Faeq sudah start gohead gostan.. Ciri nak mara la tu. Alhamdulillah progress anak memberangsangkan…
Saturday, July 28, 2012
Monday, July 23, 2012
Hantar PIL ke umrah
Semalam kami ke KLIA nak hantar PIL pergi mengerjakan umrah. 2 minggu dorang kat sana. Jadi kami cume bertemu di KLIA saje… Untuk Ayah dan emak, kami di sini mendoakan kesihatan ayah dan mak. Semoga Allah permudahkan urusan kalian ini. Insya Allah, kita jumpa raya nanti…
Rakan se-umrah
Sesi taklimat
Berlepas….
Kami sudahi dengan gambar comel Faeq bersama bonda, daddy & uncle uda.
Friday, July 20, 2012
Faeq Altamis 1st haircut
Lokasi : Kedai Gunting Rambut Lorong Haji Salam
Tengok rambut dia bertobek-tobek. Orang kata cukur bantal. Tapi dek kerana makpaknye dah geram nengok rambut anak dok comei, mari kite kasi tarah rambut dia…
Ready…..
Faeq diselubungi kain kuning. Bunyi macam nak main jampi-jampi plak.
Bukan Faeq je, dengan bapak eih sekali kene selubung
Tu diaaaaa behave anak bonda ni…
Taraaaaaaaaaa!!! Saya sudah botak seinci!!
Salam Ramadhan 1433H
Thursday, July 19, 2012
Budak Tepung Gomak
Takde apa nak cakap. Cuma nak tunjuk budak yang tak reti diam bila nak bersiap pakai pampers baju apa sume. Dan begini la jadinye kalo mak eih nak pantas bersilat menyiapkan dia…
Parenthood Expo 2012

Wednesday, July 18, 2012
Syarat fidyah jika tinggalkan puasa
Fidyah berkait rapat dengan ibadah puasa di mana ada beberapa sebab dalam puasa wajib yang jika ditinggalkan akan dikenakan fidyah iaitu meninggalkan puasa kerana tua atau lanjut usia, sakit kronik berpanjangan dan tiada harapan untuk sembuh.
Fidyah adalah satu bentuk ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala kepada pelakunya. Hukum menyempurnakan ibadah yang tidak sempurna adalah wajib, maka justeru itu hukum fidyah adalah wajib seperti ditentukan syarak.Fidyah adalah satu bentuk ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala kepada pelakunya. Hukum menyempurnakan ibadah yang tidak sempurna adalah wajib, maka justeru itu hukum fidyah adalah wajib seperti ditentukan syarak.
Firman Allah SWT bermaksud: “…Dan wajib atas orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 184).
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barang siapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan yang belum diqadanya, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari ditinggalkan bagi pihaknya.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Terdapat beberapa keadaan di mana seseorang itu dikenakan fidyah apabila meninggalkan puasa atau sebaliknya:
Orang lain yang berpuasa bagi pihaknya adalah sah apabila mendapat keizinan salah seorang ahli keluarga terdekatnya. Jika dia berpuasa tanpa mendapat keizinan dan wasiat daripada si mati, maka puasa ganti itu tidak sah.
Sebaliknya, jika dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan keselamatan dirinya sendiri, maka dia boleh berbuka puasa dan diwajibkan qada’ puasa saja tanpa perlu membayar fidyah.
Menurut pandangan paling sahih dalam Mazhab Syafii, bayaran fidyah berganda dengan bergandanya tahun. Manakala menurut Mazhab Maliki dan Hanbali, bayaran fidyah tidak berganda mengikut tahun kerana ia dikira sekali gus saja.
Bayaran fidyah boleh ditunaikan sepanjang hidup. Namun, lebih baik mempercepatkan pembayarannya sekadar termampu dan seboleh-bolehnya ditunaikan dalam Ramadan kerana pahala pada bulan itu lebih banyak berbanding bulan lain.
Penulis Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)
Sumber:BH Online
::nota: buat mommies yang masih keliru tentang puasa, qada dan fidyah while BF, this is a info for us... Semoga sentiasa mendapat berkah dari-Nya.
Tuesday, July 17, 2012
Monday, July 16, 2012
Meniarap
Hari yang cukup membahgiakan saya sebab saya dapat tengok sendiri anak bujang saya berusaha gigih menterbalikkan diri a.k.a meniarap untuk pertama kalinya. Terima kasih Allah sebab beri saya peluang seindah ini. Saya menjadi orang pertama untuk melihat setiap progress anak, Syukran... Saya tau semua ibu pasti punya rasa yang sama macam saya kan. Kita pun jadi berbangga dan kagun kan. Suka!! Lets meniarap bersama Faeq..
::nota:: Faeq meniarap d usia 3mths 2weeks 1day
Sunday, July 15, 2012
Time to sort all d EBM stock!
SOGO member sale day!
Friday, July 13, 2012
Balik tangan kosong
Thursday, July 12, 2012
Supplement while BF
Tak sabar
Saturday, July 7, 2012
Teether for Faeq


