CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Search This Blog

Fizyanz Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

BENCINTA

Daisypath Friendship tickers

Monday, August 8, 2011

Salam Ramadhan 1432H

Ihsan dari en gugel

Salam Ramadhan 1432H/2011M
Amboiiiii melampau acik ni tau, dah 8 Ramadhan baru ada entri. Iskh... maklumla, saya ni baru pertama kali sambut Ramadhan bersama suami. Jadi masa yang tunggang terbalik tu memang tak dapat di elak la. Mana nak bangun sahur, pergi kerja, balik pun selalu ngam2 sampai rumah waktu nak berbuka tu. Mama dengan mr Fizwan la selalu yang settlekan bab2 berbuka ni. Jangan la harap kan saya. Alamat tak berbuka la kang nanti. Usai berbuka terus solat Maghrib, mengaji sebentar dan sambung pula berterawih di masjid. Alhamdulillah.. harap2 Ramadhan kali ni saya dapat berterawih sebanyak yang boleh walaupun sebenarnye dah bolos 2 hari sebab balik kg. Jadi waktu mane nak pikir2 taip entri tu? hiks! Alasan!!!

Dah 7 hari berlalu, semua makanan yang saya terasa lalu di tekak sume dah dapat makan. Sampaikan hari ni dah tak tahu nak makan apa dah.. 

Mari tengok checklist :
1 Ramadhan - mintak mama masak bihun Singapore
2 Ramadhan -  merengek2 dah berhari2 dari sebelum Ramadhan nak makan rojak. Tapi hari ni baru dapat + mee goreng yang mama masak
3 Ramadhan - makan balance rojak + mee goreng semalam
4 Ramadhan - hasil dari bazaar Ramadhan cari Murtabak, kuih pelita dan segala kuih muih.
5 Ramadhan - cekodok pisang + nugget
6 Ramadhan - mee sup hasil air tangan mama + roti john + cempedak goreng + popia basah & goreng hasil rembatan dari bazaar
7 Ramadhan - muratabak + kuih bakar + pisang goreng

kamu rasa apa yang enak untuk di makan hari ni...


Saturday, July 30, 2011

Seorang diri

Suami bekerja. Saya dirumah bukan la sorang2 sebab ada daus,jijah, afiq, mama, papa sume. Tapi bila suami takde saya mcm boring.

Takpe,nanti ptg sy suh suami bwk sy jalan2. TheeeB-)

Sent using a sendiri punye Sony Ericsson mobile phone

Wednesday, July 13, 2011

Buah Cinta Kami

Di awal pernikahan kami dulu, mr Fizwan dah pasang hajat nak tanam pokok sempena pernikahan kami. Dia semahu-mahunya nak tanam pokok nangka madu. Katanya nangka madu manis. Semoga hubungan kami juga akan semanis buah nangka itu. Tapi genap usia perkahwinan 3 bulan baru kami dapat anak pokok. Tu pun kebetulan kami dalam perjalanan di Banting dan singgah ke nursery. Banyak sangat anak-anak pokok. Sebut saje kamu nak apa, semua ada. 

IMG_4037
Mr Fizwan sedang mencari2 anak pokok nangka madunya

 IMG_4038
Yeah!!! sudah jumpa..

 IMG_4041
Eh?? Apsal ada dua?? Katanya satu nangka kampung biasa dan satu nangka madu.
Mahu tanam dua katanya. Pulakkk… ni sebenarnya teruja geram tengok anak-anak pokok ke hapa??

 IMG_4045
Ni dia.. 2 jenis pokok nangka dan pulasan. Aikk??? tambah lagi???
 IMG_4054
Ni dia, pokok nangka madu hasil baja dan tanam tangan mr Fizwan.

 IMG_4055
Pokok nangka kampung. 

Semoga sejuk tangan mr Fizwan dan pokok-pokok ini dapat hidup subur..
Tanggal 26 Jun 2011, bercambah la wahai pokok cinta kami…
Hadirnya kamu sebagai tanda cinta kami, Insya Allah, sebaik nya kami akan menyiram dan membajai kamu.

Wednesday, July 6, 2011

Bila Anak-Anak Bertemu Muka

Ahad lepas melawat baby Arissa. Balik dari wedding terus singgah umah Emi. Iifa & Linda juga turut serta. Tak panas punggung lagi, Pulus pun tiba. Tapi kali ni, pic emak2 memang non hado. Pic anak2 je saya limpahkan. Comel2 dan geram2 dengan keletah anak2 ini.. Tapi sayang Irdina takde dalam koleksi picta sebab die dah hilang takmo kawan dengan bayi2 yang bergolek ini.. huh!!
IMG_4063
It’s baby Mawar and Arissa

 IMG_4064
Mawar, Arissa dan Akif

 IMG_4067
It’s Me and Akif Firdaus hero Pulus

   IMG_4070
Tu dia… 1 Hero 2 Heroin..

Semoga kalian semua akan menjadi permata kebanggaan ibu dan ayah…

Tuesday, July 5, 2011

Dayini Sheereen Arissa

Tahniah kepada mummy & daddy atas kelahiran puteri kedua kalian
Dayini Sheereen Arissa permata hati Emi Diana & Saiful. 
Semoga kehadiran bayi ini akan menjadi pengikat kasih sayang kamu sekeluarga..

IMG_4062

Selamat datang ke dunia sayang.. 
Semoga kamu bakal menjadi muslimah sejati kebanggaan mummy & daddy !!
Born at Hospital Sg. Buloh at 1800 Hrs, 3.08 kgs
19th June 2011