Sepanjang kehamilan, sejak dari doktor sahkan kehamilan ini, saya mulakan dengan niat dan azam yang tinggi untuk khatam Al-Quran untuk bayi kami. Alhamdulillah saya telah khatam Al-Quran ketika usia kandungan 28 minggu.
Selain itu, saya amalkan setiap hari atau sekerap mungkin gabungan surah Al-Fatihah, Selawat Syifa’ dan ayat Lauanzalna (surah Al-Hasyr ayat 21-24). Setahu saya, tiga gabungan ayat ni orang selalu gunakan untuk buat air selusuhkan?? (Betulkan kalau saya salah) . Saya lampirkan potongan ayat-ayat untuk di kongsi bersama.

Bacaan Selawat Syifa’
“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang (menjadi penyembuh) hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”
. 
ayat Lauanzalna
(surah al-Hasyr ayat 21-24)
Disamping itu, usai saya selesai khatam Al-Quran, saya cuma amalkan sekerap mungkin bacaan Surah Yassin dan Ayat Kursi.(surah al-Hasyr ayat 21-24)
Tak lupa juga setiap kali selepas solat dalam doa, saya turut selalu membaca Doa Nabi Yunus:


( Surah Ali’Imran : Ayat 38)
Moga dengan limpah kurnia dan izin-Nya, saya boleh melalui saat kelahiran ini dengan mudah dan selamat. Juga saya memohon agar rakan2 semua mendoakan agar proses kelahiran akan berjalan dengan baik dan lancar. Mudah-mudahan, Ameen….
No comments:
Post a Comment