kat pool.

Dan lepas Asar terus solat dan siap2 untuk keluar dan cari makan untuk makan malam sebab motor nak return jam 6 ptg nanti. Jadi malam ni kene berehat tak perlu ke mana-mana sebab esok pagi2 kami ada Island Tour. Yuhuu Island with a palm tree

IMG_3563 (2)
This is a one of the makanan unik yang kami try dekat sini. Dia panggil makanan ni laksa. Dan bile penjual tu sebut laksa, sure la saya terbayang2 laksa Malaysia kan. Tapi silap. Pasal laksa dorang ni adalah bihun dan boleh pilih sama ada nak kuah tomyam or kuah merah macam asam pedas tu or kari ayam or masak lemak cili api. Nama dorang sebut lain la tapi saya terang siap2 camne rupa kuah dorang tu. Jadi saya try yang macam asam pedas tu dan suami try kuah lemak. Ternyata yang suami pilih lebih sedap dari pilihan saya.Winking smile

Kamu nampak tak yang ada ulam sayur2 kat pic tu? Tu macam rencah tambahan la nak bagi sedap. Kalo kite kat Malaysia biasa duk taruk daun sup ke daun bawang, tauge, tauhu camtu la kaedahnye tapi dorang ada jugak tauge tu, ada nanas, kacang panjang, cili potong, telur rebus and a few ulam2 la. Sape pegi sini make sure try ye.. SEDAP!

IMG_3571
Siang2 lengang je jalan ni. Cer kamu pegi malam tengok, bz ok…


IMG_3576 IMG_3576 
Ok, parking motor sebentar disini. Kite pegi jalan menyusur pantai sambil ambil angin petang.. 

IMG_3579
Map yang ada di merata sepanjang Aonang ni. Jadi bole tengok kamu di mana kalo kamu sesat tak jumpa hotel.Disappointed smile
IMG_3583IMG_3589
Mr Fizwan berjalan mencari Cintanya.. 
Dimana Cinta nya?? Cintanya sedang mensnap dia la.

IMG_3598
Orang ini dari pagi tadi menahan jiwa nak jejak air laut tu. Tapi saya halang. Saya bilang tunggu Island Tour je nnt baru kita jejak. Kasihan… jadi bile ada dapat peluang turun pantai nak jugak la die cecah kaki ke air laut tu. HUH!

IMG_3608
Kami menikmati Sunset sambil main2 pasir, baling pasir, berlari berkejaran dan akhirnya jatuh terduduk sambil gelak2… Its sweet…

IMG_3612
FIZYANZ
With Love
22 –25 May 2011
KRABI