Tuesday, January 31, 2012
Pillow Speaker
Monday, January 2, 2012
Kenduri Doa Selamat for 28weeks mom-to-be
Di ikuti dengan jamuan makan.
EH, apa tu lenggang perut? hurmm takde apa pun, !@#$%^&* ada acara mandi bunga, Yang ni suami isteri kene mandi . Dalam toilet je takde la sampai ke luar rumah bawah pokok ke, tepi sungai ke apa. NO! NO! NO! Tapi kene 7 orang yang berlainan yang kene siramkan. 3 kali siram suami, 3 kali siram saya. Begitu la seterusnya sampai 7 orang. Kemudian sambil berdiri nenek bidan akan lalukan sebijik telur dari atas dan tengok telur tu jatuh pecah atau tak.
Lepas urut, ada sesi bersikat. Memula nenek bidan akan sikatkan rambut kita sambil selawat, lepas 3 kali, nenek bidan suruh suami pulak yang sikatkan… Owhh comelll.. hiks..
Wednesday, December 14, 2011
Cerita semalam
Dalam perjalanan, bas seperti meragam manja. Dan akhirnya terkandas di Subang. ROSAK LA TU. Apa lagi kan? Jadi kena tunggu ihsan bas2 sejenama lalu. Bas yang datang itu PASTI penuh! Tiada prasangka.
Naik bas, pasti la berdiri sebab di Malaysia kan ramai lelaki durjana yang tak subur yang tak prihatin dengan penumpang yang lebih memerlukan. Tapi rezeki ibu hamil itu pasti Allah datangkan. Last2 Chinese girl yang baru terjaga dari tidur yang bagi saya seat. Lelaki yang duduk sebelah saya adalah lelaki yang sakit lutut saya kira sebab dia nampak saya tapi dia IGNORE saya. Tak apa la. REDHA...
Petang pulak jalan jem sikit. B4 keluar ofis dah bagitahu suami supaya jemput saya jam 730 di depan kedai mamak. Tapi akhirnya saya sampai pukul 8.
Mendengar cerita suami dalam kereta, saya rasa suami sangat cute sebab kalau kucing hilang anak, tapi ini suami hilang isteri:-P. Suami berpusing 1 stesyen bas cari saya. Meninjau semua bas2 yang lalu dan mengharap 4 bas yang datang itu akan memunculkan saya. Tapi rupanya bas ke-5 baru saya muncul. :-D
Kasihan suami mengejar setiap bas yang datang dan menantikan saya, isteri dia yang hamil tanpa handphone. Ada ke suami boleh terfikir yang saya dah balik naik teksi. Apakah? Seumur hidup saya tak pernah naik teksi sendiri balik ke rumah. Perghh...
Sayang suami much-much!
Sent using a sendiri punye Sony Ericsson mobile phone
Bas SERANAS Terbaik!
Pagi ni menanti dengan sabar depan pintu bas sbb lelaki durjana nk berebut tak sabar2 mahu naik bas. Jadi brother penjaga bas mintak driver buka pintu belakang supaya ibu hamil ini dapat naik cepat. Terima kasih brother penjaga bas dan terima kasih Allah atas nikmatnya..
Sesungguhnya hamil itu indah! Walau kena tendangan bayi, itu juga indah. ;-)
Sent using a sendiri punye Sony Ericsson mobile phone




