CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Search This Blog

Fizyanz Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

BENCINTA

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, September 10, 2013

.: Rumah :. Pencarian

Kami suami isteri sedang membuat percubaan mencari rumah kediaman. Papa kata, kawan dia bagitahu di Rantau Panjang ada apartment yang baru siap nak jual RM140,000. Ok, saya setakat dengar dan diam. Sebab macam hurmmm oo ok je. so-so la orang kata kekdahnya. Sampai la nak jadi cerita, satu hari di ofis kebosanan, saya google la rumah yang papa cakap tu. Kot la ada orang nak iklan kan ke apa ke kan. Sebenarnya kami dah pernah tengok kawasan rumah ni masa awal2 tahun dulu. Saje jalan2 kawasan tu dan suami duk tanya-tanya ke abang2 yang duk lepak situ masa tu. Tapi abang2 tu kata rumah ni sume dah penuh tapi takde CF. So dalam duk gugel jumpa la iklan ni di mudah.com. Aihhh harga lagi murah ni, RM130,000. Kan papa cakap aritu RM140,000. So, saya apa lagi, macam biasa la gatal nak call tanya walaupun tak inform apa2 pada suami. huhu lantak..

Saya pun call la PIC seperti yang tertera dalam mudah.com tu. pung pang pung pang cite, katanya rumah tu still available. Cumanya ada orang dah tengok rumah tu tapi mintak tempoh 3 ari untuk bagi jawapan. PIC tu siap sembang dengan saya tau yang tengok rumah tu orang bujang, baru nak kawin bulan 11 ni. Tapi nak bincang dengan bakal isteri. Siap PIC tu cakap, mungkin dia banyak lagi nak pakai duit untuk kawin. haha sabar je la. Masa saya call tu ari Rabu. So, ok la, sebab saja tanya je kan, saya pun takde la janji apa-apa. Cuma saya cakap, kalo saya nak datang tengok saya call balik nanti sebab nak tanya suami. 

Balik malam tu, saya cerita la pung pang pung pang plak kepada suami. Suami macam layan tak layan je la sebab dia kan nak sangat rumah teres/landed. Tapi saya pulak beria nak rumah apartment dan kebetulan ini adalah basement apartment. So macam ok je la kan.. memenuhi kehendak kedua-dua pihak. Landed untuk suami, apartment untuk saya. hikhik bole tak begitu. Tapi serius suami memang tak layan permintaan saya untuk call dan make appointment untuk tengok rumah tu. Dan yang saya pulak dah terngiang2 teringat2 akan rumah tu. 

Hari Jumaat, saya WhatsApps suami. Kasi brain wash sama dia. Tup tup tengahari tu suami call bagitahu saya malam tu nak jumpa PIC & tengok rumah... Alhamdulillah... tektik saya menjadi sangat2 dengan usaha membrain wash tu. Ahaks...

Ni lah rumah yang saya cakap tu. Pic pun rembat dari mudah.com jek. heeee.....

SPEC : Basement Apartment 3R+2BR

No comments:

Post a Comment