CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Search This Blog

Faeq Altamis

Fayyadh Alzam

Fizyanz Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

BENCINTA

Daisypath Friendship tickers

Saturday, November 19, 2011

Cameron Highland 2nd honeymoon trip

Picture sepanjang di Cameron Highland. Kalo syok sendiri, its will be a 2nd honeymoon trip. Aicehhhh.. Saje nak berjalan before deliver dan pastinye memang kami takde pelung nak sambut 1st anniversary sebab waktu tu saya sedang menuggu hari untuk melahirkan dan atau mungkin sedang dalam tempoh berpantang. Insya Allah..

Jadi ni sepanjang di Cameron trip . Yukkk jalan-jalan. Kami gerak dari rumah around 9am. Konon la nak gerak awal tapi kalo janji mr Fizwan selalunye memang kelaut. Jadi ikut la timing sendiri. Apadahal.. Kami naik ikut Tapah. Jalan berpinar berpusing-pusing tapi Alhamdulillah ibu hamil ni rilek bergaya hebat sebab langsung tak muntah, pening, mabuk atau apa sahaja. COOL!!

IMG_4259
 Ni masa odw nak naik puncak. Singgah di gerai-gerai orang asli kat tepi-tepi jalan tu. Tujuan nak beli madu untuk bakal baby nanti.. Katanye madu asli bukan campuran. So beli sebotol RM20.
 IMG_4277 IMG_4298
1st stop kami naik ke atas puncak ladang teh BOH. Kami stail singgah mane-mane je yang kami nampak signboard. 

IMG_4325
Lepas turun dari Ladang Teh BOH, kami turun dan singgah pulak di Taman Madu Lebah ni.

IMG_4329
Here is ladang teh Cameron Bharat. Singgah je masuk beli teh untuk bawak pulang sebab kami tak mahu la beli teh BOh. Itu kat darat sane pun banyak. KAHKAHKAH (mr Fizwan yang kata. bukan aiiii)

Usai dari situ kami terus mencari tempat makan dan lepas makan kite Check-in hotel. Lepas check-in room langsung tak keluar-keluar sebab macam penat dah berjalan. Jadi rilek-rilek tido, solat, Malam keluar cari makan malam dan pulang semula ke bilik sebab suami mahu layan bola Terengganu vs N.9. Derrrrrrr

Hari Ahad kami di mulakan dengan sarapan pagi di hotel. Dalam pukul 9, lepas siap berkemas, kami terus check out sbb plan nak naik ke Brinchang dan terus pulang. Memula kami singgah ke pasar pagi. Beli la segala souvenir bagai kat sini sume. Sayur n kaktus pun kami beli kat sini. 

IMG_4346

Kemudian habis sesi di pasar kami ke Kok Lim Strawberry Park. Kene bayar 20 rgt/1/2kg utk self plucking. Tapi dah alang-alang sampai, mesti la nak try jugak kan.. So layanzzzzzz
IMG_4363  IMG_4356

Lepas tu kite singgah ke Cactus Point. Sini bukan ada kaktus je, segala mcm bunga pun ada. Cantikkk IMG_4381 IMG_4368

Dan akhir sekali kami singgah ke Rose Valley. Masuk sini kene bayar 4rgt sorang. Tak boleh petik tapi bole tengok dan ambik gambar.. Penat sampai kejang perut dibuatnye.. Hik3…
IMG_4394IMG_4412 
 Habis pusing Rose Valey, jalan di kedai2 yang ada di situ, beli sikit sayur-sayuran untuk buah tangan. Dalam pukul 12 suku kami dah gerak balik. Alhamdulillah sepanjang di Cameron tak hujan lebat. Gerimis sikit2 tu adalah. Tapi sampai Tapah, hujan selebat2nye sampai tak nampak jalan nak drive. Jadi pemanduan kami sangat slow dan tiba di rumah around 6pm...

No comments:

Post a Comment