CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Search This Blog

Fizyanz Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

BENCINTA

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, April 3, 2012

Pengalaman Bersalin

Pengalaman bersalin..  Pada saya pengalaman bersalin saya sangat la seriau bila di ingat2. Entah dari mana nak mula pun saya tak tahu. Konfius… Saya punye EDD adalah pada tanggal 17 Mar 2012. Tapi sejak 5 Mar saya dah start MC memanjang sebab demam tak kebah-kebah. Risau jugak kalau-kalau time nak bersalin demam. Jadi nye sepanjang 2 minggu tu saya cuma masuk ofis sehari dua je.. Serius tak larat.

Tunggu punya tunggu sampai 17 Mar saya still tak bersalin lagi. Masa last cek up kat klinik desa ari tu dorang dah bagitau kalau saya masih tak bersalin, 16 Mar dorang suh saya ke klinik kesihatan Bukit Kuda buat cek up. Jadinye hari Jumaat 16hb tu saya ke sana la. Dan doktor extend lagi seminggu. Katanya kalau masih jugak tak bersalin 24hb saya kena ke HTAR terus cek up / admitted. Wahhh sikit punye risau time tu. Hari2 berdoa dan menangis duk terfikir2 kenapa tak bersalin lagi. Satu keluarga risau sebab saya tak bersalin lagi. Suami pun tak senang duduk dan kerja. Kan 24hb saya nak kena pegi cek up kat HTAR tapi masa 23hb tu suami dah tak betah. Dia pegi keje half day je sebab hati sume dah tak keruan. Hai… Tuhan je yang tahu macamana semua orang risaukan saya.

24 Mar 2012 – Malam lepas solat Maghrib jemaah dengan suami, sambil suami baca doa saya dah tersedu-sedan duk terfikir-fikir sebab masih tak bersalin lagi. Esok nak kena pegi HTAR dan kemungkinan kena admit. Ya Allah semalaman suami isteri ni tak betah. Sayu nye hati ni tak tahu nak gambarkan macamane. Rasanya habis dah semua petua nak permudahkan proses kelahiran saya dah cuba. Pagi saja-saje bangun lambat sebab nak tidur puas-puas kat katil sendiri. Mana tau hari ni kene admit. Ntah apa plak kisahnya nanti.. Pukul 10pg ke macam tu baru gerak dari rumah. Tapi bukan terus ke HTAR, kami singgah breakfast dulu. Masa ni barang keperluan semua dah bawa sama. Sampai HTAR, nurse suh buat CTG untuk cek jantung baby. Alhamdulillah baby OK. Pastu terus ke scan. Doc scan baby, uri , air ketuban sume Ok. Jadi doktor decide suh saya balik dulu dan hari Isnin baru datang balik dan CONFIRM kena admit on Monday if still not deliver. Ya Tuhan… besar dugaan yang kau beri.. Dari HTAR kitorang terus tawaf Jusco Bukit Tinggi. Kan ke orang kata banyak berjalan boleh mudahkan bersalin. Jadi kami masih teruskan usaha tu.. Petang plak ke taman mendaki bukit, turun naik tangga. Tapi petang Ahad saya ada rasa sikit kecewa sebab masih takde tanda-tanda nak bersalin. Sebenarnya dah 2 malam saya ada rasa sakit perut tapi sakit perut tu tak konsisten. Sakit dalam sejam dua je. Pastu hilang…

26 Mar 2012 – Hari ni kami ke HTAR lagi dan saya kene admit. Doktor kata, esok saya akan kene induce sebab dah lewat 9 hari. So saya akan di paksa bersalin. Suami dah siap settlekan semua apa yang patut, dia tinggalkan saya di wad 1B. Nanti masa melawat baru dia datang lagi jenguk saya. Saya Ok je.. Saya terpaksa kuatkan hati untuk tempuh semua ni. Tengahari waktu melawat suami datang, Mama n kakak pun datang. Saya tahan diri dari menangis. Saya rasa saat ni saya cuma nak suami di sisi saya. Habis waktu melawat, semua pulang. Waktu melawat petang suami datang lagi. Saya cuba taknak menangis depan suami. Saya taknak suami risaukan saya. Bila malam, saya dan suami bersms. Masing2 risaukan keadaan masing2. Suami risaukan saya. saya pun risaukan suami. Ni kali pertama saya berpisah dengan suami sejak kami bernikah. Suami tak kasi saya call dia sebab suami tak sanggup nak dengar suara saya. Jadi kami sms je sampai tertido.

20120326_135506

27 Mar 2012 – Jam 12 t/hari saya dapat ubat induce yang pertama. Masa suami datang time melawat tengahari tu takde la rasa sakit lagi sebab baru je masuk ubat. Petang tu dalam pukul 5 ptg, dalam pada saya menahan sakit, ada la turun darah. Masa suami datang melawat petang tu saya dah tengah melayan sakit. Suami banyak beri semangat. Waktu ni memang saya dah sampai tahap, saya redha dan pasrah untuk apa pun. Janji saya dan baby selamat. Tapi rasa sakit kesan dari ubat tu hilang menjelang malam. Dan sekali lagi doktor bagitahu, esok saya akan di induce lagi sekali.

DSC00391

28 Mar 2012 -  Hari ni seawal 630 pagi saya dah nak kene induce. Setiap kali sebelum nak induce saya mesti call bagitahu suami dulu. Dan saya kena la melayan sakit induce tu lagi. Tapi masih macam semalam, bila petang sakit tu hilang. Ya Allah.. permudahkan la proses kelahiran ini. Itu je yang saya pohonkan setiap hari… Suami melawat seperti biasa. Tengahari dan petang suami datang tanpa culas. Besar pengorbanan suami. Dan sekali lagi saya di bagitahu esok saya akan di induce lagi… Saya pasrah… saya menangis depan suami sebab saya rasa sedih kenapa saya masih di proses ini sedangkan kalau di ikutkan saya dah bersalin. Bila tengok kawan2 sebelah katil yang datang dan pergi buat saya bertambah sedih. Dah hampir seminggu saya disini. Kawan2 masing duk SMS dan call. Tapi saya takde hati nak melayan. Pada saya, ketika ini saya cuma mahu suami saya. Itu saja…

29 Mar 2012 -  Dalam pukul 8 pagi saya di induce lagi sekali. Tapi result tetap sama. Bila petang sakit tu hilang. Saya tak alami sakit induce yang berterusan. Dan dari hari Selasa, jalan cuma buka 2cm. Takde progress. Suami datang tengahari  dan doktor bagitahu dorang dah book labour room untuk saya. Kalau labour room kosong saya kan masuk ke labour room untuk proses kelahiran. Suami balik lepas waktu melawat dan dtg semula dalam pukul 3 petang. Tapi masih belum ada bilik kosong untuk saya jadi saya suruh suami balik je dulu dan berehat. Apa2 saya call nanti. Petang suami datang melawat saya tapi saya masih menunggu giliran. Dan akhirnya kami di beritahu esok pagi lepas subuh baru saya akan dihantar ke labour room. REDHA~~~

DSC00388Mesin CTG

30 Mar 2012 -  Pagi-pagi lepas subuh saya call suami saya bagitahu yang saya akan masuk labour room. Jam 7 pagi saya dah ada di labour room tanpa berjumpa suami pun. Saya redha dan ikhlaskan hati. Masa tu saya cuma tahu saya nak lahirkan bayi ni. Itu je.. Saya bertarung melawan sakit kesan drip induce tu dan akhirnye saya ambik epidural sebab saya sangat-sangat tak tahan dan progress bukaan jalan sangat lambat. Dalam pukul 12 t/hari ada nurse bagitahu saya yang suami tanya apa progress saya. Masa tu bukaan baru 5cm dan saya pikir mesti suami nak pergi solat Jumaat sebab tu dia mintak nurse update progress saya waktu tu. Memang sepanjang saya di labour room saya tak jumpa dan dengar suara suami. Sampai la jam 7 petang doktor bagitahu jalan dah buka 10cm. Tapi so far kepala baby tak nampak lagi. Jadi doktor bagi sedikit masa untuk tengok progress samada baby turun ke tak. Waktu tu kalau saya push, nampak la rambut baby. Kalo saya tak push, tak nampak. At last, setelah bertarung 14 jam dalam labour room, doktor decide yang saya tak boleh melahirkan secara normal sebab baby jauh lagi. Doktor nak hantar saya ke OT utk ceaserian proses. Masa tu doktor kata, dorang pun taknak take risk untuk forsep/vakum sebab ia membahayakan saya dan baby. Ya Allah, masa tu saya sedih sangat. Dan masa tu jugak saya mintak nak jumpa dengan suami. Saya bagitahu nurse dan doktor yang sejak saya masuk labour room pagi tadi saya tak jumpa suami saya. Mula-mula nurse kata suami tak bole masuk sebab labour room tu bukan private sangat dan nurse kata ada apa2 ke yang saya nak cakap dengan suami, nurse boleh tolong sampaikan. Saya ada rasa sikit kecewa, saya bukan nak cakap apa2 tapi saya nk jumpa suami. Itu aje… Tapi Allah beri saya sedikit ketenangan bila nurse tu datang dan bagitahu doktor izinkan suami masuk dan dorang sedang cuba call dan cari suami. Alhamdulilah… Alhamdulillah.. Alhamdulillah… bila saya dapat pegang tangan dan tatap muka suami, saya menangis semahu2nye. Masa tu saya cakap dengan suami “By dah cuba melawan sakit ni 14 jam, tapi kenapa by kena c-zer.. by taknak…” Suami pujuk2 saya. Suami kata, “ Takpe.. kan by dah cuba, Aney nak by and anak kita selamat. Tu je..” Dan waktu tu jugak saya kena sign surat untuk operation. Lepas tu nurse and doktor siap2kan saya untuk dihantar ke OT dan suami tunggu saya kat luar. Sebelum masuk OT, saya tak sanggup nak tengok muka suami dah. Saya cuma salam dan cium tangan dia je..

Dalam OT, doktor bagi 1/2 bius tapi bila saya rasa bisa2 perut dikelar dipotong, saya bagitahu doktor saya taknak rasa sakit tu. Terus doktor bagi saya gas dan saya terus tido tanpa sedar. Masa tu saya tak tahu dah pukul berapa apa sume. Yang saya tahu, semoga Allah permudahkan urusan kelahiran. Tu je. Sedar2 saya dikejutkan dan bagitahu semua dah selesai. Saya sempat tanya kat nurse mana baby saya. Diorang bagitahu baby dah dihantar ke wad 6C (wad kanak-kanak) dan suami saya pergi menjenguk bayi. Tak lama lepas tu nurse hantar saya ke wad 2B dan tak lama saya disana suami pun sampai. Suami tunjuk gambar anak bujang kami. Muka dia sebijik muka suami. Saya tersenyum lemah dan saya terus tanya suami yang bayi kami ok ke tak. Saya risau jugak kalo bayi tak sihat. Suami kata bayi OK dan dia juga dan azankan dan iqamatkan bayi. Walau semua tu tak berlaku depan mata saya, tapi saya bersyukur sebab semua dah selamat. Allah Maha Besar… Lepas suami dah ambik barang2 saya kat wad 1B, suami balik. masa tu saya terus tertidur balik dan tak sedar pukul berapa dah waktu tu…

DSC00475

Bayi di pasang mesin untuk cek jantung.

31 Mar 2012 – Seawal jam 6 pagi saya dah di kejutkan. Nurse bagi tuala basah untuk lap badan dan nurse tukarkan baju. Lepas tu nurse bagi air milo untuk saya minum. Alhamdulillah saya sihat. Takde muntah2, pening atau apa2 simptom kurang sihat. Syukran! Bila dah siang sikit, saya cuba bangunkan diri. Alhamdulillah, BOLEH! Dan pagi tu saya post status kat FB tetang kelahiran saya.

DSC00392 

Dalam pukul 10pg nurse bagitahu yang nurse kat wad kanak-kanak call tanyakan kondisi saya sebab dorang nak hantar baby ke saya. Ya Tuhan.. tak sabarnya nak jumpa bayi saya. Tapi sampai waktu melawat, bayi tak turun2 jugak. Last2 suami je pegi jenguk di wad 6C tu. Akhirnya bila sudah puas di tunggu-tunggu, dalam kul 5 ptg baru nurse serahkan bayi ke tangan saya. Ya Allah… ini dia si comel yang berada dalam rahim saya selama 40 minggu 13 hari. Besar sungguh kurniaan mu Allah.. Dan masa melawat petang tu suami datang dengan mama n kakak.

DSC00395

20120331_183249Ini bayi kami, FIZYANZ Jr.

1 Apr 2012 – Pagi2 doktor cek, dan doktor bagitahu leh discharge petang ni. Yeah!! tengahari masa melawat, mama, papa, PIL n BIL datang melawat. Kecoh betul keadaan kat wad waktu tu kami buat. PIL buatkan tahnik dan bacakan ayat2 kepada bayi. Si kecil seronok berada dalam pangkuan MIL. Alhamdulillah semua gembira dengan kehadiran mu sayang.. Yang pasti, tak sabar nak balik petang ni.. Rindu pada rumah dan katil.. Petang tu kakak dan suami yang jemput saya pulang. Syukran semua dah selamat.. Walaupun saya tak melahirkan secara normal tapi saya bersyukur kerana kedua kami sihat tanpa sebarang masalah. Setinggi syukur kepada Allah atas nikmat kurniaan ini…

DSC00396

:: Nota kaki :: Sepanjang entry ni di taip, tak henti-henti airmata mengalir. Banyak benda yang menerjah akal fikiran. Terima kasih kepada SUAMI dan seluruh keluarga, keluarga mertua, sahabat handai, sedara mara dan jiran tetangga yang sering merisaukan keadaan saya dan bayi. Terima kasih untuk semua doa dan sokongan kalian. Jasa kalian takkan dapat saya balas.

23 comments:

  1. sepanjang saya bc entry ni sy pon x henti2 nangeh sbb due sy 30hb ni..moga2 semuanya selamat..Amin

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan ruziadah.. saya tulis entry ni bukan utk takutkan sapa2. tapi buat ingatan saya. Semoga awak selamat melahirkan.....

    ReplyDelete
  3. dlm banyak2 entry pngalaman bersalin yg sy baca, entry akak ni betul2 membuat saya sayu hati,nangis.

    besarnya pengorbanan seorang ibu ni kan.
    salam kenal.

    ReplyDelete
  4. Salam kenal kembali cikji...

    saya yang baca berkali2 pun pasti tumpas dan menitiskan airmata. Tapi yang penting bagi seorang ibu, cukuplah sekadar anaknya sihat sejahtera kan.. Alhamdulillah melalui perjalanan melahirkan yang penuh cerita, Faeq adalah anak yang senag diurus ketika di dalam pantang. Syukran...

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan,

    hampir gugur air mata sy bila m'bc entry awk,,,utk pengetahuan, sy skrg sedang menunggu ari utk bersalin,,my dua date on 17 april. ape yg merisokan, kwn2 yg due bln 4,mereka sume dh selamat bersalin dr sblm tarikh due date diaorg. tp sy still xbersalin lg,,n sy sgt2 riso skrg..sy hrp perjalan melahirkan zuriat sulung ini akan d permudahkan, aminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali ziana,

      Insya Allah semuanya akan baik2 sahaja. Semoga awak selamat melahirkan.
      Tak perlu fikirkan sangat. Apa pun jalannya, berdoa dan bertawakal agar perjalanan awak dan baby di permudahkan. :)

      Delete
  6. Gugur juga air mata ini membaca kisah saudari. Saya percaya saudari seorang yg kuat semangat dan tabah.
    Saat ini saya juga preggy 39 weeks dan masih belum ada tanda2 melahirkan. Moga saya juga secekal saudari.

    Salam perkenalan♥

    ReplyDelete
  7. Salam perkenalan kembali ana iena,

    terima kasih kerana membaca entry ini. Saya doakan semoga awak selamat melahirkan.. Mudah2 selamat dan Allah permudahkan segalanya..

    ReplyDelete
  8. Salam.Sedih baca entry ni. Saya juga dh overdue 6 hr setakat hr ni. Tak tau nk cerita perasaan saya sbb 4 anak seblm ni semua lahir sblm due. Apa apapun mudah2an Allah permudahkan. Hanya padaNya kita berserah. Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali eliss... semoga awak selamat melahirkan. Saya faham apa perasaan awak sekarang. banyakkan berzikir dan tawakal kepada Allah..

      Delete
    2. salam perkenalan

      saya pun dah 2x ceaser sebab fail i.o.l macam saudari...
      tahniah berjaya menjadi ibu... ikuti nasihat doc untuk menjarakkan kehamilan
      i follow u... u follow me...

      Delete
  9. sepanjang bace nie pun, sy asyik menangis je... beby still tak nak kluar lagi... risau.. sedih.. semua ade... rase tertekan sangat bile tiap2hari orang msg n call, tanye bile nak bersalin...

    ReplyDelete
  10. Waaaarghh..menangiss laju2x...
    Da 39 mnggu baby still x engaged lg..misi ckp baby tinggi lg..lpas ni kena refer botanik klo x bsalin..kena tggu doktor ckp apa...harap baby cpt la turun. .hukkk

    ReplyDelete
  11. Sedih bce entry puan....sy skrg 38 nk msk 39 weeks...tp xda tanda2 lg nk berdalin..opismate yg pregnen dkt2 due sy sume da selamat brsalin..lg jiwa kacau...kalau ikut history anak pertame mmg ckp2 40 weeks bersalin...tgh pujuk bb bersalin awal...doa moga allah mudahkan saya bersalin nnti...

    ReplyDelete
  12. Sy pun xde pape tanda lg nk melahirkn..kadang nk p keje pun stress cz hari2 org ty ko bile nk beranak? EDD sy 15 jan ni.. Yan mmg tabah n kuat smgt �� sedih sgt bace kisah ni..sbb tu la syurga di bwh tapak kaki ibu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tots athome...

      jgn stress.. serahkan semua pd Allah.. baby sedap duduk dlm perut mama dia tu...

      semoga awak selamat melahirkan....

      Delete
  13. Sedih bc blog ni.. i dh 39w ++ ... due date 15mac.. tp xde rs sakit.. doc dh btau 16hb nk induce.. isau.. tkt.. stress semua ade..

    ReplyDelete
  14. :") sepanjang bace entry sis ni...x stop plak air mata ni.... sebab saya sepatutnye due semalam 4/11.. tapi xde tnade2 lagi...and hospital bg post due extra lagi 10 hari..14/11 klu xde tanda2 kena serah diri admit.. x sabar rasanyer nk tunggu baby kuar..wlupun dah anak ke 3..

    ReplyDelete
  15. Sedih baca cerita akak nih..air mata x henti2 kuar..saya pun x da tanda2 lagi nak bersalin...sekarang da 40 minggu..klu ikutkan 19 hb nih...rasa takut sangat2 sekarang nih bcoz belum ada tanda nak bersalin lagi...harap saya selamat melahirkan bayi sulung saya nnt..thanks akak berkongsi cerita..

    ReplyDelete
  16. Sedih bce entry ni..sy pun ptt nye ari ni due..tp msih tkde tanda..n doktor bg lg seminggu..hopefully semua brjln dgn lancar..

    ReplyDelete
  17. Ya Allah..da bace separuh rupenye baru perasan cerita ni cerita dri kak yan..dugaan gak proses melahirkan..aishah ingat proses mlahirkan tisya je buat aishah fobia..rupenye ade lgi yg lbh teruk..pape pon tahniah kak yan..smoga bb jdi ank yg soleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap anak lain2 proses bersalinnya.. now akk pun @ 30 weeks for 3rd baby..

      Delete