CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Search This Blog

Fizyanz Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

BENCINTA

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, January 30, 2013

Solid Food Gadget

Disini saya nak share gadget2 yang saya gunakan untuk buat puree bayi. Saya ni mak malas yang mana kalau boleh nak guna gadget je. Tekan-tekan, mak g melepak, siap. So setelah membuat review secara gigih akhirnya saya membuat keputusan untuk beli Little Bean Supertrio Food Processor

 
source from google 

 
Ini milik saya. Saya beli masa IBEX di KLCC Aug'2012. Masa hari tu saya ambik cuti half day dan pergi ke sana sorang dan dengan gigih mengangkut barang ni bawak balik naik bas. Kenapa saya sanggup memikul benda ni dengan gigihnye? Sebab harga... its 50% off from harga asal di kedai.

Apa yang bagusnye LB Food Processor ni sampai saya beria sangat nak beli? 
1. It's 3 in one machine. Stim, blend & warm.
2. Sebab senang nak me-stim. Saya x guna method merebus ke apa. Segala sayur, ikan, ayam, memang saya akan stim disini je.Masukkan air, bahan2, tekan "H" dan ia akan menstim... Manual dia kata, mesin ni akan menstim dalam masa 8 minit. Tapi kalo utk sayur-sayuran hijau saya akan stim sekejap je. So bole tekan "STOP" bila rasa dah cukup masak.
3. Lepas stim saya akan pindahkan ke bekas untuk di blend. Even beras pun saya blend menggunakan mesin ni.
4. Warm dimana ia berfungsi sebagai warmer la... so bole la warm susu ke, makanan bayi ke.. 

See... banyak manfaatnye kan. So kepada ibu-ibu yang kurang rajin macam saya tapi mahu sediakan yang terbaik untuk anak-anak, sila labur untuk beli bendalah ni. Tak rugi...

Ini pulak ice cube tray yang hok kecik2 sesuai masa baby baru 6-8 bulan sebab portion makan dia pun kecik kan.. Yang ni saya beli di Mr D.I.Y Tesco Setia Alam. Harga x sampai RM10 (pack of 3)

 Ini pun ice cube tray tapi ni saiz besar2 godang dan juga yang saiz sederhana. Yang ni saya beli di Daiso Setia City Mall. RM5 each. 

Tips untuk beli ice cube tray. Saya memang sengaja takmau beli bekas yang mahal2 yang direka khas untuk bayi. Sebab utama dia, sebab saya takde space nak simpan. DF saya muat2 untuk susu je.. Jadi saya beli ice cube ni. Make sure berpenutup supaya senang nak simpan terus dalam DF utk di bekukan. Lepas dah beku (biasanya saya simpan semalaman) saya akan pindahkan semua puree ni kedalam storage/frozen seal bag. Benda ni pun saya beli di Daiso RM5 jugak. Jadi takde masalah tentang kebersihan dia. Insya Allah sempurna. Lagipun saya buat stok cume setakat 1-2 minggu. Saya memang buat sikit-sikit. At least every 2 weeks baru saya membuat kerja mempuree ni.  
Ice tray yang type sederhana


Ni plastik storage seal bag.


No comments:

Post a Comment