CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Search This Blog

Faeq Altamis

Fayyadh Alzam

Fizyanz Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

BENCINTA

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, November 26, 2013

.: Rumah :. Signing SNP

Sambungan dari kisah lepas geram aritu, kami dapat fix date bile nak sign SNP apa sume..

6/11/2013

Suami isteri cuti, pegi LF untuk sign all SNP document. Kami datang lepas lunch sebab pagi tu saya nak p cek up. Alhamdulillah lepas macam2 ragam kerenah, kami dah setel sign SNP dan bayar RM500 legal fees. Masa sign ni, dia bagitahu la sume term2, bila kami kena bayar 10%, bile kena bayar balance harga rumah, dan berapa penalti yang akan di caj atas kelewatan2 tersebut. Tapi masa tu terus saya terfikir, segala kelewatan selama ni, adalah berpunca dari dia jugak. Slow lembab sangat buat kerja.

23/11/2013

2 minggu baru setel tugasan lawyer tu buat stamping dan segala mak nenek. So, kami decide untuk amik SNP pagi. Yela.. kan Sabtu keje setengah hari. Dan yang bestnye, semalam dah call nak datang arini. Dia suh datang around 9-10am. So, ok la... kami p sarap dulu pagi tu then terus shoot ke ofis dia. Masa kami sampai tu kul 9.15ok. Sekali non hado orangnye... Memang jam 10 br terpacul muka dia situ.. ehhh geram plak mak.. kecik beso kecik beso je nengok dia tu. Rasa nak sekeh2 jek. Ngeng sangat. Itu pun, pagi tu la br hegeh2 nak print2, cop2 segala mak nenek bagai. erghh stresss....

25/11/2013

Cuti lagi hari ini. Konon plan nak p lawyer bank anta SNP and sign all the documentation dengan side dorang plak, p EPF submit dokumen. So, pagi hari tu, lepas p cek up, terus shoot ke Shah Alam, ofis lawyer bank. cal2 PIC tanya mana ofis apa sume, saya pun naik lift ke tingkat dua submit dokumen. Konon nk drop SNP tu jela, pastu nak ke EPF terus settlekan hal2 pengeluaran. Odw turun nak ke kereta semula, PIC call, kata SNP tu bukan nama saya. What??? So saya pun naik balik, nak tengok SNP tu. Betul... Front page dia salah. Bukan nama kami. Tapi nama orang lain. Lucky la dokumen yang dalam2, yang stamping sume nama kami. Kalo tak, lagi la haru. Saya pun tros call lawyer owner yang sucks sangat tu. Dan, dia adalah half day. After lunch baru masuk keje. Ya Allah.. hati dah menahan2 marah dah. Tapi Alhamdulillah... Allah pertemukan dengan orang yang baik2.. PIC lawyer bank tu suruh saya tunggu. Sambil dia draft dokumen, saya bole sign sikit. So tak payah saya repeat datang balik. Lagi pun, kan saya plan nak ke EPF, kalau pergi pun tak boleh buat apa sebab SNP problem. SO, ok la... terima kasih atas bantuan yang dipermudahkan... Adala dalam 2 jam jugak duduk kat ofis lawyer bank tu sign segala benda. Tapi sekurang2nya masa kami berbaloi. Lepas setel sign, suami ajak pergi makan dulu. Lepas makan, kami pergi bank untuk buat pengeluaran. Lepas tu terus shoot ke ofis lawyer owner untuk tukar balik SNP tu. Dan masa tu dalam hati berdoa banyak2 semoga kami dapat setelkan EPF hari ni jugak.




Sampai ofis lawyer owner tu baru jam 1.45pm. tekan2 bell xde yang bukak. Kami syak dorang blom balik makan la. Skali ada orang kuar, terus kami masuk n naik atas. Lucky ada minah lembab tu. So terus kasitau dia, dia pun amend2. Tu pun, still dia nak kami buat kerja lebih. Dia ckp kene bawak original SNP sebab EPF selalu tanya. Kami taknak bawak sebab kalo kami bawak original SNP, its means, kami kene hantar semula kepada dia untuk die send to lawyer bank, atau kami yang terus kene hantar ke lawyer bank. Jadi, kami nekad je takmo bawak sebab kami taknak buat dedua. Dah penat nak melayan kerenah dia. Salah dia kot... SO, kami just bawak duplicate SNP original kami, dan terus shoot ke EPF. Jam 3 lebih kami sampai, mintak sangat moga dipermudahkan.. Sampai nombor giliran kami, PIC check2 apa yang patut, Alhamdulillah selesai. Legaaaaaaaaaaaaaaaaaa nye rasa... Hanya Allah yang tahu bertapa leganya kami dapat settlekan semua seperti yang kami rencanakan.

No comments:

Post a Comment