CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Search This Blog

Fizyanz Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

BENCINTA

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, January 8, 2013

Janda Baik & Genting Highland

Sabtu dan Ahad semalam kami ikut rombongan budak2 ofis saya ke Janda Baik. Tujuan dan tema adalah free n easy. So organizer tolong set book untuk makan dan bilik. Lain2 sukahati kamu orang la nak buat apa. Kami gerak agak lewat sebab macam2 benda nak kene settle dulu dirumah. Tambah pulak nak hadir undangan x-ofismate yang buat majlis akikah bayi barunya. Lepas hadir kenduri nak jemput 2 budak di Puncak Alam tu sebab dah janji nak bawak mereka sekali. So dingdong dingdong, pukul 2 jugak la officially baru gerak ke Janda Baik. Sampai sana pun dah nak Asar. 
 

So menjengah kawan2 yang dah sampai then tukar baju bawak budak2 mandi sungai. Dan alkisahnye itu budak bernama Faeq Altamis adalah pentakut. Tak tahu sama ada dia takut sebab tengok air mengalir or air tu sejuk banget. Saya tak pasti. 
 

Kami tido semalam di Janda Baik siap dengan event BBQ apa suma la di sana. Esok bangun pagi terus cari sarapan. Budak dua tu nak mandi sungai lagi so layan jela tapi budak bertuah tu tetap tak mahu masuk air. Puas bonda celup2 kaki dia siap duduk sama-sama tapi dia tetaplah taknak. Meraung2 nangis sampai kuar suara jantannye. Alahai anak omak.... Dahtu acaner nak suh swim menyelam kalau gini?? Puas budak2 dan bapak budak mandi manda. Ajak dorang naik mandi nak cek out apa sume. So mmg ngam2 kul 12 cek out. 
Kuar dari Janda Baik dan lunch di Genting Sempah. Dan tingggg!!! idea bernas pun tiba. Mari kita daki Genting Highlands. Yadaaa yadaaa jenuh jugak la membawa kereta itu sampai ke puncak. Pendek nafas jugak kereta itu. Tapi syukur... Tiba dengan selamat. Kami x buat apa pun.. Just jalan2 pusing2 di indoor dan akhir sekali saya dengan anak2 naik monorail ulat bulu tu. Saje nak bawak Faeq rasa.. Tapi Daddy tak ikut. Daddy tunggu entah ke mana perginya sambil menjaga stroller. Pukul 530 kami gerak turun dari puncak dan selamat tiba di rumah lebih kurang pukul 8mlm. Minggu yang have fun dengan ofismate keluarga dan anak2. Simple but nice..dan PENAT! Heeee 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, December 29, 2012

Faeq Adat Turun Tanah

Hari Sabtu secara tiba-tiba saya bagitahu mama nak buat adat turun tanah Faeq. Faeq dah pandai berdiri apa sume dan kebetulan minggu depan saya nak pegi berjalan. Jadi ada baiknye la buat sekarang. So pagi tu pegi rumah nenek tanya apa2 yang diperlukan. Dan zass bawak sume askar batalion pegi econsave beli barang, balik dan siap masak. Takde jemput sape2 pun. Cuma sefamily dgn maksu dan anak2 dan jiran 2 3 orang mana yang ada je la. Sebenarnye ni adat ikutan orang2 jawa. So selagi ada yang tua, kita hormati. Mungkin ada yg kata bidaah la apa la kan. Tapi for me secara amnya sekadar buat tanpa niat yang bukan2. Lagi pun nenek cume bacakan ayat2 Al quran dan selawat.

1st step kitorang kena siapkan sedulang keperluan seharian like emas, makanan, buku, pensil, yasin dan apa2 jela korang nak letak. Handfone, ipad, ke apa ke letakla. Sebenarnya adalah makna di sebalik kalau bayi ambil apa benda dulu. Tapi sebab kitorang buat sesuka je jadinye memang tak tahula apa yang makne2 semua tu. 
 
 

 Dah sudah tu nenek akan baca2kan ayat2 Al Quran dan pijakkan Faeq ke tanah. Memang nampak dia macam geli geli pijak tanah lembik2 tu. 
 

Dah sudah nenek mandikan dia air bunga. Macam biasa 7 jenis bunga. Siram. Ntah kenapa budak ni meraung plak dia masuk air. Heeee

:: nota :: anak mak dah 9 bulan uols....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, December 17, 2012

pagi yang kacau bilau

Bangun pagi dengan rasa yang x best. why? why? mana taknye.. malam tadi saya mimpi all my ebm stock yg sepeti tu melt. what derrrr tu mimpi meruntun jiwa ok. siap nangis2 bagai.erkkk??? dan tetiba sedar suami kejut kata dah lewat. dah azan subuh. terus saya rasa bengang. bangun tido dan rasa bengang adalah sebel ok. dah la bangun lewatkan skali baru sedar diri yang x thaw ebm anak. WHAT?? terus terbengang lagi. jadi terus kuar bilik kuarkan ebm dl. dah tu suh suami mandi dulu sebab saya kene pam susu dulu.Syukur dapat jugak 5oz untuk dia minum pagi ni.

Memangla secara rutin saya akan pam pagi2 tapi konon pagi tadi dah terbangun lewat tak payah la pam. Sekali kena pam jugak sebab tak thaw ebm apa suma. Dah la bangun lewat, ebm x thaw, kena pam, tambah pulak pakaian kerja x sedia lagi. dan akhirnya saya grab je baju apa yg depan mata ekspress pny outfit. Lantak ko sana..... terus macam wat d x best punya Monday?!?

Friday, December 7, 2012

odw balik kampung

masuk2 je kereta Faeq dah pejam mata. niat bonda nak bagi dia breakfast terus terbantut sebab memang x berjaya menahan dia dari tido. Takpela nak.. tido dulu. nanti boleh melasak di kampung sebab dah cas tenaga.

Dan sementara bayi sedang tido. Daddy plak sedang drive maka bonda yang kebosanan layan drama online jap. hiks....

:: nota :: ok bai. bayi dah bangun bila daddy berenti kan kereta di rnr. nak entertain dia...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, December 5, 2012

Last day @ Taska

Ini anak bonda. Pagi ni bawak Faeq lepak main2 di surau sebab nak bagi die merangkak apa sume. Kalo duduk di workplace bonda kene ddk atas kerusi je.. Sambil2 tu bg dia makan biskut supaya senyap skit. Heeee.. Bukan Faeq je, bonda pun ikut berguling2 sama. Hari ni last day Faeq kene duduk taska. Esok kita akan berdua2an dirumah ye sayang..  

Alhamdulillah.. menangis memang la dia tapi kurang sikit la berbanding semalam. Mebi dia tahu hari ni last so cool je la... Tengahari p jenguk dia pun dia ok.. Main apa sume. Petang daddy pun sampai awal dan tambah jalan plak cun jadinya kami sampai rumah awal.. Bye2 taska..