CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Search This Blog

Fizyanz Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

BENCINTA

Daisypath Friendship tickers

Friday, May 18, 2012

Penyusuan Secara Eksklusif

Eksklusif Breastfeed! Itu yang tertanam dalam diri sejak dari dulu masa tengok ofismate masing2 gigih buat pumping dan sebagainya. Jadi bila saya preggy, benda yg terlintas dalam otak, gadget apa yang saya patut beli dan saya dah settle it with MEDELA Swing Yang lain2 tentang BF saya x berapa nak pikir.

Saya tau Faeq dah pun minum FM masa dia kena duduk kat wad kanak-kanak. Takpe, saya redha sebab masa tu keadaan yang memaksa. Pasrah. Tapi bila Faeq ada di tangan saya, no more FM at all for him. Faeq cuma perlukan susu ibu. Itu sahaja. Tiada yang lain. Perjalanan kami bermula dari kali pertama Faeq dalam dakapan saya. Alhamdulillah, rezeki kami murah. Allah permudahkan.

Dari hari ke-5 dalam pantang saya dah mulakan sesi mengepam. Tak konsisten, tiada schedule, tapi saya akan mengepam setiap kali rasa penuh dan membengkak. Sebulan berpantang saya dapat buat stok yang agak banyak. Sekali pam sure dapat 5oz.

Masuk bulan ke-2, it's in May, saya nampak ada peningkatan dalam hasil pumping. Saya menjadi wajib pam di waktu subuh dan hasil di pagi hari average is 8oz. Tapi di waktu lain, saya masih tidak fix time utk pumping. Masa ni dah start simpan all the EBM stok kat freezer rumah kakak sebab freeze rumah mama dah penuh dan saya kene bagi ruang untuk stok2 baru nanti.

11 oz hasil di subuh hari

:: nota kaki :: Saya kena mula kerja awal sebab saya amik early maternity tapi saya tak risau dah nak tinggalkan Faeq sebab stok EBM ada byk..

No comments:

Post a Comment