CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Search This Blog

Fizyanz Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

BENCINTA

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, January 8, 2013

Janda Baik & Genting Highland

Sabtu dan Ahad semalam kami ikut rombongan budak2 ofis saya ke Janda Baik. Tujuan dan tema adalah free n easy. So organizer tolong set book untuk makan dan bilik. Lain2 sukahati kamu orang la nak buat apa. Kami gerak agak lewat sebab macam2 benda nak kene settle dulu dirumah. Tambah pulak nak hadir undangan x-ofismate yang buat majlis akikah bayi barunya. Lepas hadir kenduri nak jemput 2 budak di Puncak Alam tu sebab dah janji nak bawak mereka sekali. So dingdong dingdong, pukul 2 jugak la officially baru gerak ke Janda Baik. Sampai sana pun dah nak Asar. 
 

So menjengah kawan2 yang dah sampai then tukar baju bawak budak2 mandi sungai. Dan alkisahnye itu budak bernama Faeq Altamis adalah pentakut. Tak tahu sama ada dia takut sebab tengok air mengalir or air tu sejuk banget. Saya tak pasti. 
 

Kami tido semalam di Janda Baik siap dengan event BBQ apa suma la di sana. Esok bangun pagi terus cari sarapan. Budak dua tu nak mandi sungai lagi so layan jela tapi budak bertuah tu tetap tak mahu masuk air. Puas bonda celup2 kaki dia siap duduk sama-sama tapi dia tetaplah taknak. Meraung2 nangis sampai kuar suara jantannye. Alahai anak omak.... Dahtu acaner nak suh swim menyelam kalau gini?? Puas budak2 dan bapak budak mandi manda. Ajak dorang naik mandi nak cek out apa sume. So mmg ngam2 kul 12 cek out. 
Kuar dari Janda Baik dan lunch di Genting Sempah. Dan tingggg!!! idea bernas pun tiba. Mari kita daki Genting Highlands. Yadaaa yadaaa jenuh jugak la membawa kereta itu sampai ke puncak. Pendek nafas jugak kereta itu. Tapi syukur... Tiba dengan selamat. Kami x buat apa pun.. Just jalan2 pusing2 di indoor dan akhir sekali saya dengan anak2 naik monorail ulat bulu tu. Saje nak bawak Faeq rasa.. Tapi Daddy tak ikut. Daddy tunggu entah ke mana perginya sambil menjaga stroller. Pukul 530 kami gerak turun dari puncak dan selamat tiba di rumah lebih kurang pukul 8mlm. Minggu yang have fun dengan ofismate keluarga dan anak2. Simple but nice..dan PENAT! Heeee 

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment