Minggu ni kitorang kene hantar Faeq ke taska SD sebab takde orang nak jaga dia. Mama balik kampung. Maka hari Isnin kami di mulakan dengan ekspedisi pagi. Suami kene hantar kami ke ofis dan baru dia patah balik ke kerjaannya. Taula kan.. Klang-KL-Shah Alam-KL-Klang adalah satu perjalanan yang merumitkan. Tapi nak buat macamana. Kerana tuntutan kerja dan anak kami kene la berkorban.
So ini hari pertama. Berharap Faeq tak nangis dan yang seumpamanya. Pukul 815 hantar Faeq ke taska. Sedihnya... Macam ni perasaan bila tinggalkan anak kat orang lain kan. Perasaan bercampur baur. Semoga Faeq baik2 saja nanti.
Tengahari lepas lunch datang jenguk Faeq kat taska. Auntie2 taska kata Faeq nangis je. Tapi saya berfikiran positif. Owh... Mungkin Faeq tak biasa. Lagipun dia dah start kenal orang. So masa setengah jam yang ada tu kitorang bermain bemesra dan kebetulan mommies geng pam pun ada so seronokla bersembang tentang anak2.
Petang dah kul 530 x sabar nak ambik Faeq. Eksited sangat... Ambik dia dan bawak naik ofis semula sekali petang tu hujan dan jem yang hebat. Dekat pukul 7 baru suami sampai. Padahal suami gerak awal tu dari ofis. Memang jem teruk. Pukul 830 baru kami sampai rumah. Sampai2 terus makpak ni bersilat mandi, masak bubur Faeq, makan dan siapkan barang Faeq untuk esok pulak.Fuh...... 2 more days to go...
:: nota :: makan malam kami papa dah tapaukan siap2. Heeee
Published with Blogger-droid v2.0.10
No comments:
Post a Comment