CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Search This Blog

Fizyanz Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

BENCINTA

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, September 11, 2013

.: Rumah :. Tengok rumah

Lepas kisah pencarian rumah, kan suami dah bagitahu nak tengok rumah tu Jumaat malam kan. Nak jadi cerita suami p janji dengan PIC nak tengok rumah jam 8mlm. Gilo hapo. Untuk pengetahuan semua, malam tu jugak kitorang sibuk berkemas-kemas barang sebab nak shoot terus ke Singapore for my cousin wedding. So tarik tolak angkut masuk barang jam 9 mlm baru kami tiba di rumah tu. Dannnn PIC tu dah blah pun sebab dia da hal lain. Entah la.. mungkin nak jadi rezeki kami. Memang bole di kata bermula dari episod ni lagi perjalanannye nampak smooth. Kan PIC tu dah blah kan, jadinye PIC tu bagitahu dia ada suh owner tu datang jumpa kami. So kami tunggu la kejap owner tu datang. Masa tu plak hujan renyai. Jadi memang tunggu dalam kereta je la. Tak lama pun tunggu, kejap je.. ada la dalam 10-15min. Yela, salah kami pun sebab lewat sejam kot.. 

Jadi tunggu la dengan sabar. Masa dalam kereta dah cakap ngan suami. Kalo ok semua, saya memang nk proceed je angkat rumah tu. Owner sampai dan bawa kami masuk tengok rumah. Lampu memang takdela. Kami ushar dengan belas ikhsan lampu jalan depan tu je. huhu.. so bincang2 apa berapa bagaimana apa sume, saya terus say YES dan bagitahu abang tu yang kitorang nak balik kampung. By Monday baru coming back. So, Selasa baru kami sediakan document untuk submit loan apa bagai la kan. Kami tanya jugak ada nak kena bayar apa-apa ke untuk booking. Yela, tak nak la terlepas peluang plak kan. Tapi abang tu kata takyah. Dia tak nak amik duit dulu. Leceh katanya. Dia kata jsut proceed dengan loan, kalo approved apa sume nanti deal step seterusnya. So, ok la.. kami pergi dengan senang hati sebab dah suruh abang tu LOCK that house for us.

No comments:

Post a Comment