CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Search This Blog

Faeq Altamis

Fayyadh Alzam

Fizyanz Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

BENCINTA

Daisypath Friendship tickers

Thursday, October 3, 2013

.: Rumah :. Bank Islam (M) Bhd (BIMB) vs Bank Simpanan Nasional (BSN)

Kali ni saya nak share pasal housing loan dengan BIMB dan BSN. Dua ni je la saya bole cerita sebab hanya dua bank ni yang saya submit untuk housing loan tu. Sebelum tu saya nak bagitahu saya beli rumah sub-sale direct dengan owner. Bukan melalui developer. Jadi yang hendak menjadikan entry saya sebagai guideline, sesuaikan la dengan situasi korang samada korang beli direct ngan owner or agent or developer.

Dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan pinjaman perumahan / housing loan
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Slip gaji (3 bulan)
  • Penyata bank terkini dimana gaji di masukkan
  • Surat pengesahan majikan
  • EA Form
  • Penyata KWSP
  • SNP / SPA Agreement (untuk kes saya, saya mintak dari owner SNP owner tu dgn developer)
Selesai dengan dokumen, untuk pergi bank, korang kena tahu apa yang patut korang tanya kepada bank pasal housing loan ni. Selalunya bank memang akan terangkan sume tapi ye la kan, mungkin ada tertinggal mana-mana yang bank lupa nak bagitahu. So secara amnya, ini yang korang kena tahu/tanya bile nak bincang pasal housing loan ni.
  • Type of loan - korang tanya la samada loan tu Islamic ke Konvesional & berapa tahun pinjaman yang layak untuk korang
  • Interest rate - Tanya rate berapa, BLR berapa dan untuk Islamic pakej, selalunya dorang ada maksimum/capped rate. Macam sekarang Bank Negara announce rate 6.6% dan kalo bank cakap capped rate 10.75%, katala dlm masa 15 tahun Bank Negara umumkan rate 12%, maknenya korang cuma akan bayar 10.75% tu je. Kalo Bank Negara announce 5% maka kurang la nilai monthly korang nanti.
  • Margin of Financing - berapa banyak loan yang korang bole dapat
  • Lock-in-Period - Yang ni adalah di mana korang kene remain teruskan dengan bank tu untuk beberapa tahun. Contoh : Lock in period 5 tahun, makanya lepas 5 tahun baru la korang bole  nak refinance ke apa ke. Kalo kurang dari 5 tahun korang dah buat any changes, bank bole kena kan penalti. Itu termaktub dalam letter yang korang sign tu ye. 
  • Fees & Charges - Tanya apa lagi fees yang bank akan charge ke korang. Lawyer fee ke, Valuation fee ke, duti setem. Tanya la berapa anggaran kos. Selalunya bank letak dalam 5% dari harga rumah. Untuk kes rumah sub-sale, bank kene buat valuation untuk tentukan berapa harga rumah tu mengikut Market Value. 
  • The Bank - Study tentang bank yang korang nak buat loan tu. Maksudnya dia sini, korang kena la amik kira senang ke nk buat bayaran setiap bulan nanti. Kalo bank tu susah nak cari branchnya, ada ke cara lain yang boleh mudahkan urusan korang untuk bayar bulanan tu. Yela... ni kan 20-30 punya deal. Kalo susah nak jumpa bank, kang asik tertangguh bayar dah kene penalti plak kan. Rugi la kalo camtu.
 Ok, tu je la kot nak share. Jadi jom buat perbandingan between BSN dengan BIMB untuk rumah saya jenis apartment dengan harga RM130,000.

BSN (yang menjadi pilihan saya) :
  • Type of loan - 34 years Islamis Pakej capped @ 10.75%
  • Interest rate - 6.6% -2.2% = 4.4% with Zero Moving Cost
  • Margin of Financing - 90% + MRTA
  • Lock-in-Period - 5 tahun
  • Fees & Charges - FREE sebab saya ambik pakej Zero Moving Cost. Maksud ZMC di sini ialah, bank akan tanggung semua lawyer fees, duti setem, valuation fees dengan syarat saya kena guna lawyer panel BSN dan untuk kes rumah saya, BSN tak buat valuation kat rumah yang perolehi CF kurang dari 2 tahun. 
  • The Bank - BSN senang pada saya sebab hari2 pagi/ balik kerja memang akan lalu depan bank BSN. So bole bank in duit thru CDM je.
To share : rezeki saya, saya senang sangat berurusan dengan BSN. Saya submit doc 14/9, by 22/9 saya dah sign offer letter.

BIMB :
  • Type of loan - 35 years Islamic pakej
  • Interest rate - 6.6% -2.4% = 4.2% (ni corporate rate untuk company saya ye. Kalo tak saya pun tak pasti berapa rate dia)
  • Margin of Financing - 90%(house loan) + MRTA + Fees&charges =95% loan
  • Lock-in-Period - NO
  • Fees & Charges - 5% dari harga rumah termasuk valuation fees anggaran <RM1K (untuk kes saya)
  • The Bank - Pun mudah je sebab dekat dengan ofis saya ada CDM.
Ralat untuk share :  BIMB kena buat valuation ke atas rumah. Dan saya diberitahu valuer boleh bagi rumah saya tu RM120k. Owner nak jual RM130K. Kalau saya proceed loan dengan BIMB, maknenya saya kene tambah lagi duit sendiri untuk difference tu. Tak mampu la kan.. Banyak lagi nak setel dengan rumah tu nanti apa sume. So, saya cancel je deal dengan BIMB.

6 comments: