CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Search This Blog

Fizyanz Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

BENCINTA

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, December 14, 2011

Cerita semalam

Pagi semalam di mulakan dengan cerita yang kurang indah. Sudah la terlewat bangun, bersiap laju2 lalu suami hantar ke stesyen bas. Dalam bas korek2 handbag, handphone alat komunikasi takde. OK FINE! Alat itu ada di rumah. Tertinggal la apa lagi..

Dalam perjalanan, bas seperti meragam manja. Dan akhirnya terkandas di Subang. ROSAK LA TU. Apa lagi kan? Jadi kena tunggu ihsan bas2 sejenama lalu. Bas yang datang itu PASTI penuh! Tiada prasangka.

Naik bas, pasti la berdiri sebab di Malaysia kan ramai lelaki durjana yang tak subur yang tak prihatin dengan penumpang yang lebih memerlukan. Tapi rezeki ibu hamil itu pasti Allah datangkan. Last2 Chinese girl yang baru terjaga dari tidur yang bagi saya seat. Lelaki yang duduk sebelah saya adalah lelaki yang sakit lutut saya kira sebab dia nampak saya tapi dia IGNORE saya. Tak apa la. REDHA...

Petang pulak jalan jem sikit. B4 keluar ofis dah bagitahu suami supaya jemput saya jam 730 di depan kedai mamak. Tapi akhirnya saya sampai pukul 8.

Mendengar cerita suami dalam kereta, saya rasa suami sangat cute sebab kalau kucing hilang anak, tapi ini suami hilang isteri:-P. Suami berpusing 1 stesyen bas cari saya. Meninjau semua bas2 yang lalu dan mengharap 4 bas yang datang itu akan memunculkan saya. Tapi rupanya bas ke-5 baru saya muncul. :-D

Kasihan suami mengejar setiap bas yang datang dan menantikan saya, isteri dia yang hamil tanpa handphone. Ada ke suami boleh terfikir yang saya dah balik naik teksi. Apakah? Seumur hidup saya tak pernah naik teksi sendiri balik ke rumah. Perghh...

Sayang suami much-much!


Sent using a sendiri punye Sony Ericsson mobile phone

Bas SERANAS Terbaik!

Terima kasih SERANAS kerana bagi service yang tip top! Saya mendapat akses yg mudah kerana pegang title ibu hamil.. Alhamdulillah, tuah badan walau sekecil zarah.

Pagi ni menanti dengan sabar depan pintu bas sbb lelaki durjana nk berebut tak sabar2 mahu naik bas. Jadi brother penjaga bas mintak driver buka pintu belakang supaya ibu hamil ini dapat naik cepat. Terima kasih brother penjaga bas dan terima kasih Allah atas nikmatnya..

Sesungguhnya hamil itu indah! Walau kena tendangan bayi, itu juga indah. ;-)

Sent using a sendiri punye Sony Ericsson mobile phone

Monday, December 5, 2011

Borong barangan bakal bayi

Semalam memborong barangan bakal bayi di Pureen Warehouse Sales. Sales ni start ari Sabtu tapi baru semalam berpeluang pergi sebab bakal bapa bayi kerja. Jadi semalam pagi2 sesubuh sunyi, dah get ready nak memborong. Siap dengan pegi breakfast apa sume, dalam kul 915 baru gerak. Tu pun sampai lokasi agak awal. Gate buka kul 10. Dah tak pasal jadi pak pacak di sinun. Kami pergi bawak mama sekali. Saya pasti, kalo nak harapkan bakal bapa bayi itu memang tinggal harapan la.. baik tak payah. Kang ada yg bawak balik habuan 50 rgt je... Tapi semalam sebab bawak mama, jumlah habuan menjadi bernilai 450 rgt. Hambek tu..... Pic non ado sbb sgt bz merembat. Dan juga lupa nk mensnap hasil borongan semalam. Tak apalah, lain kali kite cuba update pic di sini. Anyway jom buat check list benda apa yang kami berjaya bawa pulang semalam. 

1. Pakaian bayi - 23 pasang ++
2. Mitten & Booties - 8 pasang
3. Napkin - 1 pek of 10pcs
4. Diaper cover - >15 pcs
5. Handkerchief - 1 dozen
6. Nappy liner - 2 pack of 100pcs
7. Wet Tissue - 2 bottle of 200pcs + 2 pack of 60pcs
8. Nursing Bottle - 4 big bottle + 6 small bottle
9. Bekas makanan bayi - 1 pc
10. Mainan bayi - 2 pcs
11. Puting Extra - 3 packs
12. Changing Mat - 1 pc
13. Maternity pad - 1 pack
14. Washable nursing pad - 2 set
15. Spoon - 2 pcs
16. Disposable panties - 3 pack of 5pcs each
Mungkin ada barang kecik2 yang tertinggal catat. Tapi so far ini la dia barangan yang bernilai RM450 kesan dari memborong di Pureen Warehouse Sales. 

Saya sangat suggest kawan2 pergi memborong di sana kalau ada peluang sebab memang berbaloi2. Masakan tidak, seluar bayi baru RM1, baju RM3. Kalo yang comel-comel memang dah mix n match tu dalam RM8 ke atas. Untuk pakaian bayi yang berpuluh helai termasuk mitten, booties dan diaper cover tu, saya !@#$%^&* bayar RM185. Yang barang2 keperluan bayi yang lain2 tu adalah RM265. 

Pada saya, sudah cukup sume keperluan bakal bayi. Tinggal nanti nak cari set tilam bayi dan barangan mandian. Itu saja.... Alhamdulillah.. rezeki buat bakal bayi ini.