Pagi ni suami kerah tenaga untuk hantar saya pergi ofis. Pukul 620pg dah gerak keluar rumah. Sampai ofis pukul 7pg. Sungguh pagi bukan?? Tak apa la... kalo suami rela berkorban, saya lagi rela sampai ofis sepagi ini. Takpe.. Tak lama. Untuk beberapa hari sahaja. Semalam kan saya EL, suami pulak amik half day. Maybe ada 2, 3 hari lagi kalau suami tetap mahu menghantar dan menjemput.
Benda ni tak plan pun, memang la saya ada omong kosong semalam suruh suami hantar ke ofis pagi ni, tapi tidakla saya bercakap secara serius sebab kasihan takut suami lambat sampai ofis pulak. Jadi saya pun bersiap lambat-lambat konon saya akan naik bas macam biasa. Tup-tup suami sound kata nak hantar, saya kan isteri yang mendengar kata, Aiceh!!! jadi turutkan aje. Tapi tadi dah bagitahu suami kalau saya ok, petang nanti saya balik sendiri naik bas. Tak perlu risau sangat.. doakan saya selamat pergi dan pulang sahaja. Memadai la..
p/s : sayang suami sangat-sangat... Apapun, doakan saya selamat melahirkan..
No comments:
Post a Comment