CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Search This Blog

Fizyanz Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

BENCINTA

Daisypath Friendship tickers

Friday, June 5, 2009

Pencarian Model Estee Lauder 2009

Model Estee Lauder 2009 dicari

KUALA LUMPUR – Anda memiliki ciri-ciri anggun, moden dan berkeyakinan?

Jika ya, jangan lepaskan peluang mencuba nasib menyertai Pencarian Model Estee Lauder 2009 kerana anda mungkin berpeluang memenuhi impian bergelar peragawati terkenal pada masa depan.

Lebih menarik lagi, pencarian model Estee Lauder tahun ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori A untuk mereka yang berumur 29 tahun ke bawah manakala kategori B untuk yang berumur 30 tahun ke atas.

Dalam satu kenyataan, Estee Lauder (Malaysia) berkata, pemenang hadiah utama bagi kedua-dua kategori itu akan memenangi pelbagai hadiah bernilai RM35,000 selain menerima gelaran Duta Malaysia Estee Lauder.

Mereka yang berminat boleh mendaftar di lokasi terdekat bermula 4 hingga 7 Jun ini termasuk di Parkson Mahkota Parade, Melaka (10 hingga 14 Jun), Parkson Bandar Utama, Petaling Jaya (16 hingga 21 Jun), Jusco Kinta City, Ipoh (25 hingga 28 Jun), Metrojaya Plaza Pelangi, Johor Bahru dan Isetan di Suria KLCC di sini (7 hingga 11 Julai).

Pertandingan akhir akan diadakan di Concourse, Suria KLCC pada 13 Julai 2009. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.esteelaudermodelsearch.com.my.

note: petikan di ambil dari Kosmo online. Kepada yang berminat, cepat daftarkan diri anda.. Semoga ada antara rakan blogger yg berjaya. Jangan lupa inform2 kat yanz ok.....


No comments:

Post a Comment